07 November 2026
Doodle Arts Creative - stayathomeday8
Bubur Nasi Versi Campak-Campak
![]() |
| bubur nasi versi campak-campak |
Tapi bila buka peti ais... alahai, barang tak berapa nak ada pulak. Nak keluar pergi kedai malas, nak pesan makanan luar rasa membazir. Jadi, apa lagi? Kita jalankan resepi paling sakti dalam dunia—buat jelah dengan apa yang ada!
Tak payah nak renyah-renyah ganti periuk lain. Cik Melor cuma guna periuk nasi elektrik (rice cooker) yang ada kat dapur tu je. Kita yang buat dia kan, apa nak risau😁
Masukkan beras macam biasa, campak sedikit halia ketuk, hiris pun boleh halia tu. campak juga kiub ayam. Tak ada kiub ayam, kiub ikan bilis pun boleh. Kiub daging pun boleh. Ingat kita yang buat dia😁 Biarkan beras mendidih dan melembut sendiri sampai hancur jadi bubur
Petua Cik Melor senang je: tak payah sukatan beria, kita yang buat dia! agak-agak la nak campak banyak mana. Selera kita, kita yang tentukan.
Bubur nasi kena ada lauk sampingan, alaa macam yang kita makan di kedai tomyam tu. Baru la nyam-nyam rasanya bubur nasi versi campak-campak kita besties.
Tengok balik dalam ruang pembeku peti ais, ada baki daging sikit
Panaskan kuali, masukkan daging yang dah perap sekejap tu, gorenglah. Pastikan minyak tak banyak dan minyak baru ya. Agak daging tu dah separuh masak baru masukkan bawang besar, bawang putih yang dimayang. Cili merah yang dah dipotong masuk sekali. Dah masak, alihkan dalam mangkuk tabur daun bawang sikit bagi cantik. Itupun kalau ada daun bawang, tak ada lupakan je besties.
Di situlah indahnya slow living kat rumah. Tak perlu bahan serba mewah, tak perlu gempak-gempak. Cukup dengan air tangan sendiri, barang simple dari peti ais, dan makan dengan tenang.
Jumpa lagi di entri akan datang! Bye besties💗
06 November 2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Saya Cik Melor, pemilik blog ini, yang ditulis sepenuhnya dari hati dan pengalaman sendiri. Di sebalik nama ini, Cik Melor adalah seorang wanita biasa yang berperanan sebagai ibu dan juga penulis kandungan digital yang minat berkongsi ketika waktu lapang.
Blog ini bukan sekadar diari kehidupan, tetapi menjadi platform untuk Cik Melor berkongsi tentang resipi masakan harian, jahitan, tips keibubapaan dan kehidupan seharian, ulasan jujur produk dan perkhidmatan.
Cik Melor percaya setiap cerita mempunyai nilai, dan dengan menulis, Cik Melor harap dapat memberi manfaat, inspirasi, hiburan dan sedikit sebanyak membantu pembaca yang singgah ke sini.
Terima kasih kerana meluangkan masa. Jangan segan untuk tinggalkan komen atau hubungi Cik Melor jika ada pertanyaan. Selamat membaca dan semoga anda mendapat sesuatu yang berharga di sini🌿.


