Thursday, January 31, 2013

Teacher's Apron


Penat ehhhhhh..... duk taip cite seram. Akak nak tayang hasil dari jemari akak yang baru. Akak terima order dari TKC jahit apron senah. 24 helai semuanyer. Time kacih la ya, sudi bagi projek kat akak melor nih. Lain kali klu ada projek mudah-mudah tu jangan lupa la pas-pas ke sini lagi hihiihiih.......  eeeee tak maluuuuu

Salah satu penyebab yang buat akak melor sibuk 2, 3 hari nih senah weyyy..... projek ni laaa. Satu perangai yang tak boleh nak blah kalau buat kerja tu tak boleh la lambat-lambat kalau boleh nak siap sebelum due date. Kalau tak dapat siap, mula la akak melor kena penyakit keluh resah macam mak kucing hilang anak. Tak suka, tak suka, tak sukaaaaa tau kalau jadi macam gitu. Tapi kan kalau dapat siap macam yang di rancang hati akak melor ni mula la bernyanyi riang, irama malaysia lagi senah hihihihi......

Lupa nak cite, apron tu guna kain cotton tau senah. Tuan dia yang beli, tuan dia juga yang pilih akak cuma jahit saja ikut macam contoh yang diberi. Kih....kih...kih dah dia yang beli tentu la dia yang pilih kan..kan...apa daaaaa....... Saja buat lawak untuk hibur senah kala membaca.

Tepi apron tu akak balut dengan cotton tape yang orang buat tali barut baby tu ya senah. Senang kerja guna benda tuh senah weh..... Nampak macam simple je buat apron nih tapi boleh tahan gak la ambik masa nak siapkan satu-satu tuh. Tapi berbaloi bila siap dan lihat hasilnyer. Sukaaaaa tau

p/s - jahit secara pukal juga di terima. berminat boleh sms or email miiiii

Wednesday, January 30, 2013

Cerita Seram - Part III


Sampai rumah, tuan pengarah tanya camana? Akak kata ok dah selesai, Cik bibik tu panjat beranda masuk ikut pintu dapur. Tamat sudah cite cik bibik yang serammmmm.....

Lepas tu kan senah akak sambung la kerja yang tergendala tadi, iaitu masak kari ayam pencen. Uuuiiii ...sedap senah tau. Iklan wehhhh......... sambil berborak dan layan anak-anak makan. Selesai anak makan, akak melor perambat bebudak tu naik atas. Awak nak mengemas tak boleh ada bebudak, tak jadi kerja nanti senah wehhhh.......

Dengan tuan pengarah sekali kena perambat supaya merokok kat luar hihiiihihiih....... Lalu tuan pengarah duduk di kerusi luar depan pintu dapur sambil merokok. Akak pula sibuk duk siap barang-barang nak masak kari ayam pencen sambil mulut becok bercerita dengan tuan pengarah. Tiba-tiba akak melor rasa badan melayang. Nasib baik sempat berpaut di rangka pintu. Lepas tu akak terus kata ngan tuan pengarah.

akak : saya rasa macam nak pitam lah. Nak gi mandi dan saya nak baring kejap. Untung-untung pening saya nih berkurang.

tuan pengarah : awak belum mandi lagi ke?

akak : belum kih...kih....kembar ngan kambing

tuan pengarah : ok, pergi lah.

Akak naik atas, terus gi mandi. Selesai mandi akak pun landing depan tv sambil menyusukan si makcik google. Terlelap jap depan tv. Lepas tu akak masuk tido dalam bilik. Kata hati lagi selesa tido dalam bilik atas katil tak sakit badan. Akak lena terus senah wehhh....

Akak terjaga sebab rasa ada yang cuit-cuit badan akak. Tapi mata akak berat sesangat nak buka. Hampir-hampir tak boleh buka senah weh.... Ku paksa-paksa dapat la buka, itu pun sebelah mata je senah. Berat betul tau senah.

Dah dapat buka mata, akak nampak tangan tuan pengarah yang duk cuit-cuit akak. Dalam hati argh...... kacau la dia nih. Lepas tu akak nampak tuan pengarah baring tepi akak. Herannyer akak cuma nampak paras bahu ke punggung je. Lepas tu kan senah akak pun peluk la pinggang tuan pengarah. Teruss akak tutup mata.

Kejap tu bunyi bising-bising, rupanyer hero dengan makcik google masuk bilik. Akak buka balik mata berat tu. Akak toleh sebelah tengok tuan pengarah dah takde. Duk tak lama akak nampak tuan pengarah masuk bilik terus kata,

tuan pengarah : bangun la kari ayam tu dah masak mari kite makan.

 akak : bila masa awak masak, tadi saya nampak awak tido sebelah saya

tuan pengarah : mana ada. saya baru naik atas ni. Dari tadi saya duk kat bawah masak

so sapa yang cuit-cuit dan tido sebelah dan sapa kah yang akak peluk ituuuu.......?????

Tuesday, January 29, 2013

Cerita Seram - Part II


Lepas tu kan cik bibik tu nak panjat beranda. Kata dia, pintu dapur tak kunci, boleh masuk ikut situ ambik kunci. Untuk pengetahuan senah rumah jiran akak nih 2 1/2  tingkat. Dapur letak kat tingkat 1. Tinggi gila tuh senah weh. Akak melor pun kata ,

akak : kalau nak panjat gak, awak panjat la ikut belah sini.

bibik : kenapa ?

akak  : sebab belah sana tu tinggi. belah sini awak boleh panjat ikut tepi rumah cina tuh dan pastikan anjing cina sebelah tu takda ya. Naya je kalau jatuh di salak anjing.

Adegan panjat pun berlaku. Akak nanti la tengok takut-takut la jadi pepe. Lepas tu kan bibik pun buka grill dengan senyuman lega. Akak melor pun senyum balik sambil garu kepala + kerut kening,

akak : macamana boleh terkunci bik.

bibik : entak lah. tiba-tiba je gril tu tertutup sendiri terus terkunci. Padahal saya dah buka kunci sebelum keluar depan sini.

akak: rumah awak ni ada hantu kut. Dengan nada bergurau.

bibik : yelah rumah nih keras sikit  dikkk.

Cik bibik pun bercerita la cite seram yang dia alami selama kerja di situ. Kadang-kadang saya nampak lembaga hitam berdiri je depan tv tapi tak nampak rupa nyer. Ada satu kali tuh saya tengah mengosok saya nampak satu lembaga putih berdiri tepi saya. Saya tak berani nak toleh tapi saya tengok ngan ekor mata lepas tu buat-buat tak nampak.

Ada satu hari tu saya dengar macam majikan saya naik tangga ke atas. Lepas tu saya lihat takde sapa-sapa yang naik. Saya pun tanya majikan saya, dia kata saya tak naik. Kata mak kepada majikan saya bunga melati bonsai tu tak elok buat hiasan dalam rumah. Benda tu suka bertenggek kat situ. So saya di arah bawak pokok tu tanam di luar. Seminggu juga tangan saya sakit dik. Berat betul pasu tu kata dia. Sedangkan pasu tu akak tengok kecil je. Tak mungkin la berat macam yang di kata.

Saya dik, kalau majikan saya takde, saya takut nak tidur atas. saya tidur bilik bawak je. Pesan majikan saya, Kalau kami ke mana-mana bibik buka la tv tu jangan tutup nanti orang tahu kat rumah ada orang. Jadi saya pun buka la tv pasang chanel indonesia, sedar pukul 3, 4 pagi siaran tv dah bertukar jadi siaran cina dikkkkk. Majikan saya kata jangan percaya benda-benda karut tu.  Nak tak percaya saya benar-benar alami kejadian tu. Jadi saya diam aje lah. 

Masa cik bibik tu bercerita bulu roma akak melor berdiri aje. Lepas tu akak nasihat kan cik bibik tu buat-buat tak nampak je dan tak payah le bercerita tentang benda tu sebab lagi kite bercerita lagi galak benda tu nak muncul. Buka tv, masa orang azan kuatkan volume. Kalau ada cd @ kaset mengaji pasang kuat-kuat. Benda tu tak suka dengar.

Lepas tu kan senah, akak pun balik. Masa balik tu sesuatu telah berlaku kat akak. Nak tahu????? senah tunggu part III cerita seram nih. Akak sambung rempit lagiiiiiii.bye.

Monday, January 28, 2013

Cerita seram - Part I


Sibuk sungguh la sehari dua nih. Rasa macam tak cukup masa 24 jam yang di beri tu. Sibuk duk nak siapkan kerja-kerja jahitan akak tu senah weh..... Senah kan tahu akak nih  seorang surigumah cum tailor cum bisnehwumen tentu la sentiasa sibuk kih... kih... kih....Nak buat camana kan senahhhhh...... hidup kena la rajin kan senahhhhhh....

Senah, akak melor ada cite ala-ala seram tau. Bak kata bujang lapok "benar-benar kejadian bukan cobaan".  Kejadian tu berlaku pagi semalam, masa tu akak melor duk buat kerja jahit menjahit. Tetiba je akak rasa tak sihat. Kepala ada pusing sikit, lepas tu mata belah kanan rasa tak selesa berpinar-pinar pandangan akak melor senah tauuuu. Sungguh tak selesa la senah weh...... Gosok-gosok, kelip-kelip pun tak mahu hilang. Jadi akak tolak tepi kerja jahit-jahit akak tu, terus akak panjat tangga naik atas, gi le ngadu dengan tuan pengarah

akak :  mata saya nih, kena gi hospital la. kena check nih.  rasa makin teruk

tuan pengarah : baring la rilex dulu jap. tapi sebelum tu pegi ambik wuduk dulu

akak : ya lah. 

lepas tu akak baring. Selesai zikir tuan pengarah ajak akak melor turun bekfas. Sambil makan sambil borak + gelak-gelak ngan tuan pengarah. Selesai bekfas akak melor dengar ada orang bagi salam. Akak pun keluar nampak bibik depan rumah tu tercegat berdiri depan pagar dengan muka cemas. Dalam hati napa pulak cik bibik nih.

akak : kenapa bik
bibik : tolong saya, rumah saya terkunci dari dalam.majikan saya takde, mereka pegi penang.
akak : oooo jap ye. akak melor masuk dalam rumah semula, ambik apa yang perlu untuk membantu berangan makgeber  la tu

kami pun sama-sama ke rumah jiran akak tu. Cuba itu cuba ini semua tak berjaya. Pandang rumah akak takde la pulak nampak bayang-bayang tuan pengarah nak datang menolong. Haihs tak nak tolong ke?

Lepas tu kan...... senah nantikan part 2 cite seram ala casper nih yaaaa. Akak gi rempit with my mesin tua lu. Jangan lupa senah ya. bye.....

Tuesday, January 22, 2013

Baju Kurung Moden Tangan Kedut Getah


Huh ...... 5 hari gupe nyer akak tak update blog. Kasihan senah yang duk klik masuk blog akak melor nih. Takde n3 baru pun tetap duk mai masuk tengok. Setia sungguh yaaa. Time kacih la yee sebab sudi duk mari singgah selalu huhuuhhu. 

1 , 2  hari ni akak sibuk sikit la senah entah apa yang di sibuk pun sendiri tak tahu sibuk menjahit, sibuk duk  jadi driver pagi petang antaq ambik anak sekolah, sibuk duk godek pokok-pokok di laman. sibuk duk jadi ibu , sibuk duk jadi isteri, pendek kataaa, selagi mata tak tutup kerja, kerja, kerja. Dah nama surigumah itu la kerje nyer hari-hari tak pernah habisssss, dak gitu senah nyer. Akak melor tabik spring la kat surirumah semalaya huhuuuu....

Hari ni akak melor nak menayang hasil kerja akak selama tak berupdate tu, Siap sudah 2, 3 hari, baru pagi tadi ku potretkan. Rasa malas besar ada dalam la, sebab tu la kerja tangan akak melor banyak yang tak masuk blog.

Ni baju kusstomer akak melor. Baju kurung moden yang di jahit kedut getah di tangan. Entah apa orang panggil pun akak melor tak pasti. Yang pasti akak melor panggil kedut getak di tangan aje. Sila abaikan kain yang kat atas meja sebelah tu ya. Itu projek yang tengak akak melor kerjakan. Nanti dah siap akak melor buat satu n3 untuk tatapan senah, untuk iklan dan untuk  rekod akak melor sendiri kih...kih...kih.... berapa banyak untuk  daaaaa......

Baju kurung moden ni akak melor jahit kedut getah di tangan atas permintaan tuan baju. Akak juga gunakan zip sorok kat belakang baju tu. Senah tau akak melor dah terer pasang zip sorok nih. Kalau senah nak tahu pasang zip sorok lebih rumit dari pasang zip biasa dan rege zip sorok lagi mahal dari zip biasa. Sebab tu la upah jahit berbeza-beza tau. klik sini tutorial jahit zip sorok

Tang kain pula akak buatkan kain kipas belakang juga atas permintaan tuan baju. Sebab nak cantik akak jahitkan pinggang kain getah kiri dan kanan. Jahit macam tu memang rumit juga tapi hasil dia memang cantik senah tau. Tak caya ??? sila tengok bawah. byeeeeee.

Wednesday, January 16, 2013

Tip Penjagaan Spesis Begonia / Resam Batu




pertama senah kena :
  • siram 2 kali sehari ya. Pagi dan petang kalau hari panas. Kena selalu sembur air kat daun tu untuk kekalkan lembapan untuk cegah daun melecur ya senahhhh.     
ke dua senah kena :
  • banyak dedahkan pada cahaya matahari tetapi bukan cahaya matahari terik ya senah. Kata orang bawah teduh yang masih dapat cahaya matahari. Daun dan ranting mudah lecur kalau kena cahaya matahari terik nanti susah nak pulihkan semula ya senah.
ke tiga senah kena :
  • di sarankan guna baja cecair atau baja garam larutan. Bancuh dengan air dan sembur. Baja biji boleh lecurkan bahagian pokok yang terkena jadi sila hindari baja biji ya senah.     
Ok tu je tips yang akak melor nak kongsi dengan senah ya. Gambar kat atas tu, spesis begonia yang ada dalam koleksi akak melor. 3 jenis, 3 rupa, 3 warna dan yang pasti 1 berbunga 2 takdak bunga. Untuk pameran daun cantik tau senah...... byeeee

Monday, January 14, 2013

Handmade : Double Layer Skirt For Sale

material : cotton linen + cotton corak
pinggang - 19 inci
Labuh - 11 inci
Saiz : 3 Tahun
Harga : RM 35.00
 
" Love Handmade ! Buy Handmade ! Support Handmade " ada sesapa yang setuju dengan akak melor sila angkat tangan huuhuhuuh....... Ku persembahkan satu lagi hasil dari jemari akak melor untuk tontonan pembaca budiman sekalian. Kalau ada yang rasa tersangkut di hati aka berkenan la tu, boleh la email ke duniamelor@gmail.com atau pun mengsmskan ke 013 9054547 untuk pertanyaan atau order ok.

Mari akak melor ceritakan serba sedikit tentang skirt double layer ini ya senah. Akak guna linen cotton dan cotton corak. Tak tebal dan tak nipis., Selesa dipakai anak-anak sebab tidak panas. Sesuai untuk anak-anak yang berusia 3 tahun ya senah. Setiap yang akak hasilkan boleh di katakan masterpiece sebab tak akan ada produk sama walaupun material dan coraknya sama.. Pasti  akan ada sedikit kelainan pada satu-satu produk yang dihasilkan ya senah.

Klik sini untuk tengok hasil jemari akak yang lain ya senahhhhhh. Bye.......

Saturday, January 12, 2013

Ikan Kaloi Nan Seekor


Semalam post n3 cite pasal kaloi belaan. Tetiba lak hati rasa ingin lebih tau pasal kaloi. Lalu ku gugel mencari maklumat tentang kaloi. Maka sedikit sebanyak rahsia si kaloi dapat di ketahui. Dulu tak pernah ada keinginan untuk tahu jantina apakah kaloi ku ni @ dari jenis apa kaloi ku itu. Membela hanya kerana minat dan kerana suka melihat alunan badan si ikan. Tak lebih dari itu.  Namun kini aku mula ingin mengetahui tentang kaloi nan seekor itu hihiihihi.... apa macam boleh tak kalu akak tulis novel?. Tajuk cite "kaloi nan seekor"

Lepas tu kan akak melor pun gi la duduk depan ikan perhati lama-lama kaloi tu nak tahu kaloi nan seekor tu jantan @ betina kah dia. Pada pandangan akak yang cetek pengetahuan nih, kaloi nan seekor tu jantinanyer kemungkinan jantan sbb ada sedikit benjol di kepala dan dagu kaloi tu gemuk bulat seperti yang di kata oleh mereka yang tererrr pasal kaloi.

Tak lupa akak periksa juga gigi kaloi nan seekor tu senah. Yaaaa.... kaloi akak takde gigiiiii. Mungkin kah kerana telah di cabut oleh tokeh kedai ikan, jadi giginyer tak tumbuh-tumbuh sampai sekarang. Setelah 2 tahun lebih bela baru hari ini akak perasan kaloi akak takde gigi. hahahhaah..... kesian. Boleh ke gigi tu tumbuh semula nih senahhhh?????. Cuma yang  pasti ikan kaloi akak nih, matanyer buta dari mula beli lagi senah weh. Buta sebelah kanan. Itu la keistimewassan ikan kaloi akak melor nan sekor tu. Buta, agresif, ronggak dan manja.

Kata mereka lagi kite kena selalu bercakap dengan kaloi nih baru la dia kenal sapa tuan dia. Emmm macam kucing juga ye. Boleh kenal tuan yang membela. Kalau sebelum ni ada juga akak bercakap dengan kaloi akak tapi tak le selalu, dengan memanggil -manggil manja namanyer. Lepas nih kena la kerap bercakap dengan si kaloi agar dia tahu bahawasanyer akak ni la tuan dia ye dak senah. Untung-untung dia boleh bagi tahu akak nombor ekor ...... Makcik kayooooooo...... makcik kayoooooo....... hihiihihih.....


Kata mereka lagi kaloi ni sepesis yang suka air akuarium dia jernih. Tak boleh campur dengan ikan lain. Kalau bela dia kena dia sekor je dalam tu. Macam sepesis kelisa. EEeeee.... sombong la kaloi nih tak nak campur org huhuuh.....

Ehhh...... lupa nak kasi tau senah, kaloi akak melor ni namanyer "kaluiii" dari jenis kaloi albino kalau tak salah la.. Mata dia kuning diluar merah gelap di dalam. Kalau ada sapa-sapa yang tahu tentang kaloi ni boleh le komen bagi tau maklumat  tentang ikan ni ya.

Friday, January 11, 2013

Kaloi Goreng Berlada?????


Semalam, lepas habis mandikan pokok2 dalam secret garden, akak melor labuhkan punggung seketika di kerusi rotan antik depan akuarium kecil di sudut kanan ruang tamu. Termenung seketika membuang resah dikala hati ditamu kecelaruan sambil merenung si kaloi dalam akuarium kecil itu. Mata memandang kepala ligat berputar, hati pula berkata-kata, ahhhhhh..... cantiknyer kamu wahai kaloi, riang dikau berenang ke sana ke sinun. Andainyer aku pun seekor ikan pasti bahagia kita berenang bersama. Kih...kih....kih buat lawak la tuuuu, nak jadi ikan kunun. Kalau la kaloi tu dapat berkata-kata pasti akan kedengaran "tolong-tolong lepas kan aku, aku pun nak bebas "

Dulu masa beli ikan kaloi ni kecil je, ada la besar 2 jari akak tapi rege dia uuiii...... mahal senaaaahhhh....sekor 7 hinggit tu!!!!! hihiiiih...... 7 inggit pun mahal, apada akak ni kan. Takda laaaa, bagi akak mahal dah tu, mana akak pernah beli ikan mahal. Seumur hidup, ni le 1st time akak beli ikan mahal. Tapi berbaloi la senah weh..... tengok la sendiri cantikkan kaloi tu. Tak cerewet, tahan penyakit. Yang penting ikan ni aktif dan garang tau.

Umur kaloi akak melor nih dalam +- 2 tahun lebih. Akak beli lepas lahirkan makcik google. Buat gantikan ikan kap akak yang mati di kerjakan cik bibik. Sekarang  kaloi akak nih dah besar lebih dari 1 tapak tangan akak tau. Agaknyer kalau bela talapia gantikan kaloi tentu untung berbalaoi-baloikan.... kan.... kan....senahhhh

Dalam duk merenung tuh, ada jga terfikir kalau le ikan ni makin besar dan dah tak muat akuarium akak nih apa yang nak dibuat dengan ikan nih. Patut ke di goreng berlada si kaloi nih???????

Wednesday, January 2, 2013

Handmade : Restock Yoyo Keychain


Syukur senah, yo-yo keychains yang akak buat dan post di CMelor's Shop hari tu dah habis dijual, klik sini nak tengok post terdahulu.  Sukaaaaa tauuuuuu......Dalam gambar tu akak tunjuk 6 je yo-yo keychain versi polkadot. Sebenarnyer akak ada buat lebih tau senah, sebab penat nak kena edit gambar tu maka 6 je la yang terpamir. Kena letak trademark kite la senah weh.... nanti takda la orang guna gambar hasil kerja tangan kite ngaku kerja tangan dia orang . Tak baik tu tau. Penat tuan hak buat kerja, alih-alih orang lain dapat nama.

Hari ni akak tambah lagi koleksi yoyo keychain tu senah wehhhhh..... Azam tahun baru senah nak kedai maya akak tu hidup sikit. Nak hidup kena la rajin kan senahhhhhh. Semua keychain dalam kedai dah tulis sold jadi akak kena la buat baru tambah stock. Nanti takde la akak kena marah lagi ngan kussstomer akak. Uuuiiii..... senah jangan tak tahuuu, akak melor pernah kena sound dengan kussstomer pasal barang dalam kedai akak banyak yang tulis sold. Dia orang kata "ni nak meniaga ke tidak ni?" sadiss betul huhuhuu..........

Untuk hasil terbaik akak melor guna kain cotton yang elok tau  senah. Lepas tu akak potong dan jahit dengan penuh kasih sayang. Kalau boleh tak nak ada cacat celanyer. Supaya takde la runggutan dari kusstomer nanti.

Harge pun tak le mahal senah. 1 yo-yo keychain tu akak melor jual dengan harga RM 3.50 je. Kalau beli 3 akak melor beri la dengan harga RM 10.00. Akak melor pun terima bulk order tau senah. Cuma senah kena la bagi masa untuk akak siapkan order.

UNTUK PEMBELIAN BORONG

  10 pcs = rm 3.00/pc
11 - 199 = rm 2.50/pc
  lebih 200 pcs = rm 2.00/pc
** Pembelian secara borong, corak adalah random, dan tertakluk kepada corak kain yang ada.

Cantik tau senah untuk buat hadiah. Pakai sendiri pun cantik juga. Nak tengok hasil kerjatangan akak yang lain senah boleh la klik sini ya. Mulai hari ni, pagi petang akak kena menyupir anak-anak ke sekolah, adusssss penat nyer. bye.

Tuesday, January 1, 2013

Tip Mendidik Anak Lelaki Dan Anak Perempuan

Assalamualaikum..... kalau tahun 2012 n3 pertama nye cite tentang anak klik sini. Untuk tahun 2013 n3 pertama nyer pun masih berkisar tentang anak. Ni nak kongsi satu artikel yang akak melor dah baca. Tentang mendidik anak lelaki dan anak perempuan. 

Akak melor tahu, macam-macam orang yang duk masuk baca blog akak nih. Tulung... tulung akak di hempap perasan. Ada suka cite pasal pokok, ada yang cari pasal jahitan, ada yang suka baca cite keibubapaan dan ada yang suka tengok kerja tangan akak hihihiih.... di hempap perasaan lagiiiii.... Pendek kata, macam-macam lah. Untuk tidak menghampakan pembaca blog ku ini, akak cuba untuk berlaku adil. Akak akan cuba untuk menaip cite-cite yang melingkungi semua pembaca. Berangan tuh senah weh.....Lagipun blog akak ni kan blog macam-macam adaaaaaaa.

Panjang betul akak punya intro ye senah. Cite nak taip kemetot je, intro bukan main lagi hihiihihih..... kite gi ke tajuk asal ya senaaaahhh.... Ini lah artikel yang akak jumpa untuk di kongsi dengan pembaca. Sila-sila lah baca ya.



emmmm..... apa kata senah, susah ke nak ikut cara kat atas tu?