Tuesday, August 30, 2016

Nasi Lemak Sedap, Murah Di Setiawangsa, Kuala Lumpur

nasi lemak murah sedap
google image

Hai senah. Suka tak makan nasi lemak? Eeeee... kita kan suka sangat makan nasi lemak Trengganu. Ala nasi lemak yang sambalnya guna ikan tongkol tu. Aaaa...... yang tu la kitea cuuuuukup.... suka. Tapi mana nak dapat nasi lemak macam tu di KL ni kan.

Bila dah lama di sini makan juga la nasi lemak KL. Merata kite beli nasi lemak tapi tak kena la dengan tekak kita ni senah ehhh....

Ada 1 hari tu kan, kita gi la kat 1 gerai ni. Hajat hati nak beli karipap. Nak cite ni senah eh, karipap di gerai kak ummi ni sedap sangat. Itu tekak kita punya rasa la kan. Kita usyar-usyar  tanya rupanya dia buat sendiri la. Itu cerita 3 tahun yang lepas hahahha

Sekarangkan senah, kita dah jadi peminat setia nasi lemak kak ummi ni tau. Sebab apa tuuu, sebab nasi lemak dia memang sedap. Dah la sedap murah pula tu. Murah la kalau di banding dengan gerai sekitar Setiawangsa. Kak ummi ni pun peramah tak berkira sangat dengan pelanggan dia. Selalu bagi free. Tak caya cuba la gi beli . Betul ke tak cerite kita ni.

Ada  hati lembu, paru, kerang, sotong, ayam goreng, telur mata, ayam merah, hati pedal ayam untuk digandingkan dengan nasi lemak dia. Eemmmm... semua sedap-sedap senah eh.

Kuih muih pun ada. Paling kita suka karipap dia la sedappppp...... selain jual nasi lemak setiap pagi, kak ummi ni ada ambik tempahan juga. Contoh macam kuih muih tradisional, mee, bihun, Huh paling anak kita suka roti jale kak ummi. Kite pernah tempah dengan dia sedap senah eh. Roti jale dia tu tak payah cicah kuah pun sedap. Anak-anak makan gitu aje

Kak Ummi berniaga belah pagi sahaja. Mula pukul 7am hingga pukul 10am setiap hari. gerai nasi lemak kak ummi ni tepi pagar padang bola Setiawangsa. Berhadapan kedai mamak Al Riyad Bistro Setiawangsa. Berdekatan klinik kerajaan Setiawangsa. Emmmm..... apa lagi mercu tanda yang boleh kita sebut kat sini ya hahahah...

Kalau rasa nak buat majlis makan-makan boleh le buat tempahan ngan kak ummi ni. Nah kita tempek no talipon dia.

untuk tempahan

Kak Ummi Nasi Lemak
019 6349796

Pisstttt....pissstttt.... jangan lupa sebut nama cik melor mana tahu dapat nasi lemak free hahahah byeee....



No comments: