Tuuuu dia senah eh. Projek bebudak sekolah zaman sekarang. Projek membina diarama haiwan untuk matapelajaran sains tahun 2. Wajib buat semperna bulan sains. Macam tu la katanya.
Seingat kita la. Zaman kita sekolah rendah dulu takda la kena buat projek-projek gini. Macam projek membina diarama haiwan ni la. Bila difikirkan balik, elok juga sekolah buat aktiviti-aktiviti sebegini.
Secara tak langsung bergerak juga otak bebudak memikirkan cara nak menyudahkan projek yang diminta betul tak senah. Contoh kata la, nak membina diarama haiwan ni. bebudak semestinya kena berfikir macamana nak reka suasana. nak susun, nak cari gambar haiwan dan lain-lain.
Makcik Google guna apa saja yang ada di rumah untuk projek membina diarama haiwannya. Gambar-gambar haiwan gunting dari buku kamus bergambar sidara masa kecil. Tapak diarama haiwan rembat penutup kotak kertas A4 kita huhuhu.
Nasib baik tak buang kertas keras lebihan projek sejarah sibujang tahun lepas dapat buat dinding dan buat pengeras gambar haiwan. Plastasin pula dah bertahun beli guna sikit lebih simpan. Akhirnya terguna juga lebihan plastasin tu senah eh.

Kita tolong Makcik Google potong apa yang patut selebihnya biarkan di buat sendiri. Tengok la hasilnya. Ramai juga yang buat projek membina diarama haiwan ni. Kita tak pasti ini satu pertandingan atau tidak.
Tetiba rasa seronok pula bila sama-sama buat projek membina diarama haiwan sains tahun 2 ni, Eh anak-anak senah ada tak buat projek macam ni kat sekolah?. Bye.
Tetiba rasa seronok pula bila sama-sama buat projek membina diarama haiwan sains tahun 2 ni, Eh anak-anak senah ada tak buat projek macam ni kat sekolah?. Bye.
No comments:
Post a Comment