23 March 2018

'Last Belanja' Esok Dah Terbang

dunia cmelor

Senah nak tahu, hari ni cik melor berempat merayau lagi. Kali ini kami merayau kawasan kiri pula. Merayau mencari barang sidara yang belum dibeli dan sesambil 'last belanja' sebelum sidara terbang balik asrama.

Kita juga merancang, lepas merayau nak bawa anak-anak ke kolam renang seperti yang dijanjikan. Eh.. eh.. diorang pula lupa bawa baju mandi memasing. Batal agenda mandi kolam. Kami teruskan agenda 'last belanja' sampai habis masa yang di tetapkan hihihihi

Dalam perjalanan balik rumah ada pula yang duk menyanyi lagu syahdu. Binggit telinga, terpaksa kita singgah di McDonald penuhi permintaan diorang. Takpa la sebab hari ni 'last belanja' ibu bagi can awok-awok megada-gada okeh. Dalam hati kita yang nangis poket kempis senah ehh huuhuhu.

Habis urusan di McDonald, kita terus memandu balik ke rumah. Masuk je rumah semuanya terbongkang kepenatan dan kekenyangan. Lagi sekali hati kita berkata-kata. Takpa la sebab hari ni hari 'last belanja' ibu kasi peluang awok-awok kenakan ibu huhuhu. Sayang anak la katakannnn. 

Senah bawa anak-anak belanja ke mana?. Bye. 


2 comments:

Mila@Rimbun said...

belanja kawan2 blogger lah plak lepas ni cik melor kikikiki

lama tak melawat kawasan...

Cik Melor said...

mila
Boleh je mila. tq dtg melawat