Hai senahhhhh.....
Belum buat apa-apa 5 hari dah berlalu. Berlalu macam tu saja. Nak buat macamana, itu bukan kerja kite. Biarlah masa tu bergerak sesambil kite kejar sedaya mungkin agar tak tertinggal dan tidak membuang masa tanpa sedar kan senaaaaahhhhh.......
Cuba senah tengok gambar di bawah. Ada gambar kain susun biru kan. Emmm.... kite la yang jahit tu. Untuk sidara senah eh. Ce teka sekolah mana pakai kain biru macam tu????.... Sapa yang betul tekanya kite nanti kasi hadiah. Cepat-cepat!!!!! Sapa cepat dia yang dapat.
Senah eeeeehhh..... kita kan gembira, kita juga bersedih tau. Sidara, dah tak tinggal dengan kita. Hajat dia nak duduk asrama tu dah termakbul la senah. 5 tahun senah eh. Kalau ikutkan hati tak ingin kita bagi sidara tu tinggal di asrama. Hasrat yang empunya diri kita ikut je lah, Pepatah pona
da mengatakan.....
da mengatakan.....
" nasi lemak buah bidara,
sayang selasih aku lurutkan,
habis duit habis harta,
kerana anak aku turutkan"
betul kan... kan.... kan...senahhhh..... habis duit pun tak mengapa. Demi kasih kaih la kut-kut mano pong, asal bulih wak tubik duit. Belanjo anok nok gi duduk asrama hahahaha.
Nok bui hok maha-maha ambo tok mampu. Bui keizinan tu pun dah cukup berharga buat sidara. Syukur pada Allah bui anok ko ambo, anok yang tidak meminta-minta. Anok yang faham akan kemampuan mokpok dio. Kalu la ambo ni sekayo Datuk Viiiidaaaaa..... Bukan setakat rumoh 22 juta. Lebih pada tu ambo nok bui ko dio. If you ar kelantanis you no wat ai min. Kecek tok jatuh kokre hahahahahh.
Buat masa sekarang si dara kita nih duk di asrama sekitar KL je. Walau pun di KL tetap tak serumah, tetap tak boleh jumpa hari-hari, tak boleh belai dia, tak boleh marah-marah dia, tak boleh cubit-cubit manja dia.
Boleh ke dia urus diri sendiri, boleh ke dia gosok baju sendiri, boleh ke dia cuci baju sendiri. Yang paling tak boleh blah boleh kah dia tido sendiri. Selama ni kami tak pernah berpisah. Oh tersiksaya hati seorang ibu.
Dan kain susun biru tanda kasih tu la yang akan jadi alasan untuk kite pergi ke asramanya esok, kunun-kunun nak hantar kain untuk di pakai hari jumaat nanti huhuhuhuuhu. Bai.
7 comments:
Assalamualaikum...
Rajinnya jahit baju....saya pula malaih bebenor...kain masih jadi kain...belum jadi baju...ada lagi sehelai dua...
Tahniah anak masuk asrama...bolehlah anak berdikari urus diri lepas ni
Jangan sedih2 yer mama melor...
kalau dah sekaya dato vida, kita wat asrama sebelah rumah jer hahaha.. hari2 tgk anak kat serama
Thank you very Steady info ... hopefully more successful.
Obat Pelangsing Terbaik Slimming Capsule
Cara Mengatasi Sakit Pinggang Sebelah Kiri
Kencing Sakit Dan Keluar Cairan Di Celana
Cara Mengatasi Sering Buang Air Kecil
Penyebab Insomnia
Thank you very Steady info ... hopefully more successful.
Obat Pelangsing Terbaik Slimming Capsule
Cara Mengatasi Sakit Pinggang Sebelah Kiri
Kencing Sakit Dan Keluar Cairan Di Celana
Cara Mengatasi Sering Buang Air Kecil
Penyebab Insomnia
heheh....kecek omputih alek kelate...hehheh
thnks for your good information.and i hope u will update every day. :D
Manfaat Lecithin Softgel
Gastric Health tablet Green World
Khasiat Cordyceps plus capsule
Harga Ganoderma Plus capsule
Manfaat Ovary Nutrition capsule
Manfaat triflex capsule Green World
Manfaat Eye Care softgel Green world
Cara Pemesanan Ginkgo biloba plus capsule
Agen Eye Care softgel Bandung
Khasiat Braincare capsule
تسليك مجاري
شركة تسليك مجاري
Post a Comment