Tuesday, July 11, 2017

Salam AidilFitri 2017 - Purple Team


Assalamualaikum  rasanya tak terlambat lagi cik melor the purple team nak ucapkan selamat hari raya aidil fitri untuk semuakan. 'Selamat Hari Raya Semuaaa'

Ada yang rindu?  merajuk?. Nah kita belanja sekeping gambar family cik melor di pagi hari raya 2017 untuk tatapan pembaca 'dunia cmelor'. Tahun ni kita beraya di KL. Jalan beraya pun sekitar KL sahaja.

Anak-anak kita dah besar senah eyy. Yang bercermin mata tu sidara. Emmm dah jadi anak dara. Sekarang sidara tinggal jauh dari kita. Sidara tinggal di asrama MRSM Tumpat. 5 tahun senah weyyy. Letih jiwa kita merindu dia.

Sibujang kita pun dah besar. Tahun ni belajar dalam tahun 4 tapi feeling macam dia la si bongsu. Makan banyak badan mantain kurus kering huhuhu. If my body la macam tu kan bagus . Jimat bila beli kain buat baju hihihhi..

Yang paling gedik sekali tu makcik google. Kalau posing depan kamera kasi dia lah. Semua gaya boleh keluar hahha. Makcik google sekarang dah tahun 1. Macam-macam akal duk ada

Makcik tua yang menenggek sama kat situ, tu la cik melor versi senja senah eh.

Itu saja lah cerita raya kami tahun 2017. Walaupun biasa-biasa saja tapi kami gembira kerana dapat bersama-sama di pagi raya. Makan lemang, rendang, biskut free yang paling penting kami sedondong di pagi raya. Senah semua raya kemana? Bye 

2 comments:

nini said...

Selamat hari raya akak =)

Cik Melor said...

nini
selamat hari raya