Tanah:
~ campuran tanah yang senang air mengalir keluar. (tanah peroi, tanah gambut/baja organik, pasir sungai).
Cahaya:
~ Perlukan cahaya matahari yang banyak untuk menyerlahkan bentuk dan warna yang menarik
Air:
~ Perlukan siraman 2 kali sehari iaitu pagi dan petang.
~ Hari hujan siram bila perlu aje.
~ Tak suka air bertakung nanti akarnya menjadi reput.
Pembajaan:
~ guna baja larutan dan baja cecair kerana ia paling sesuai.
~ boleh guna baja biji (baja kimia) tetapi kena berhati-hati kerana batang pokok mudah lecur sekiranya terkena batang pokok.
Pembiakan:
~ guna keratan batang. Tanam terus kedalam tanah.
~ guna bji benih.
Idea Pameran:
~ Pasu gantung
~ sebagai pokok tutup bumi
~ tanam batas dan campur dengan pokok bunga lain
Tips:
~ sentiasa kerat pucuk untuk galakkan pertumbuhan ranting dan bunga yang banyak.
~ jangan biarkan tanah kering boleh bantutkan pertumbuhan pokok dan kurangkan bunga.
8 comments:
dulu2 suka tanam bunga ni,warnanya menarik sgt klau tanam bnyk warna lagi cantik tapi skrg dh dduk umah bertingkat ni malas plk.
Salam bertandang lagi..
moga sihat selalu empunya
blog..selamat menyambut
Eidul Adha Mubarak..
My mum selalu tanam ini pokok~^^
dia kata orang nyonya baba Suka bunga ni~^^ haha, tapi kak Melor, bunga ni x bagus dideahkan panas matahari terik kan?
suka dengan bunga ni..cantik, comel dan paling senang nak tanam dan jaga
cantiknye
cantik saya suka bunga ni.
assalam...nak tanya
berapa lama tempoh hayat bunga ros jepun ni ye....tq
Assalam....nak tanya
berapa lama tempoh hayat bunga ros jepun ni ye....tq
Post a Comment