17 July 2011

Kawan Yang Macamana?

Kategori kita sebagai kawan.

1. ada orang kawan dengan kita semata- mata nak tau rahsia.
bila dah tau kita ditinggalkan.

2. ada orang kawan dengan kita sebab nak makan free
kerana kita suka belanja orang makan.

3. ada orang suka kawan dengan kita kerana nak tumpang famous
sebab kita seorang yang glamour.

4. ada orang hanya kawan dengan kita waktu kita senang aje.
bila kita ditimpa kesusahan semuanya menghilang entah kemana.

5. ada orang suka kawan tapi tikam kita dari belakang.
depan bermulut manis belakang mulutnya ya Rabbi **#??*

6. ada orang cuma cari kita bila dia tak da kawan
dalam erti kata lain kita hanya spare kawan dia aje.

7. ada orang cuma cari kita bila dia rasa nak mengumpat
dan orang lain tidak selamat untuk dia buat lawan mengumpat.

8. ada orang nak kawan dengan kita sebab ingat kita kaya

9. ada orang kawan dengan kita sebab nak minta projek untuk suami diaorang.
udang sebalik mee la tu.


apa yang engkau merepek ni melor oooiiiii.........

p/s: ce renung ce fikir dimana kita

4 comments:

Unknown said...

SALAM,
LF BARU SEBENTAR TADI DENGAR "TANYALAH USTAZ" DI TV9. KATA USTAZ BERKAITAN, KAWAN/SAHABAT YG SEBENAR ADALAH SAHABAT YG MENEGUR KITA APABILA KITA BUAT KESILAPAN, DAN MENYOKONG KITA BILA KITA LAKUKAN PERKARA YG BAIK/BETUL !

Cik Melor said...

lf
eh,eh sama pula isunya ya. lf duk tempat mana.

Nur said...

Rasanya, tak boleh nilai diri sendiri. Tapi kawan kita, tahu la kita ni jenis kawan camana kan. :)

Cik Melor said...

yati
betul tu yatie kata