Thursday, February 28, 2013

Kurung Moden Tangan Kedut Lagi


Tangan kedut lagi senah. Empunya dah lama gambik cuma akak melor baru ada kesempatan nak update. Sibuk memanjaaaang je kerja akak senah wehhhhh..... Gitu la kalau dah jadi ibu kan senah macam-macam benda nak kena buat. Pendek kata selagi mata tak pejam lena la tu selagi tu la adeeeee je kerja yang nak di buat.

Sungguh mencabar senah nak jahit baju nih. Tuan kain saiz xl tapi kain cukup untuk saiz m. Berpeluh akak melor di buatnyer. Untuk bagi semangat kat diri sendiri akak kata "Takpa, sebagai latihan untuk aku manalah tahu ada lagi masalah gini esok2".

Sebenarnyer akak melor dah tahu kain tu tak cukup untuk xl, tak mahu kecikkan hati akak terima juga lah dan terus cakap kemungkinan masalah yang akan di hadapi. Nak menyiapkan nyer ambik masa sikit la senah. Bila dah sambung-sambung, tampal-tampal jadi lambat la. Mood tukang jahit pun turun naik la di buatnyer. Mood tu lariiiiii senahhhh hihihiihiih......

Akhirnyer siap jugak walaupun terpaksa di sambung-sambung dan di tampal kain lain. Empunyer boleh terima dan suka, akak lagi la suka senah. Lepas tu akak bagi beberapa tip kat empunya bila nak beli kain. Tak boleh main beli dan tak boleh ikut kata penjual kain aje. Kalau senah nak tahu tip-tip tu kena la tunggu dan jadi pembaca setia blog akak ya.

Akak nak gi sambung rempit. Bye......

Wednesday, February 27, 2013

Cili 2 Biji Sudah Masak

Ingat tak lagi cite Semaian Cili Dalam Secret Garden dan Cili Di Taman Dah Keluar Bunga. Sebenarnyer senah, pokok cili tu dah berbuah dah masak pun buah dia. Akak melor malu la nak cerita, sebab cuma 2 biji je buah dia. Walaupun 2 biji aje tapi akak melor tetap gembira senah wehhhhh. Macam orang dapat baby baru gitu la perasaan akak nih tau.

Mungkin kerna kebizian melampau tak sempat nak tukar ke pasu besar, tak berbaja, tak berbelai sebab tu la kut cili tu tak membesar duk kemetot aje. Buah pun hanya 2 biji. Emmmmm...lepas nih kalau dah tak sibuk akak akan manjakan pokok cili nih kasi dia besar tak de la segan nak bercerita perihal cili di laman hahhahah......

Kadang-kadang akak melor rasa la tangan akak nih tak sesuai tanam pokok sayur. Kata orang tua tangan panas tak berapa nak menjadi. Betul kah senah weh????...... Tapi pelik pun ada senah, napa lak kalau pokok bunga menjadi je di tangan akak nih. Mungkinkah tangan akak melor ni duk dalam kategori panas sejuk hiihihihhi....

Akak ada semai kacang botol dan bendi kali pertama semai tak tumbuh langsung. Kali ke 2 semai nampak la cambahan benih tu.  Melompat kegumbiraan kite tau. 2, 3 hari tak tengok tinggal tanah aje la senah. Tak kemana cambahan kacang botol dan bendi akak. Sedih kite tauuuuu. Terbaru akak melor ada semai peria katak. Nampak anak peria tu dah sejari tinggi dia tau senah. Ada 3 pokok. Nanti akak cite pasal peria dalam n3 lain ya senah.

Sebenarnyer akak sibuk 2, 3 hari nih, nak siapkan tempahan. Esok yang empunya order nak datang ambik lagi 2 sarung kusyen belum siap  Akak gi sambung rempit dulu senah ya. Bye........
 

Monday, February 25, 2013

10 Tips Jimat Wang Anda

sumber google

10 tips berikut untuk di kongsi ya senah. 

1 .Beli barang pada harga borong/pukal - beli barang secara pukal atau pada harga borong di Mydin, Carrefour, Tesco, Econsave, Giant atau mana-mana pasaraya bagi produk-produk seperti tisu, pampers, alat tulis, makanan sejuk beku atau dalam tin dan sebagainya dengan lebih murah. 
2. Beli barangan second hand @ lelong murah - contohnya seperti beli buku second hand di paylessbook dekat Carrefour Subang Jaya atau mana-mana tempat yang harganya kurang dari separuh. 

3. Musim Promosi @ Megasale - Biasanya di Malaysia ada MegaSale, jadi pada waktu tersebut banyak tawaran yang cukup murah seperti pakaian di Sogo, Kamdar etc.. Anda boleh ambil kesempatan ni beli pakaian atau barangan pada musim promosi yang mana pada waktu lain mungkin harganya dua kali ganda.

4. Manfaatkan kelebihan iTalk  - Bagi mereka yang guna handphone boleh jimatkan duit dengan gunakan iTalk. Harga dia jauh lebih murah berbanding caj yang dikenakan telco lain sama ada panggilan di dalam atau luar negara. Dan boleh digunakan pada sebarang talian sama ada handphone ke handphone atau sebaliknya.
Info tentang iTalk >> http://www.tm.com.my/connecting-you/calling-cards/italk/Pages/italk.aspx

5. Kitar Semula / Recycle - Bagi mereka yang ada banyak koleksi paper atau majalah lama, botol, kaca, dan aluminum boleh kitar semula di pusat kitar semula yang telah disediakan di setiap negeri.

6. Gunakan banyak Member/Privillege Card - Member card ni lebih kurang macam bonus link, real rewards, kad mesra, jusco card dan sebagainyalah kerana ia ada kemudahan point yang boleh ditukarkan hadiah di samping ada harga rendah bagi ahli apabila ia ditawarkan pada waktu-waktu tertentu.

7. Beriadah di tempat awam - bagi mereka yang selalu ke gym dan jadi ahli dengan membayar beberapa ratus ringgit sebulan, boleh jimatkan duit anda dengan berjogging sendiri di tempat2 rekreasi awam, boleh juga bersenam dalam rumah dengan bersihkan keseluruhan rumah, susun atur semula kedudukan, ataupun buat latih tubi di beranda rumah, di tempat reakreasi pun boleh juga sebab semua fasiliti sudah ada cuma kene bijak gunakannya saja.

8. Kurangkan hiburan banyakkan bacaan - berhibur tak salah, tapi biarlah kena pada tempatnya. Misalnya nak tengok wayang, konsert artis dan sebagainya better tak perlulah keterlaluan sangat. Duit tengok wayang tu lebih baik simpan untuk beli bahan bacaan yang bermanfaat seperti buku ilmiah tentang perancangan kewangan, cara tambah pendapatan atau buku yang bermotivasi dan berinspirasi.

9. Kurangkan makan di fast food restaurant - macam McDonalds, KFC, Pizza hut, kedai mamak dan sebagainya kurang elok kerana ia mengandungi pelbagai perasa, pewarna dan unsur kolestrol, lemak berlebihan. Lagipun harga dia lebih mahal dari restoran biasa, baik rancang pemakanan dengan diet yang sihat di samping jimat belanja.

10. Masak @ Makan di rumah - ini salah satu cara nak jimat duit, kalau teh kat luar sana RM1.50 manakala kalau buat sendiri kat umah tak sampai 40 sen pun segelas. Begitu juga nasi, lauk dan lain-lain makanan/minuman yang boleh dijimatkan dengan adanya satu sistem yang tersusun di rumah.

Emmmmm...... agak-agak senah boleh terikut tak kite ???????.... bye.

Sunday, February 24, 2013

Zarul Umbrella Yang Ku Kenali



Sebelum baca senah klik la lagu kat atas tu. Sambil baca sambil dengar tentu lebih berkesan di hati ya senah. Semalam akak dengar lagu nih. Terus nostalgia zaman sekolah muncul di kepala akak melor nih. Kenangan akak melor bersama dengan the singging blogger kite yang satu nih. Senah tak caya ke? Caya lah senah ya bahawasanya akak melor bukan reka cite sememangnyer akak pernah mengenali si zarul nih.

Mungkin dan pasti nyer si zarul nih dah tak ingat ngan akak melor. Almaklum la akak ni masa  sekolah dulu bukan lah seorang yang glamo. Tak banyak mulut lebih-lebih lagi dengan budak lelaki. Tua pun tak glamo inikan pulak zaman sekolah. hahahhahah...... Tapi akak tetap ingat akan si zarul tuh. 

Kami pernah satu sekolah dan juga satu kelas. Meja dia di depan belah kanan, meja akak pun di depan tapi belah kiri. Masa tu tepi dia duduknyer budak nama shariff. Rapat juga dia dengan si shariff tuh. Mana perginyer dan apa jadi dengan budak tu sekarang akak  melor pun tak tahu. Akak lak masa tu sebelah akak duduknyer kawan baik akak nama dia Norazurainie Mohd Nor. Uuuiiiiii... glamo budak nih senah tau, Glamo sebab cantik dan lemah lembut. Tentu si zarul ingat dengan budak nih. Tadi siang akak melor gi melawat baby baru tau dan si nor tu la emak dia. Dah 4 anak dia zarul tau

Dulu masa akak melor kenal si zarul nih dia seorang budak yang baik, handsome, smart, kemas, pandai. Ramai yang menaruh hati ngan dia tau senah. Akak nih takde la taruh hati. Dulu masa sekolah akak tak bercinta. Lambat matang hihihiihhihi....... Tapi selalu duk perati gelagat diaorang semua.

Selalu la kalau pergi pasar akak tengok mak si zarul nih berniaga. Cantik mak dia sebab tu la anak dia pun dalam kategori handsome. Habis sekolah kami mengikut haluan memasing. Tup-tup akak dengar si zarul nih dah jadi artis. Lepas tu tup-tup dengar cite dia kawin. Meriah kawin dia senah. Lepas tuh tup-tup dengar di bercerai. Lepas tu tup-tup jumpa balik dengan dia as a singging blogger. Doa akak moga si zarul nih sentiasa berjaya walaupun dimana dan apa dia buat. Bye.....

p/s - sekadar berkongsi cerita mengimbas nostalgia lalu di hari minggu takde niat terselindung tauuuuuu.....

Saturday, February 23, 2013

Tip Halau Nyamuk Cara Mesra Alam

sumber google


Hai senahhhhh..... buat apa tuuuuuuu..... Nak tak kalau akak melor kongsi satu rahsia. Rahsia macamana nak halau nyamuk ikut cara akak melor. Cara yang mesra alam ya senah. Senah tau dak oren sungkist macam gambar kat atas tuuuuuu.... Tang kulit tu uuiiiiii....... banyak guna tu senah weh. Selain bubuh dalam masakan, boleh juga buat halau nyamuk tau. Senah tak caya???? Memula dulu akak pun tak cayaaaaa gak senahhhhh. Lepas try terbukti berkesan senah wehhhh....... 

Akak nih tak gemar guna ubat nyamuk ke, penyembur ke. Tak suka bau dia, busuuuuuuk. Duk rasa macam sedup udara beracun laa senah weyyyyy.... Lagi pun ada anak kecil dalam rumah lagi lah akak tak mahu guna benda-benda tuh. 

Satu hari, masa tu tengah bekfas. Biasa la tuan pengarah dia akan bekfas dengan buah dulu dan oren merupakan buah utama dia. Tuan pengarah berkata-kata ngan akak, kata dia " U jangan buang kulit limau tu, I nak letak dalam bilik tido, buat halau nyamuk". Kata dia lagi, "ni tip dari kawan I". So akak pun ikut la kata dia. Tak ikutkan nanti ada lak yang merajuk. Akak juga yang susah senah, tido takde teman hihiihihihih....... 

Ternyata nyamuk lariiiiii..... senah wehhhh. Letak je kat tempat nyamuk selalu duk lepak. Biar je situ sampai kulit limau tu kering . Lepas tu ganti baru. Kena selalu rajin menganti ya senah.

My xperimen lagi, letak lak dalam bilik jahit dan perati tengok betul ke tak tip tu. Akak perasan la senah,  kulit limau ada, nyamuk tak de. Kalau tak..... akak selalu diganggu oleh nyamuk ketika duk bertapa dalam bilik jahit.

Lepas nih, boleh la cuba ya senah. Mesra alam tuuuuu...... Lagi satu kulit limau kering tu, jangan di buang terus. Ada gunanyer lagi tau. Buat baja komposssssss hihihiiih....... bye.....

Wednesday, February 20, 2013

Pokok Hiasan Serap Toksik

Seperti yang di janjikan hari tuh senah ya. Berikut adalah senarai pokok yang paling efektif menapis udara    ( top 3 air cleaning plants)


Madagascar Dragon Tree a.k.a. Red Edged Dracaena.... antara tanaman yang boleh membuang toksin di udara iaitu formaldehyde. Ianya merupakan tanaman pembersih udara yang efektif dan antara tanaman terbaik membuang toksin jenis xylene dan trichloroethylene. Pokok ini sangat cepat mengesan udara yang bertoksin dan tidak dapat hidup dalam keadaan yang panas terik.


 Warneck Dracaena....pokok ini juga popular menapis benzene, trichloroethylene, xylene & toluene dari dalam udara


Peace Lily....menapis benzene, formaldehyde, acetone, amonia and trichloroethylene dari dalam udara.

Manakala pokok yang paling efektif menghasilkan oksigen ( Top three oxygen producing plants ) adalah
Taugeh..... bebaskan oksigen semasa proses tumbesarannya dan dapat makan taugeh segar dan lebih terjamin kebersihannya. Baguskan senahhhhh. 2 dalam 1 mana nak dapat tuh. 

Snake Plant a.k.a. Mother-In-Law’s Tongue ( pokok lidah mak mertua @ lidah jin): pokok ini unik kerana menukarkan banyak CO2 (carbon dioxide) ke O2 (oxygen) pada waktu malam, sesuai di letak dalam bilik tidur. Pokok ini juga boleh menapis formaldehyde dalam udara. 

Areca Palm .... pokok ini bukan hanya menapis xylene & toluene di dalam udara, tetapi juga menukar lebih banyak CO2 (carbon dioxide) ke O2 (oxygen)sepanjang hari. 
 Kajian menunjukkan jika senah terkurung dalam bilik yangg kedap udara dengan hanya diletakkan pokok snake plant dan areca palm, anda boleh hidup dengannya kerana bekalan oksigennya yangg cukup (mengikut saiz bilik tertentu, dengan jumlah orang yg tertentu) Kajian Nasa menyatakan ia juga alternatif sebagai bekalan oksigen bila berada di angkasa)

Monday, February 18, 2013

Awak Kejam Tauuuu.....

Gerammmm je kite rasa tau. Lepas post n3 nih terus pc tua akak tak boleh nak masuk tenet. Haiyooooo...... dia meragam lagiiiiii..... bukan pc tua akak melor yang sakit tau tapi unifi la punya hal. Kejam betul la awak nih unifi oooiii..... salah anak tekan pun tak boleh, tak tutup line pun tak boleh  sikit-sikit nak hang.... sikit-sikit nak hang.  Tau tak awak, orang kat sini kalau tak leh mengadap pc rasa macam buta dunia tau, rasa macam katak terperangkap dalam kotak tau. Sian tau kat kite nih tergaru sana tergaru sini, dah rupa beruk kena belacan tau. Kite dah janji nak post sambungan n3 tu. Nanti orang kata kite tipu tau. Tak baik tau buat kite gini. Sedih tau. Geram kite tau. Berapa banyak tau daaaaaa..... hahhahha sesi meluah apa yang terbuku di hati.

Call unifi tanya kut-kut la kena potong mana tau kan senah. Tapi tak mungkin la sebab tipon boleh call out, Hypp tv masih boleh tengok dan yang paling penting tuan pengarah dah bayar bil. Apa lagi yang tak kena???. Tau tak unifi oooiiiii.... cas sekali call customer service tu mahal tau. Tambah-tambah lak kalau nak suruh teknisen awak datang betulkan, nanti awak cas kite rm 50 inggit. Rm 50 tu banyak tau. Kalau akak ni kaya takde la akak kisah kan 50 inggit tu tau. hihihihihihih....... akak meluah lagiiiii

Tuan pengarah balik je terus akak suruh dia betulkan. Tak kire tengah malam pun malam la. Yang penting pc tu ok balik. Tapi tak di layan nyer, member balik lambat penat wooooo...... Tadi pagi akak paksa lagi tuan pengarah suh tengok-tengok kan apa yang tak betul. Ala-ala  pisau kat leher sambil berkata awak betulkan jugak-jugak pc tu sampai jadik kalau tak baik awak berdoa saja. Mati @ hidup awak yang tentukan hiihihiihhi... dahsyat kan. Gini punya orang pun ada daaaa..... Akhirnyer before gi kerja pc akak melor dah ok. So sebagai tanda terima kasih dan minta maaf kerana brutal tadi akak say tu tuan pengarah " i labi u" hihiihihhi........ bye

D.I.Y Button Earring

Salam semua.... Hari minggu yang lepas melor dengan 'my soldiers' pergi kat satu mall hajat hati nak cari sesuatu. Bila pergi tu dah tentu la acara merayap cuci-cuci mata dan kenyangkan perut kami 4 beranak sekali la. Mau 2, 3, jam melekat kat situ.


Ini la benda yang di cari, barangan untuk d.i.y benda kat dalam gambar tu. Melor buatkan subang dari butang untuk my anak dara yang lasak. Di beri pakai emas hilang memanjang jadi buat sendiri dari bahan yang murah dan cantik. Kalau hilang pun tak le terasa sangat. Sayangnya kat kedai tu butangnya tak banyak pilihan. Warna dan bentuk hanya itu aje yang ada. Nak tak nak melor rembat la juga.

Nak buat subang dari butang ni kita cuma perlukan butang, nail earring plastik dan gam. Gam kan aje butang kat atas nail earring tu dah pun siap.

my anak dara menayang earring barunya. Nak hilang seribu kali pun takpa ibu dah tak marah lagi hihihi.....

tengok makcik google pun dah bertindik ni nak kena tukar pakai earring yang ibu buat ni.

Friday, February 15, 2013

Kebaikkan Hias Rumah Dengan Pokok Hidup

gugel punye

Tau tak senah, warna hijau menggambarkan alam. Kesan dari warna ini dapat memberi suasana harmonis, teduh, santai, alami, menyejukkan, menyegarkan dan menenangkan. Mengikut kajian sains warna hijau memberi kesan positif dalam membantu sistem imun tubuh untuk melawan penyakit atau virus . Biar betul senah wehhhh...

Berikut pula adalah hasil kajian tentang faedah berkenaan pokok :

1. Berdasarkan kajian NASA pokok yang di tanam dalam rumah dapat membersihkan toxin dalam udara sebanyak 87% dalam tempoh 24 jam (bergantung jenis pokok dan keluasan rumah). Ianya menapis toxic seperti ammonia, formaldehyde, carbon monoxiside,, benzene, xylene dan trichloroethyene

2. Membuatkan orang rasa happy (menurut Bruno Cortis, M.D., Chicago). Kajian menunjukkan pesakit hospital yang memandang keluar tingkat melihat tumbuhan di taman lebih cepat sembuh.

3. Berdasarkan kajian University of Agriculture di Norway, pokok yang ditanam dalam rumah dapat membantu mengurangkan batuk, sakit tekak, selsema serta masalah berkaitan sebanyak 30% iaitu dengan meningkatkan kualiti udara.

4. Didapati kebanyakan tempat kerja serta badan kerajaan yang meletakkan pokok di dalam pejabat. Kesannyer dapat meningkatkan lagi kreativiti dan produktiviti para pekerjanya (persekitaran hijau/pokok diletakkan dalam linkungan 45 kaki dari para pekerja)

Senah tau tak dunia kita semakin dicemari, oksigen yang kita sedut kurang berkualiti dek kerana letusan gunung berapi, pembakaran hutan, aktiviti perindustrian, jumlah kenderaan meningkat tiap saat, pembakaran terbuka, malah penggunaan alat elektrik seperti peti sejuk & penyaman udara juga mencemarkan udara kita (pelepasan gas cfc)

Jadi akak melor rasa topik kali ni adalah penting untuk semua ambil perhatian. Nak cerita pasal pencemaran udara ni pun panjang sangat sebenarnya. Senah gugel la sendiri yek. Yang penting akak nak kongsi pasal sumbangan pokok dalam rumah jeeeee..... hiihihih

Uppssss esok kite sambung lagi eerkk, nanti akak melor cite tentang pokok-pokok yang sesuai tanam dalam rumah dan keistimewaan pokok-pokok tersebut. Tunggu tau baiiiiii....

Wednesday, February 13, 2013

Ahli Baru


Tahun ni kami terima 2 orang ahli keluarga baru lelaki dan perempuan. Ahad lepas akak melor sertai rombongan meminang di gombak. Adik lelaki akak melor dah berkenan dengan dara gombak, makanyer kami sekeluarga pergi lah meminang. Meriah senah uuiiiii...... mana tak nyer hanya 2 orang je adik beradik akak yang tak ikut serta kerana bekerja di penang. Mana yang dapat datang semuanyer datang. Ramai jugalah senah weh. Almaklum la senaahhhh, akak melor nih ramai adik beradik, 14 orang tuuuuu.... tolak 2 tak dapat datang di campur dengan pasangan dan anak memasing tak payah upah orang lain datang untuk meramaikan rombongan cik melor pergi meminang hahahhaha..... 

Biasalah bila ader je majlis macam nih tuan pengarah yang jadi tukang cakap sebabnyer, tuan pengarah la yang paling tua di antara kami lagi pun dia anak jati KL dah tentu la cakapnyer pun setendet. Tak le macam kami yang penuh dengan lograt kampung kelahiran hihiihihih........ Takut lawan berbincang tu tak paham hihiihihi...........

Tahun ni juga mokkumoh terima cucu baru. Sebenarnyer ipar akak melor bersalin 3 hari sebelum majlis jadi di bawa datang ke rumah akak nih, sebab rumah akak tak bertangga sesuai dengan orang baru lepas bersalin. Sori senah ya, gambar baby encem takde. Lupa nak snappppp.

Seronok senah wehhhh...... dapat mandikan baby. Mak ayah baru tak pandai, nenek lak takut, jadi akak melor je la yang  mandikan baby tu. 3, 4 hari jugalah jadi tukang mandi baby. Rasa macam nak baby lagi laaaaa senahhhhhh......

nak tak nak, nak tak nak, nak tak nak,.................. babyyyyyyyyyy........... masa yang menentukan hihihihi...

Friday, February 8, 2013

Cara Didik Anak Menurut Islam

Masa buka fb jumpa nih. Rasa sesuai sangat untuk di kongsi. Jadi akak pun kopisusukan letak kat blog  nih untuk bacaan semua. Harap-harap dapat la manafaat dari kongsian nih ya senahhhhh......

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali mena
... mpar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi

Thursday, February 7, 2013

Baiki Mesin Jahit Rosak ? ...... Call Simon


Dia baik, dia peramah, dia tak berkira dan dia juga encemmmm..... hihiihihi bukan bodek ya senah, jauh sekali jatuh hati. Sekadar nak berkongsi dengan senah-senah yang selalu duk merempit dengan mesin jahit macam akak melor nih. Yang tak merempit tu boleh gak baca mana la tahu, ada ahli keluarga, sedara mara yang memerlukan khidmat baiki mesin jahit, boleh le bagi tahu. Akak melor nih bukan apa senahhhhh, saja nak kongsi sebab akak tengok si simon nih bagus kerja nyer. Jadi benda yang elok tu baik kalau di kongsi kan senahhhhhh.

Pakwe encem nih nama dia simon . Kerja dia service mesin jahit bergerak tau senah. Tpon, set masa bagi tau tempat, sampai la dia depan pintu rumah kite . Selama akak berkawan dengan mesin jahit nih belum pernah akak jumpa tukang baiki yang buat kerja bagus macam dia, teliti, cermat, arif tentang mesin jahit dan macam-macam lagi lah yang pastinyer akak puas hati dengan hasil kerja dia.

Senah nak tahu, pernah akak kena tegur dengan si simon nih sebab guna jarum mesin jahit tiruan. Nasihat dia jangan pakai yang tiruan sebab nyer kebarangkalian cepat  rosak tu lebih besar. Ada juga si simon tu bagi akak tips cara nak jaga mesin supaya dapat bertahan lama. Macam-macam la akak melor ambil peluang tanya si simon nih bila dia datang service mesin di rumah. Secara tak langsung akak jadi lebih mesra dengan mesin sendiri hihihihih.......

sebelum lupa ni no tpon si simon 0162228177 nak tahu lebih detail tentang service si simon tuh senah tpon tanya sendiri lah ya.

Tuesday, February 5, 2013

Telur David Rocco's Dolce Vita

telur penkek

Semalam kan awak tau senah weh, akak melor tengok tvvvvv.... rancangan masak-masak, Kebetulan masa tu david rocco  tengah masak. David rocco nih tukang masak Italian tau. Kebanyakkan resipi dan cara masak dia senang je kite nak ikut senah. 

Semalam tertarik dengan satu resipi, dia masak telur senahhhhh..... sayang akak lupa nama resipi tu. Alaaaaa macam kite goreng telur dadar tu lah senah wehhhhh.... cuma dia tambah bahan-bahan lain dalam telur tuh. Dan dan tu gak akak masuk dapur selongkar peti ais. Bagus semua bahan ade kecuali lada bengala. Takpe tukar pakai cili padi, ala malaya gitu hihihihi..........

Nak buat resipi nih kite kena ada :

telur ayam - ikut suka berapa biji
cendawan *
bawang besar *
ubi kentang *
cili bengala *
garamg+gula  - secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara masak :
  1. Tumis bahan bertanda * sampai ubi kentang masak.
  2. pukul telur dan tuang atas bahan yang ditumis.
  3. tunggu bahagian bawah garing lepas tu terbalikkan ( macam kite goreng telur dadar)
  4. masak je angkat lepas tu potong  ikut suka kite.
  5. enak di makan begitu aje. boleh juga makan dengan nasi
Kalau ikut david rocco telur tu akan jadi bentuk macam pankek. tapi akak punya hancusssss sebab tak pandai nak balik telur tuh. Rupa tak sama takpe kan senahhhhh. Janji rasa dia sama dan sedap. Sesuai untuk ibu-ibu yang kejar masa dan juga ketika buntu takde aidiel nak masak apa hihiihih...... senah cuba tauuuuuu.....bai