08 November 2026

Udang Harimau Stim 'Bodo-Bodo' Style & Tip


udang harimau stim 'bodo-bodo' style


Pinggiran Kuala Lumpur🌿..... Rezeki tak pernah salah, biasa dengar tak besties? Alhamdulillah rezeki semalam, ada orang sedekah sebesen kecil udang harimau segar. Besar-besar pula tu,  tersenyum lebar Cik Melor ingatkan anak-anak. Mesti mereka suka makan udang harimau segar ni.

Bila dapat udang harimau segar bugar ni, tak perlu pening kepala nak fikir resipi yang renyah-renyah. Cik Melor guna apa yang ada kat dapur je, tapi tetap tanya anak-anak nak makan menu apa. Mereka cakap nak stim simple. Style masak "bodo-bodo" cara Cik Melor lagilah nampaknya 😅. Asal sedap, masuk mulut, terbit rasa syukur.

Lagipun, bila dah jadi "warga kayangan" pinggiran bandar ni, kalau tiba-tiba tengah memasak terkurang bahan itu ini, bukan boleh main terjah keluar pergi kedai serta-merta. Kena merancang, kena bajet tenaga juga nak turun naik. Jadi, kita guna dan manfaatkan seadanya apa yang ada dalam simpanan dapur kita. Itulah nikmat seni hidup slow living—belajar bersyukur dengan apa yang ada di depan mata, tenang-tenang urus masa, dan nikmati setiap detik di dapur kecil kesayangan.

Yang penting, lauk sedap, perut kenyang, hati pun senang🌸 

udang harimau belum di cuci nampak banyak
 
selepas cuci sikit jadinya 😁

bahan-bahan.... bawang merah, bawang putih, halia dimayang saja.
kicap masin, lada sulah, gam gula sikit, sos tiram, air dibancuh.
kalau nak pedas racik cili masukkan dalam sos

tuang sos atas udang. Kukus 5-6 minit

Tip...
 elak isi udang keras,

1-pastikan air kukusan betul-betul panas mengelegak baru letak bekas udang.
2. udang kecil kukus 5 minit, udang XXL kukus 6-8 minit 
3.kulit udang dah oren terang tu tanda dah masak.
4. badan udang melengkuk bentuk C tanda dah masak. bukan bentuk O.

Happy Deepavali untuk pembaca yang menyambutnya hari ni. Bye besties💗

No comments: