17 October 2014

Tip Jimat Isi Minyak Kereta

Apakhabar senah eh.... Susah hati betul la cik melor memikirkan harga bebarang semakin naik. Ni gara-gara minyak naik la nih. Minyak naik 20 puluh sen je. Tapi habis semo barang naik harga.  Hai la senah, hai la minyak, emmmm .......

Kite ada terbaca pasal tip jimat isi minyak kereta. Ramai jugalah blogger duk mengongsi tip ini tau senah eh. Salah seorang blogger tu kite laaaaa hahahha...... 

Semalam kite cuba mempraktikkan cara isi minyak lagu tu. Eh.. eh....eeehhhhh betul la senah, kite jimat la. Walaupun tak banyak sekurang-kurangnya kite boleh jimat beberapa sen dari setiap harga yang kite bayar tu. Alaaaa .... macam kite membeli di pasaraya. Bukan ke kalau yang ada rege 99 sen tu akan di genapkan jadi 10 sen. Macam tu la juga dengan kes minyak ni.

Kata mereka isi minyak ikut kiraan liter lagi untung dari guna  ikut kiraan RM. Mereka juga bagi contoh sebab dan asbab yang mengukuhkan kat-kata mereka itu. Ini kite copypaste dari seorang blogger tu senah tau. Nak cite sendiri takut senah tak faham, jadi kite tunjukkan apa yang demo tu oyak hihiihi
" Pergi ke kaunter, cakap nak isi 20 liter. pastu bayar RM46. ini lebih baik daripada isi RM40, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 15.7894737 liter. Sedangkan nozzle hanya menyukat sehingga 2 tmpt perpuluhan sahaja.

Maknanya kita rugi 0.0094737 bagi setiap pengisian RM 40. bayangkan, kalau setiap hari ada 1000 orang yang isi RM40, stesen minyak dah untung 9.4737 liter. itu kalau 1000 orang, kalau 10 hari? sebulan?

itu hanya pengiraan ringkas untuk pengisian RM40 sahaja. bayangkan, berapa banyak stesen minyak akan untung atas selisih kiraan jumlah liter ini.

Sebab itu stesen minyak selalu buat program cabutan bertuah dengan pembelian minimum RM40. mereka mahu menanam sifat mengisi minyak mengikut nilai RM, bukan ikut nilai liter.

Isi dalam liter.
1liter harga rm2.30
isi lah rm23 jadi 10liter
isi rm46 jadi 20 liter
isi rm69 jadi 30 liter
kalu isi 35 liter darab dengan rm2.3.
kalu isi guna jumlah duit, liter tu akan dibundarkan ke jumlah terdekat.
contoh 31.777 liter. rugi sikit, tapi kalu tiap2 hari towkey stesen minyak yang untung."

Kite try la senah eh. Memang betul, kite isi 10 liter dan kite untung 1 sen. Bukan rugi 1 sen. Kalau senah nak tahu cuba lah praktik kan cara di atas. Senah akan dapat jawapannya. Bye 


No comments: