23 May 2014

Pantang Larang Bagi Pesakit Kanser

Hai senahhhh......  merayap aje kite jumpa, merayap aje kite nak kongsi. Kali ni cik melor jumpa sesuatu tau. Pastu kite nak kongsi lah. Kongsi sesuatu yang bermanafaat terutama untuk 'orang tu' harap-harap dia membaca apa yang kite kongsi nih. Senah pun baca lah juga iya. Kalau bukan untuk sendiri pun maybi ada orang terdekat yang memerlukan informasi ini kan senahhhhh ........ Sila tengok bawah ya senahhhh......

" PESAKIT KANSER TIDAK BOLEH MAKAN :-

1) Jangan makan nasi sebelum jam 12.00 tengahari. Ianya dapat ditukar kepada gula melalui sistem badan kita. (Gula mempunyai kandungan PH5 - merupakan persekitaran yang sesuai untuk kanser merebak).

2) Jangan ambil gula - Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli gunakan madu sebagai gantian.

3) Jangan makan produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega & lain-lain. Susu membuat tubuh menghasilkan mukus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.

4) Jangan makan seafood - seperti ketam, sotong & udang. Gamat juga tidak digalakkan (makanan ini dapat menyuburkan sel kanser)

5) Jangan Minuman - Kopi, teh, minuman bercoklat (sel kanser akan lebih cepat merebak).

6) Jangan makan daging merah. WAJIB di elakkan terutama daging lembu, kambing, unta, rusa & khinzir. Sisa daging yang tertinggal di dalam usus akan menghasilkan asid.

7) Jangan makan Sayur & buah-buahan “bergetah & berangin” seperti nangka, cempedak, sukun & kundur (menyebabkan kesakitan & berdenyut)

8) Jangan makan Ikan bersisik seperti ikan haruan, ikan merah, ikan gelama & sebarang jenis ikan yang bersisik. (Contoh ikan tidak bersisik yang boleh dimakan, seperti ikan tongkol, ikan yu, ikan salmon, ikan kembung, ikan keli, ikan patin & lain-lain - Ikan yang tidak mempunyai sisik & berada di laut dalam dipercayai mempunyai kandungan Omega 3 yang sangat tinggi, Omega 3 merupakan anti kanser).

9) Jangan makan makanan segera & sebarang produk dalam tin - seperti ikan sardin, buah laici & jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mengandungi bahan pengawet.

10) Jangan makan makanan berjeruk, ikan masin, telur masin, budu, belacan dan seumpamanya.

11) Perlu dielakkan makanan yang dipanggang & dibakar seperti sate, ikan bakar, daging bakar, ikan panggang & lain-lain harus dielakkan kerana makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi.

12) Jangan makan sayur-sayuran & buah-buahan seperti kobis, tembikai, timun, nangka, lobak putih, cendawan dan lain-lain (sebarang sayur yang berwarna putih).

Huh banyaknya. Senah jangan lupa tau. Bagitahu mereka jangan makan benda kat atas tu iiiiyaaa...... Bye

3 comments:

Mila@Rimbun said...

banyak benor pengetahuan dan pehtua cik melor ni yer.. thanks for sharing

Cik Melor said...

mila
kite kongsi je benda yg kite jumpa masa merayap(bw)

Cik Melor said...
This comment has been removed by the author.