21 November 2026

Tip Tambah Duit Poket! Jual Minyak Masak Terpakai

Pinggiran Kuala Lumpur🌿..... Cik Melor tukar karakter jadi bisnes women meniaga minyak masak terpakai. Kita buat urusan export import minyak hari ni. Lega betul rasanya bila dapat clearkan ruang. Terpaksa jadi tak penyayang bila duduk rumah kecil. Mana boleh di let go kita let go kan.

Nasib baik Cik Melor buka WhatsApp group penduduk semalam, nampak la annoucement, sapa ada minyak masak terpakai boleh ready, esok ada lori minyak datang kawasan kami nak beli minyak masak terpakai. Untung juga ada persatuan penduduk yang aktif. 

koleksi minyak masak terpakai 
Minyak masak yang besties dah guna tu jangan dibuang, kumpul dalam botol minyak yang dah kosong. Letak la di belakang rumah ke, tepi rumah ke, dalam stor ke, atau mana ruang yang boleh kita guna untuk letak dan simpan minyak masak terpakai tu.  Cik Melor takde ruang rumah dah mengecil.  Macam honey! I shrunk the kids ingat tak 😁

Minyak masak terpakai tu boleh tukar jadi duit buat tambah-tambah duit yang ada tu besties.  Lagi pun jika dibuang begitu saja boleh mengotori bumi, Save the earth besties! 

melalui proses saring dan timbang 

Minyak-minyak yang besties kumpul ni akan melalui proses saringan untuk buang segala kekotoran, dalam masa sama minyak tersebut ditimbang. Nampak tak warna biru bawah tong hitam. Itu adalah penimbang ya besties. Untuk tahu berapa banyak minyak kita duk ada.

Dah tahu berapa kilo minyak duk ada, besties akan dibayar dengan nilai rm3.40/kilo terus diorang transfer masuk akaun. Besties..... Cik Melor kaya hari niiii. Jual minyak masak terpakai dapat RM100 ++😂. Rupanya, lumayan juga jadi saudagar minyak terpakai ni ya. 

Minyak-minyak yang terkumpul ni akan di jadikan biodiesel. Elohlah sekurang-kurangnya ada manfaat yang lain kan.

Tip murah rezeki, jangan kedekut belanja anak-anak, mak-ayah dan orang-orang makan besties.

Dah kayakan! Cik Melor belanja anak-anak nasi tomato sorang satu. Selamat tak payah masak makan tengahari hari ni.

hormati privacy abang hensem sekerat je 😂

Alhamdulillah, rezeki anak-anak dapat makan nasi tomato sorang satu hari ni. Senyum lebarlah masing-masing. Kecil-kecil pun, ada juga hasil "projek" minyak recycle Cik Melor . 

Bukan minyak masak je boleh di recycle banyak lagi. Dulu masa Cik melor tinggal di Setiawangsa selalu buat aktiviti dengan anak-anak kumpul paper lama. Seronok anak-anak dapat duit jual paper lama. Sanggup ni Cik Melor memandu ke tempat jual paper lama dan kotak semata-mata nak anak-anak terhibur beraktiviti dan bagi sokongan untuk anak-anak.

Selamat malam dari pinggiran kota besties💗

No comments: