10 March 2018

Kuala Lumpur Tanpa Air

Alhamdullilah setelah 4 hari merana merana ke. Bangun sebelum subuh pagi tadi air dah ada senah eh. Apa lagi terus cik melor belasah mandi sepuas-puasnya hihih..  Mau tak belasah 4 hari tu air kena catu.  Nak minun air banyak pun takut, takut nak terkucil selalu hahahha

senah nampak tak. ada yang nak interframe la. proses transfer air pada hari ke 4. terpaksa topup  kerana air simpan dah hampir kering.

Sebenarnya sebelum 6/3/18 kita dah dapat notis yang mengatakan kuala lumpur akan alami gangguan air dari dari 6, 7, 8. Buat rilek je sebab kalau ikut pengalaman yang lepas-lepas, air kat kl ni kalau takda sekejap je paling lama 1 atau 2 hari. Lepas tu ok la balik. Kali ni lama sikit iaitu 3 hari. Eh rilek lagi ni. 

Malam sebelum 6/3/18 kita minta tuan pengarah supaya tadah air. Eh..eh dia balas balik kata tak payah le nak sibuk tadah air sebab kawasan kita tak terlibat. Dalam notis pun takda tulis kawasan kita. Tapi was-was tu tetap ada dalam hati kita.

Pagi 6/3/18, nampak tuan pengarah sibuk duk tadah air dalam tong-tong spare yang kita simpan. Aik!!!  kata tak terlibat, napa sibuk tadah air yunk 😁. Katanya dapat info dari geng taman kawasan kita terlibat. Huhuh kalau kita yang cakap tak nak cayaaaa hemmm ambik dia. Berpeuh la awak menadah air sebelum paip tu kering kontang.

Kesian tengok orang-orang kl mencari air. Beratur panjang. nak dapatkan air. Ada yang terpaksa mengejar lori air. Nasib baik la kita tak kena buat macam tu sebab air yang tuan pengarah tadah tu dapat bertahan selama 3 hari. 

Bila pihak syabas kata kemungkinan berlarutan hingga ke hari ahad, kita minta tuan pengarah topup air.  Alhamdullilah kami ada sumber yang tak perlu nak beratur, berkejar bontot lori. Pergi, isi, angkut bawah balik. Sampai rumah transferkan air-air tersebut. Terima kasih ya Allah beri kami kesenangan untuk mendapatkan air.

Semoga Kuala Lumpur tanpa air tidak berlaku lagi. Bye..

1 comment:

Hans Hanis said...

itulah
bila ada masalah air nih memang leceh