pages

11 March 2013

Peria Katak Dah Memanjat

Sukaaaa sangat makan buah peria. Terutama buah peria katak. Di goreng, di gulai  habis licin kena balun hihiihihih...... Hari tu Cik Melor masak peria katak. Bijinya Cik Melor semai senah eh.

Sekarang anak peria katak dah besar dan mula keluarkan sulur memanjat. Kayu junjung belum ada lagi. Member dah mula berpaut tuh huhuhu...

peria katak

Percubaan tanam peria katak. Cik Melor tanam dalam tab mandi baby je senah wehhh..... Maklumlah rumah Cik Melor nih miskin tanah.

peria katak

Close-up sikit, anak peria katak Cik Melor berpaut di pokok bunga jiran sebelah. Mana nak cari kayu buat junjung nih !!!!

4 comments:

  1. Tak sabar nak tengok hasilnya nanti.

    ReplyDelete
  2. Sihat walfiat nampak anak pokoknya. Banyak khasiat buah peria tak rugi tanam sendiri.

    ReplyDelete
  3. junaina
    kite nanti tengok buah dia pula

    ReplyDelete
  4. tukang kebun
    yup peria nik banyak kasiat.melor suka makan. n tq sudi follow my blog

    ReplyDelete