Pinggiran Kuala Lumpur🌿..... bila ruang mengecil, pelbagai ragam dan kerenah anak-anak mula terlihat. Mutar-mutar situ je sentiasa bertembung sesama sendiri. Tak boleh nak menyorok. Kalau dulu kami hanya bertembung bila di dapur asbab luasnya ruang dan miliki ruang peribadi masing-masing. Emm... hidup ibarat roda, kadang kita di atas kadang kita dibawah. Kuncinya Redha 🌸
Anak-anak ni ada cara healingnya sendiri. Abang, kakak dengan komputer masing-masing melayan penat, tapi lain pula cerita si bongsu Cik Melor ni. Bila mula terasa bosan atau penat dengan rutin harian, ubat paling mujarab baginya bukanlah keluar berjalan jauh, tetapi 'menyerang' alat solek dan mula mencorakkan wajah.
![]() |
| dunia ceria si badut sedih |
Tengok sajalah kerjanya hari ini. Muka sendiri dijadikan kanvas, disolek menjadi watak badut sedih lengkap dengan air mata biru di pipi, hidung merah, dan tak lupa hairband arnab comel di kepala
Ada orang nampak mungkin tergelak, tapi bagi Cik Melor, di sinilah letaknya cara si bongsu 'healing' caranya sendiri. Bila bosan melanda, di situlah kreativitinya keluar. Leka melukis wajah, beraksi di depan cermin dan mencuci sepi dengan warna-warni solekan.
![]() |
| bahagia itu simple |
Itulah keunikan anak bongsu Cik Melor. Bahagianya tidak perlu grand atau mahal. Cukup sekadar ada kebebasan untuk mencuba, berekspresi, dan bergaya di ruang sendiri. Gelak tawa dan keletahnya itulah yang kadang-kadang menceriakan, menghidupkan suasana rumah yang sedang Cik Melor cuba deko perlahan-lahan ni.
![]() |
| teruskan menceriakan hari-hari mummy🌸 |



No comments:
Post a Comment