Cik Melor jahit baju Princes Hanfu ni akhir tahun lepas untuk sambutan hari kanak-kanak 2019. Tema tahun lepas ialah putera dan puteri dulu-dulu. Puas fikir nak buat apa. Lepas di google cari yang paling senang nak jahit maka terhasil la costume fairy skirt hanfu princess ala makcik google.
Dah 3 tahun Ck Melor duk jahit baju hari kanak-kanak untuk Makcik Google melaram. Nampaknya tahun ke 4 iatu tahun 2020 ni takda sambutan hari kanak-kanak di sekolah kerana corona.
Makcik Google bersama BFF, Cantik-cantik semua anak-anak dara melaram. Semuanya tak dapat menang apa-apa. Katanya sebab kasut memasing kasut rekaan moden. Hahaha ada juga gitu ya.
Kat bawah ni Cik Melor bubuh video Makcik Google melaram costume fairy skirt hanfu princess ala Makcik Google hasil jemari mommy.
Dalam Video kat atas tu nampak tak cucuk sanggul yang Makcik Google pakai. Penat Cik Melor keluar masuk kedai cari cucuk sanggul ala-ala cina. Sudahnya Cik Melor beli chopstik dan keychain buat cucuk sanggul. Janji nampak ala-ala cucuk sanggul cina okey la Senah ya.
Video atas ni Cik Melor shoot masa gi beli bunga untuk sanggul Makcik Google. Sempat lagi tu curi-curi shooting filem
filem ke hihhi dalam kedai orang. Nasib tak kena halau.
Video terakhir ni kami shoot selepas keluar dari kedai bunga, masa nak ke parking kereta. Sempat lagi tu hahhaha. Bye