Friday, February 4, 2011

Sentiasa Perawan

gambar google

Salam pagi jumaat untuk semua. Suka tak kalau kita dianugerahkan dengan sentiasa perawan. Mesti ramai yang sukakan. Jadi apa lagi, mari kita ramai-ramai baca petua dari Ustazah Fatimah Az-Zahra ni.

Menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam ayat di dalam Surah al-Waqiah ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan. Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri & untuk kebahagiaan rumahtangga .

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

6 comments:

hazeleyed lady said...

harus di amalkan...
thanks dear

Zaitun said...

Terima kasih...mari kita amalkan.

eni osman said...

salam ziarah melur....bagus bagus...sharing is caring....

Melor said...

hazeleyed lady
sama2 kita amalkan. moga2 kita sentiasa perawan

Melor said...

zaitun
ya mari kite pakat amalkan

Melor said...

eni osman
ya saring is caring.... ha3