
beberapa langkah untuk para isteri memikat suami:
- Berdoa agar disayangi
- Sambut, tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara lain apabila dia balik ke rumah.
- Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatannya sepanjang hari (jika suami dalam mood yang baik)
- Berlatih mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
- Jangan tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yang lebih penting ialah simpati.
- Beri suami masa berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit.
- Tanya ibu mentua, abang atau kakak ipar anda mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah itu sebagai cenderahati ketika memujuk.
- Masak makanan kegemaran suami.
- Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut, wajah dan pakaian.
- Pujuk suami bila dia marah atau kecil hati.
- Minta bantuan sesuai pada masa, tempat dan jenis kerjanya.
- Elakkan daripada suami menunggu terlalu lama apabila bersiap atau bersolek.
- Bila suami memberitahu dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu.
- Bila suami meminta bantuan, buatlah serta-merta secara ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.
- Ucapkan kata-kata sayang yang romantik dua kali sehari.
Senangkan untuk diamalkan.
4 comments:
semoga dia dan isteri2 di luar sana terus bahagia
Terima kasih bagi panduan,semoga semua isteri diluar sana dikasihi sang suami.
imanshah
iya tu kita doakan mereka
zaitun
sama2
Post a Comment