26 October 2013

Brokoli

Salam semua... biasa la kalau dah namanya cmelor pasti yang cpat, ringkas dan senang untuk dimasak. Bukan apa semua nya kerana masa sentiasa terkejar-kejar. maka segala mau semua senang disediakan. Resepi kali ni melor nak kongsi masak brokoli cara cmelor cepat dan senang untuk disediakan.

bahan yang diperlukan ialah :

sejambak sayur brokoli
sedikit bawang besar - mayang
1 ulas bawang putih - mayang
sedikit ikan bilis, udang @ sotong - pilih salah satu
sedikit sos tiram
sedkit minyak untuk menumis
garam dan gula
air

Cara-caranya:
1. potong brokoli ikut selera, cuci dan rebus dengan air yang dicampur sedikit gula, garam dan minyak masak. Rebus sebentar angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih masukkan air rebusan (ikut suka quantitinya) diikuti sos tiram, bawang besar ikan bilis, sotong @ udang(salah satu)apabila mengelegak masukkan brokoli, sos tiram dan gula.

No comments: