25 July 2016

Angkara MokCun Dan Zeenat Manizah, Kite Pula Kena Marah

Lama betul cik melor tenggelamkan. Nasib baik la timbul balik, kalau takkkk.... mesti awak-awak semua rindukan..kan....kan senaaaahhhhh ahaks.

Biasa la senah ooiii.... Dah jadi manusia ni macam-macam masalah duk mari. Kejap masalah tu. Kejap masalah ni. Emmmm.... kalau ikut hati mau terus kita menyepikan diri. Tenggelam bersama angan-angan macam dia tu. Alaaaaaa dia tu laaaa..... ituuuu...........si luncai dengan labu-labunya hahahha.

Setiap apa yang Allah cipta semua hadir dengan masalah. Siap duk ada package beli 1 percuma lima lagi hahahha. Sengaja di cipta masalah supaya kite ni berfikir. Fikir macamana nak buat, macamana nak selesaikan setiap masalah yang datang. Bukan kerana nak susahkan kite, tapi nak jadikan kite kuat. Kuat untuk teruskan kehidupan kita. Dah sipi-sipi bunyi ustazah la pulok cik melor ni. Relax la cik melor oooiiii.... Takda apa yang tak boleh di selesaikan kan...kan..kan... senahhhhh...

Masalah tu takda la besar mana pun. Saja je cik melor ni suka besar-besarkan masalah. 'pesen jenih suko nyusoh ko diri sdiri, raso ambik la, baru pade muko' hahahhaah.

Semalam cik melor, cuba nak selesaikan satu masalah. Tengahari ni makcik google dah marah-marah. Kata makcik google.

"apa la mami ni makan jus manisah. Manisah tu jahat.
 Gunalah bedak mokcun nanti jadi cantik macam mokcun"

dunia cmelor

hahahha nak tergelak kita di buatnya. Boleh tahan jugakan makcik google tu. Bye.


No comments: