17 September 2018

Sayur Bayam Tanam Dalam Kotak Styrofoam

Ya Alllahhh, sibuknya Cik Melor dalam seminggu 2 ni. Maaf la Senah weh tak sempat  nak 'up' cerita terkini, cerita terhot dalam kehidupan seharian kita.  Hot sangat ke cita kita kih..kih..kih.

Sibuk dengan aktiviti anak 2 orang duk ada ni. Sibujang dah lepas. Si Makcik Google ni tak habis-habis dengan aktiviti dia. Aktiviti menari dia tu dah tak boleh nak elak lagi. Ni ha aktiviti teaternya pula tengah giat berlatih untuk pementasan awal bulan oktober nanti.

Giat belatih punya pasal sampaikan orang bercuti kita tetap pergi sekolah huhuhuu. Makcik Google! Makcik Google!

tanam bayam

Senah caya tak gambar pokok sayur bayam diatas tu, hasil dari tangan kita. Maksudnya kita tanam la tu hiiihhi. Biasa la tayang-tayang tu dah jadi kemestian. Jadi kita nak tayang hasil bayam tanam dalam kotak styrofoam belakang rumah kita.

Kali pertama tanam sayur bayam dan kali pertama juga kita petik hasil sayur bayam dalam kotak styrofoam. Perasaan kita masa tu, ya Allahhh gembira sangat. Tak dapat kita nak zahirkan dengan kata-kata. Senah bayang sendiri lah. Macammana gembiranya kita masa tu.

tanam bayam

2 minggu sebelum dipetik pokok sayur bayam kita 'happy berselfie' hihiihh. Lepas ni semai pokok sayur bayam baru la nampaknya Senah eh.

bayam masak air

Tuuu diaaaa Senah eh. Pokok sayur bayam tanam dalam kotak styrofoam selamat kita masak rebus, masak air kesukaan sibujang dan Makcik Google. Pekena pula dengan ayam goreng. Huh sedapppp kata sibujang. Kalau boleh ibu masak la macam ni hari-hari. Saya suka.

Ok la sayang tapi kena guna sayur bayam beli di Rosyam Mart la. Sayur bayam ibu tanam dalam kotak styrofoam mana nak dapat hari-hari. Nanti ibu tanam lagi ya.

Anak-anak ingat hari ni tabur benih bayam esok dah boleh petik agaknya hmmm. Jom Senah kita tanam sayur bayam dalam kotak styrofoam. Jimat belanja dapur weh. Bye.


2 comments:

Warisan Petani said...

Subur tanamannya.

Cik Melor said...

warisan petani
tq. Kebun Warisan petani pun boleh tahan. Cik Melor suka.