20 November 2026

Tip Halau Serangga Perosak untuk Indoor Plant

Pinggiran Kuala Lumpur 🌿..... jejak je kaki ke dalam rumah selepas hantar bongsu ke sekolah, terus sidai kain yang dah dicuci sebelum keluar tadi. Kemudian melabuhkan punggung depan laptop bujang, menaip satu entry santai, ringkas dan tenang. Begitulah jadual rentak kehidupan Cik Melor seharian. 

kongsi-kongsi info

Produk penyelamat yang Cik Melor jumpa masa singgah pasar raya hari tu. SEJATI Neem & Chilli Spray (Eco Friendly). Tulisannya pun dah cukup meyakinkan, kononnya mampu menghalau lebih daripada 42 jenis serangga perosak (repels more than 42 types of pests)! Sesuai sangatlah dengan misi Cik Melor nak halau "makhluk asing" si kutu koya yang bermastautin dekat pokok China Doll dan indoor plant kesayangan.

Gabungan minyak neem dan ekstrak cili ni memang padu. Minyak neem bantu mengganggu kitaran hidup serangga perosak supaya tak sempat nak beranak-pinak, manakala cili pula memberi "kejutan pedas" supaya hama-hama degil angkat kaki. Lagi best, labelnya ada tulis eco friendly, jadi lebih selesa dan sesuai untuk kegunaan tanaman hiasan dalam rumah.

Cik Melor kongsi info sebab mungkin ada yang hadapi masalah yang sama. Pastikan buat semburan seminggu sekali hingga koya-koya hilang. Masa menyembur kena rajin selak bawah daun dan celah batang satu per satu. Lepas tu, awas ya! jangan sampai terkena percikan semburan cili tu pada tangan atau muka, kalau tak... memang pijar berapi dibuatnya! 

Harap-harap dengan adanya semburan SEJATI Neem & Chilli Spray ni, indoor plant yang sikit-sikit kat rumah tu boleh kekal sihat, hijau berseri, dan terus jadi terapi jiwa serta healing Cik Melor setiap hari. 

Besties yang kaki pokok, boleh pergi cari produk ni ya kalau pokok kesayangan ada masalah 42 jenis serangga perosak tu. Harganya pun mampu milik.😊

Bye besties dari pinggiran kota💗


No comments: