Bunga dan Cik Melor berpisah tiada. Tak dapat banyak sepohon pun tetap Cik Melor nak tanam. Bagi Cik Melor itulah terapi paling utama setelah penat seharian mengadap masalah.
Kemboja bonsai pink ni, Cik Melor tak tanam sendiri tapi mewarisi sebagai penjaga baru. Setelah sebulan dibaja dan dibelai kemboja bonsai pink yang ada berpasu-pasu mula berbunga. Bukan pokok kemboja bonsai je berbunga, hati Cik Melor pun berbunga-bunga setelah melihat hasil membaja dan membelai.
Selain koleksi pokok bunga, Cik Melor juga dipertanggungjawabkan menjaga koleksi kucing-kucing yang ditinggalkan. Ah sudah senah eh, Cik Melor geli dengan kucing. Camana nak buat ni.
Sebulan ni kerja Cik Melor menyusun pasu-pasu bunga yang berterabur, tanam balik yang mana dah tertonggeng, buang mana yang matid, kemas rumah kucing yang berterabur dan raw-raw bau dia hihihi.
Sebulan ni kerja Cik Melor menyusun pasu-pasu bunga yang berterabur, tanam balik yang mana dah tertonggeng, buang mana yang matid, kemas rumah kucing yang berterabur dan raw-raw bau dia hihihi.
Senah pun tahukan Cik Melor ni terlibat dalam bisneh makanan. Kalau rumah kotor dan busuk orang geli nak beli makanan yang kita jual Tiap-tiap pagi selepas balik dari hantar anak sekolah.perkara pertama Cik Melor buat ialah siram pokok bunga dan cuci tempat kucing serta cuci lantai depan rumah tu bagi wangi.
Nampaknya selain jadi supir, jadi makcik kuih, Cik Melor kena jadi bibik jaga pokok bunga dan jaga kucing huhhuuh.
Koleksi kemboja bonsai ni kalau banyak kaler mesti tambah cantik kan Senah. Bye.
No comments:
Post a Comment