Monday, December 31, 2012

Bye-Bye 2012, Welcome 2013




Akhir tahun 2012 kite dikejutkan dengan peristiwa runtuhnyer bukit setiawagsa. Runtuhan ini memberi impak juga di hati akak melor nih. Mana tak nyer senah rumah akak tu dekat je dengan tempat kejadian. Uuuuiiii tanah runtuh jangan di buat main senah bahayaaaaaa.

Esok 1.1.2013 senah. Tambah lagi la umur kite yer senahhhhh. Apa agak nyer azam senah semua untuk tahun 2013 tu.  Semoga kedatangan tahun 2013 ni tak ada lagi la berita-berita yang tak elok kedengaran. Moga - moga semua hidup aman dan damai. Untuk pembaca blog "Dunia CMelor" akak nak ucapkan selamat tahun baru. Semoga tahun 2013 nih lebih baik dari tahun yang sudah dan kejayaan sentiasa mengekori diri kite semua aminnnnnn........


SELAMAT TAHUN BARU - 2013


Friday, December 28, 2012

Garden : Cili Di Taman Dah Keluar Bunga


Yes... yessss hepiiiii sangat nih senahhhh wehhhhh......pokok cili akak melor dah keluar bungaaaaaa.... Hari tu kan akak melor ada cerita pasal tanam cili, klik sini n3 dulu. Iyaaaa..... pokok cili tu dah berbunga senaaaahhhh. Akak tak tipu, akak betul-betul nih senahhhh. Tak caya tengok atas ada nampak bungakan hiihihiih...... walaupun tak besar mana dan tak sesubur mana, mau jugak dia berbunga senah. 

Tu baru nampak bunganyer akak dah hepi macam nak lompat-lompat, kalau nampak buah dia, agak-agak senah apa tindakan spontan akak huuhuhuhuhuh...... senah sendiri la imaginkan. Tak sanggup akak nak taip kat sini hihiihih.....

Hari tu akak alihkan anak cili tu dalam polibeg kecik. Nampak gaya nak kena alih dalam pasu besar sikit la nih. Bagi pokok cili tu hepi. Nanti kalau pokok tu dah hepimepi tentu la dia berbuah banyak kan senaaahhhh....

Nak mengalih tu pun kena tunggu masa akak melor free-free sikit. Sekarang nih senah akak melor sibuk sikit nak kena siapkan tempahan kain kuuuusssstomer. Tak la banyak tapi ada la juga. Tu semua tu amanah tu. Jadi kena la tekun membuatnyer supaya hasilnyer nanti kuuusstomer akak puas hati. Bye dulu la senah yaaaa, nak gi rempit ngan mesin tua akak tu. 

pisstttt...pissttt.... kalau nak baca cite pasal pokok sila terjah sini berbaloi-baloi akak melor cite senah ooiii.....

Tuesday, December 25, 2012

Tip Mendidik Anak Jadi Pintar




Hai....senahhhh. Pagi ni kan, akak melor nak kongsi tip, Tip macamana nak didik anak jadi pandai. Akak melor nih tak le berapa pandai didik anak. Akan tetapi, akak melor berusaha supaya jadi pandai ketika mendidik anak. Makanyer akak jumpa tip nih dan rasanyer sesuai untuk di kongsi dengan pembaca kesayangan akak semua.

Rasanyer ramai dah tahu dan mungkin juga ramai yang tak tahu dan  masih mencari-cari cara untuk mendidik anak supaya jadi pintar. Ada banyak cara untuk anak jadi pintar ya senah. Ada yang kena keluar duit banyak, ada juga tak perlu pun guna duit. Cuma perlukan usaha sahaja. Akak lebih suka cara yang menjimatkan hiihihiih...... otak kedekut tu sentiasa ada. Mana satu pilihan hati, senah sendiri la yang tentukan yaaaa. Mari kite baca apa dia tip-tip tu senah yaaaaa......


1. setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2. membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3. bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

6. untuk membine otak. Selalu buat latihan metamatik bebanyak.Bile buat latihan metamatik ia akan membuatkan otak kite berpikir ngan cepat/rasional/mempunyai logik yang tinggi dan insyaallah akan membantu dalam mempelajari benda-benda yang lain...

7. ketika mengandung, selalu ler buat latihan matematik untuk membantu otak bayi berkembang...

8. kalo bebudak/anak... biar le mereka membesar dengan cara bebudak... kite guide aje dengan sepatutnye... kalo budak/anak tersebut tak membesar sebagai budak-budak...maksud akak semua dah terror ikot perangai dan berpikiran cam org dewasa (ramai mak bapak nak cam nih) mungkin akan ada sedikit kenangan sahaje yang akan kita ingati bile anak-anak dah besar.

Emmm.... nak cuba la lepas nih serta jadikan amalan, Untung-untung berkat amalan nih. anak-anak akak jadi manusia pintar. Ok senah jangan lupa cuba ye. bye2...

Saturday, December 22, 2012

Rahsia "kenapa kulit kerang ada dalam pasu bunga"

image google source

menjawap kenapa soalan JaSSNaNi tentang kulit kerang dalam pasu bunga di rumah akak melor tu hari ya. Ok baca betul-betul apa yang akak taip nih, nanti ilmu yang dapat tu betul-betul ilmu bukan ilmu songsang ya. Ini mengikut kefahaman dan pengetahuan dan amalan akak melor sendiri ya. Tiada kaitan antara yang hidup mau pun dah meninggal hihiihih........

Senah tau dak, kulit kerang nih banyak mengandungi unsur kalsium karbonat yang tinggi selain kandungan mineral lain seperti potassium dan fosforus. Kalsium karbonat antara unsur yang digunakan dalam dunia perkebunan untuk meneutral kandungan asid dalam tanah ( meningkatkan kadar ph), oleh itu kebiasaannyer tanaman akan tumbuh dengan lebih subur. - akak melor tau tuh.

Meletakkan kulit kerang yang telah di cuci ke dalam pasu orkid anda antara petua yang digunakan untuk meningkatkan kesuburan pokok tersebut - akak melor buat tuh

kulit kerang yang kebiasaanya di buang begitu sahaja kini boleh di letakkan sebagai salah satu cara  memberi nutrien tambahan kepada pokok orkid kesayangan anda. Tidak perlu dalam kuantiti yang banyak, hanya beberapa kulit kerang sahaja sudah mencukupi.-  untung tuh.

  1. masa akak melor recycle tanah hari tuh, kulit kerang tuh memang dah ada dalam tanah jadi akak  gaul sekali la.
  2. akak melor juga tutup tanah dalam pasu bunga dengan kulit kerang. Untuk elak percikan tanah masa menyiram sebab akak melor ada letak bunga hidup dalam rumah sebagai hiasan
  3. bunga kat luar rumah pun akak melor buat macam tu . selain bekalkan nutrien tambahan, kulit kerang memberi pandangan bersih pada mata akak melor la 
Ok JaSSNani sudah faham " kenapa kulit kerang ada dalam pasu bunga" panjang lebar akak melor terangkan tau. Sukaaaa tau akak melor kongsi-kongsi ilmu taman nih. Blog akak melor nih macam-macam ada, singgah le selalu ya senaaahhh....

Friday, December 21, 2012

Handmade : Gaun Cantik Untuk Si Manja Mu


Handmade dress untuk di jual. Mengunakan material cotton yang baik. Dihiasi dengan tali pengikat di belakang serta diserikan dengan bunga yoyo berdouble 3 kuntum. Sesuai dan selesa untuk di manja mu. More info boleh la klik sini ya.


Love Handmade - Buy Handmade - Support Handmade!

Adussss...... senah wehhhh. Teruk betul la akak nih. Time nak promote product sendiri, mula la otak tu jadi tepu. Kosoooong ...tak tahu nak taip apeeee... Teruk kan senahhhh. Tak pa senah, akak cuba cerita sikit pasal product akak nih ya.

Akak ni ada la jahitkan dress/gaun untuk budak umur 4 tahun. Suka-suka senah weh. Lagi pun kalau akak tak potong, tak jahit kain yang berlambak dalam lemari tuh mau esoknyer, berholiday cik menti dalam tu karang. Nanti tak dapat la akak beli kain lagi. Ya la mana akak nak letak kain-kain tuh kalau asyik membeli tapi tak buat apa-apa.

Sebenar nyer senah, akak nih ada 1 penyakit. Penyakit gila kain. Jumpa cotton cantik je akak beli. Pantang jumpa je akak beli. Sudahnyer dah sekerat lemari kain cotton terkumpul.  Haiks..... fening-fening. Time beli tu 1 hal. Dah beli kain tu pula 1 hal. Ada ke patut dah beli eh ..eh ehhhh..... sayang pula nak potong sudahnyer bertimbun kain-kain tuh senah weh.

Azam tahun 2013. Kain-kain yang bertimbun tu akak nak jadikan sesuatu, yang boleh pulangkan balik kertas2 berharga yang akak guna untuk membeli. Bila ruang dah kosong boleh la akak gunabalik kertas tu untuk beli kain lagi  hihihih...... bijak tak akak senahhhhh.... kih...kih...kih.

Wednesday, December 19, 2012

Cara Tanam - Yellow Walking Iris

  1. gambar sulur masih lagi kecil dan bunga masih lagi kembang
  2. tempat jari pegang tu la sulur benih ywi
  3. untuk lebih terang akak tempek lagi 1 gambar. Nampak tak sulur yang akak letak atas jari hantu tuh. Aaaa.... tu la benih ywi.
  1. bila bunga dah habis kembang sulur tu akan jadi macam nih. Banyakkan benih bunga ywi nih.
  2. patahkan aje sulur tuh. kat ujung sulur tu la akak keluar akar. Ada akar ke, takde akar ke tetap boleh di semai.
  3. ok akak patahkan lagi satu kasi terang lagi sekali hihihihi....
  1. sulur tu nanti kite cucuk la dalam tanah lembab. Nampak tak benih tu, dari 1 tangkai bunga je tuh.
  2. cucuk dalam pasu macam nih. kalau boleh cucuk banyak-banyak baru le cepat rimbun ya senahhhh
  3. dah siap letak le tempat teduh dulu. Siram bila perlu tak boleh kering dan tak boleh basah. lembab  boleh. 
  4. jangan lupa baja bunga dan siram ngan air beras supaya pokok lebat berbunga dan segar serta cantik ya senahhhh....
Pada yang minta akak tunjuk cara tuh, boleh faham ke nih???... kalau tak faham buat-buat faham je lah yaaaa.

Tuesday, December 18, 2012

Jaga Kesihatan = Jaga Kewangan

Kekayaan atau kesihatan yang penting? Pastinya ramai akan kata, kesihatan lagi penting. Tapi sering kali, kita hanya mengambil berat tentang kesihatan kita apabila kita jatuh sakit. Bila tak sakit, mungkin berbagai aktiviti gaya hidup yang kurang sihat kita amalkan- seperti merokok, makan berlebihan, minum minuman yang manis dan sebagainya. Apabila jatuh sakit, baru lah kita akan tersedar dan pantang untuk menjaga kesihatan.

Menjaga kesihatan harus bermula daripada awal sebelum terlewat. Dengan kesihatan yang terjaga, kita juga dapat menjaga kewangan kita pada kos-kos perubatan yang sering menelan beribu ringgit. Antara cara asas menjaga kesihatan kita:

1. Jaga pemakanan kita - jangan makan berlebihan, kurangkan garam dan juga gula. Lebihkan buah buahan dan sayur-sayuran. Makanan terbaik adalah makanan organik (tidak diproses).

2. Bersenam selalu - lakukan senaman dari masa ke semasa. Senaman mudah seperti jogging ataupun berjalan. Bersukan adalah aktiviti sihat yang dapat dilakukan. Tidak minat dengan sukan? lakukan senaman-senaman mudah dari rumah (Turun naik tangga juga bersenam!)

3. Cukupkan rehat - Tidur sedikit awal setiap hari sekiranya anda rasakan badan penat dan lesu. Apa yang anda perlukan adalah rehat yang secukupnya.

saja-saja je akak kongsi artikel oleh irfan khairi ni, mana la tahu ada manfaat untuk kite, senah yaaaaaa...

Sunday, December 16, 2012

Handmade Yo-Yo Keychains


Senah ooooo senah, tengah buat apa tuuuuu.....mari laaaaa... tengok ni, akak melor ada buat keychain dari kain tau. Yo-yo keychain nama dia, versi polkadot lagi. Versi lain pun ada, tapi belum boleh di pertontonkan lagi la senahhhh.... Kena ikut turn la senah. Keychain ni akak buat sendiri tau, lepas tu akak ambik gambar sendiri guna kamera cap ayam akak. Takde laaa main guna gambar orang untuk promosi kerja-kerja sendiri ya senahhhhh..... Kirenyer originality hak milik akak.

Sebelum nih, akak ada la baca, pasal curi gambar la, curi artikel la, macam-mcam lah sampai ada yang bergaduh-gaduh sesama sendiri. Alih-alih kite sendiri yang kena, baru la terasa apa yang orang rasa. Emmmm....  terkilan la juga hati tu. Silap nyer akak tak tempek gambar tu dengan trademark sendiri. Penat la senah wehhhhh...... nak buat di setiap keping gambar.

Walaupun tak ngaku tu gambar dia, tapi entah la tak tahu nak kata, sendiri faham-faham la. Camana rasa klu orang buat kat kite. Huh ... penat tau nak fikir-fikirrrrrr. Tapi akak takde la nak meroyan marah-marah. Moga dia sendiri sedar akan perbuatan dia yang tak berapa nak beretika tuh yaaa senaaaaahhhh........

Mana akak tau????? Akak ni senah, selalu je masuk 1 blog tuh. Akak memang kagum dengan gambar hasil kerja dia. Uuuiiiii.... cantik-cantik akak cite awak senah. Selalu la berangan eeee..... "kalaulah hasil kerja aku pun secantik hasil kerja dia ahhhhh...... alangkah bahagia nyer hati di dalam" akak scroll, scroll lagi dan lagi sekali nampak gambar hasil tangan sendiri. Terkejut senah wehhhh...Lepas tu akak pun jadi "inspector gadjet" menyiasat leeee..... Chaitttttt....... rupanyer semua gambar yang di tempek dalam blog dia tuh orang lain yang empunya.

Adussss... penat la membebel nih. Takpa kan senaahhhhh.... sesekali melepas rasa hihihihihi..... nanti senak klik sini ya kalau rasa berkenan dan nak usha-usha  tentang yo-yo keychain hasil tangan akak ni yaaaa.

Saturday, December 15, 2012

Hasil Taman - Selom, Kemanggi Dan Tenggek Burung


Akak melor pernah post pasal tanam ulam selom, tenggek burung nih kemanggi belum di buat n3 lagi. Lain kali kite cerite pasal kemanggi. Sedap nih senah ooiiiiii .... buat lawan dengan sambal belacan perghhhh..... tak sedar nasi di pinggan bertambah. Habis lunyai semua diet beb.... hahahhahah. Boleh klik sini dan sini kalau nak baca post dulu tu ya senaaahhhh.......

Nak tanam ulaman macam dalam gambar tu tak perlukan ruang yang luas. Akak melor pun tanam dalam pasu kecik je. Lepas tu akak selit la kat mana-mana yang ada ruang dan muat ngan pasu tu. Tanah kat laman akak ni sikit je lepas tu keras dan tak subur pula tu

Pokok selom tak banyak beri masalah, kerana ia tak perlukan ruang yang luas, jenis pokok yang renek, tempat separa teduh pun dia boleh hidup. Cuma kite kena bagi tumpuan pada gangguan di peringkat permulaan a.k.a masa mula tanam tu la. Sebab siput babi suka makan tunas baru selom, serta kena jaga kelembapan tanah masa mula tanam juga, batang selom mudah jadi busuk .

Kalau tenggek burung, masalah sikit sebab tenggek burung nih jenis pokok meninggi, perlukan ruang yang luas dan separa teduh.  Untuk atasi masalah tu akak melor sentiasa buat catasan supaya pokok tidak meninggi. Kalau selalu buat cantasan kite pun sentiasa la ada stok pucuk dia. Macam tanam ros klik sini, sini, sini, sini, sini, la kena selalu buat cantasan baru la kite sentiasa dapat tengok bunga ros yang cantik   kan...kan...kan... senaaahhhh......

Ada juga untungnyer kawan dengan tanah, ngan pokok, ngan mesin dapat juga hasil nyer. Jom senah kite buat kawan dengan tanah, dapat juga makan ulam segar.

Friday, December 14, 2012

Alteration - Oct, Nov, Dec 2012


Haisssss.... bila tengok gambar kat atas, rasa kembang idung akak melor nih. bangga la tu. Mana tak nyer senah ooiii..... hasil kerja kite di akui orang. Ada yang customer baru ada juga dari customer berulang. Semua baju-baju tu hasil kerja ubah suai akak sepanjang oktober, november dan disember. Alhamdulliah senaaaah, rezeki akak.

Kadang-kadang tu rasa tak percaya pun ada. Akak boleh buat kerja macam nih. Seronok pun ada senah weh. Sambil layan anak sambil buat apa yang kite suka. Nak-nak pula hasil kerja kite tu ada pulangan. Walaupun tak lumayan, rasa bahagia sangat. Itu akak la orang lain tak tahu la pula.

Cuma tak sedap di telinga akak nih senah, bila ada yang mengata, buat apa la nak susahkan diri. Bukan nyer suami tak mampu. Lagi pun apa hebatnyer sekadar buat ubahsuai pakaian. Lebih hebat menjahit. Maybe orang itu tidak membaca keseluruhan rentetan peristiwa dalam Dunia Cmelor, sebab itu tergamak dia berkata-kata begitu.

Tanam bunga ada yang tak senang, menjahit  orang tak suka. Hias rumah ada yang cemburu. Habis apa yang patut di buat. Emmmm.... entah lah dunia, dunia..... Takpa la senah ooiii..... Biarkan lah dia. Yang penting akak melor bahagia dengan dunia akak. 

Pisssttt...pisstttt...... skirt double layer tu hari dah laku 2 helai. Sukaaaaa sangat nih. Untuk yang belum tengok dan baca, boleh la klik sini  dan sini ya. Bye......

Thursday, December 13, 2012

Jawapan Teka-Teki Semalam

selepas dan sebelum masak

Jawapan nyer adalah buah pokok daun kariiiiiii.   Yeyyyy .... yati dari Yati Blog's yang berjaya mengenal buah ini. Sekian lama berada di bumi NYA, baru tahun ni akak melor melihat pokok kari berbunga dan berbuah. Cantik lak tu geram je nengok nyer, rasa nak je gigittttttt..... emmmm....... geram sangat nih.

Kelmarin ambik gambar. Pagi semalam tengok masih lagi ada di pokok. Tengaharinyer akak melor nampak pokok kari bergoyang-goyang macam ada yang menarik. Curiga senah wehhh... ada yang nak curi daun kari ke?????. Akak melor gi la mengintai, laaaaaaaa...... burung duk curi makan buah kari tu. Habis semua di tibai nyer. Nasib baik tergerak hati nak ambik gambar. Boleh juga buat teka teki hihiihihih......

Wednesday, December 12, 2012

Cuba Teka Buah Apakah Ini ?


Pergi memancing di Sungai Deli,
Dapat seekor si ikan keli,
Jika senah bijak bistari,
Buah apakah ini?

buah apa tu ekkkk....????. fikir jangan tak fikir senah ya. Akak melor bai-bai duluuuuuu....

Saturday, December 8, 2012

Handmade - Double-Layered Skirt


Angin rajin sudah mariiiiiiii..... senaaaaah. Ni akak melor ada jahitkan skirt berlapis. Mula- mula tu buat 1 je untuk makcik google. Haik...... nampak cantik pula buat lagi 2 helai. Nampak lagi cantik bila siap. Rasa nak buat banyak-banyak senah tapi hati akak berdetik buat apa nak buat banyak-banyak 3 cukup la.

Guna kain cotton yang dah lama berada dalam simpanan. Seingat akak dah 6 tahun umur dia dengan akak nih. Dulu beli masa nak buka butik kanak-kanak kat kampung. Dah tak jadi bawa mari KL. Terperap lak dalam lemari. Sekarang baru terbuat senah. Punya la lama, punya la malas tukang jahit nih senah wehhhh.......

Ada yang tanya kenapa akak banyak stok kain cotton. Kain cotton ni mesra bebudak senah. Kain lain tu bukan tak sesuai tapi cotton lebih memberi keselesaan pada dia orang. Cotton pun kena la tengok jenisnyer juga senah ya. Kalau cotton yang 2.50rm tu kureeeeng sesuai. Boleh buat badan budak panas, gatal sebab kain tu mudah berbulu dan berbintil-bintil. Tak serap peluh

Manakala cotton yang jenis tebal dan berat tu pun cepat panas. Cuaca kite tak berapa nak sesuai la, tapi kalau musim hujan cang gini, elok la pakai cotton jenis tebal tu. Maaf la kalau akak salah tentang cotton nih. Taukeh cotton jangan yang marah ya. Akak melor menulis melalui pengalaman sendiri je. 

Akak pernah beli 1 jenama baju tu.  Uuiiii.... glamour brand dia senah tau. Rege pun boleh tahan , selai baju hampir ratus hinggit tau. Bila pakai hampeh. Anak2 akak tak boleh tahan, berpeluh tak selesa, asyik menangis. Kasihan tengok senah weh. Nak buang benda cantik. rege mahal lak tu jadi simpan je la buat tukun senah. Oleh itu akak suka kalau guna kain cotton yang sesuai dengan cuaca dan selesa untuk anak-anak kite. Jadi pandai-pandai la memilih bila beli cotton ya senah.

Ehh... sebelum lupa. Skirt tu, 1 makcik google punya, 2 lagi tu akak melor dah masukkan dalam kedai sebagai ready stock. Berkenan dan rasa nak usya-usya kerja tangan akak jemput la singgah sini

Love Handmade - Buy Handmade - Support Handmade - Happy Shopping !

Wednesday, December 5, 2012

Garden - Yellow Walking Iris Muncul Kembali


Bunga lagi senaaaaah. Kali ini nak cite pasal yellow walking iris. Dulu akak pernah post pasal iris nih. Klik sini, kalau nak baca post dulu tu. Meriah senaaaah bila iris nih keluar bungaaaaaa. "Ku lihat kuninggggg....." ahak...

Kira chenta pandang pertama senah oiii..... Masa jalan-jalan di suatu tempat tu sekali daku terpandang akan bunga nih terus jatuh chenta. Dengan pantasnyer akak melor seluk handbag keluarkan duit untuk bayar. Beli dengan pasu sekali senah. Mana taknyer dah di tanam dalam pasu takkan nak suruh orang bunga tu korek ambik pokok je kan...kan... senahhhhh. Harus lah akak melor terpaksa beli dengan pasu sekalikan. Rege bunga tu pun jadi mahal la sebab kena campur dengan rege pasu. Padahal pasu dia bukannyer chomel pun. Pasu kat rumah akak lagi chomel. Nak buat macamana terpaksa la ambik jugak-jugakkan senaaahhhhh...... Tapi takpa tetap berbaloi dengan apa yang di persembahkan.

Dulu iris nih dah hilang dari secret garden akak melor ingatkan dah pupus, Habis mati kerana cuaca panas, kencing kucing dan kemalasan melampau tuan bunga hihihiih.....Alih-alih akak tengok ada tunas baru. Terus le akak bela dan semai baru. Alhamdulillah  iris akak  subur kembali. Buktinyer iris ni mula mempamirkan keindahannyer semula senah.

Bila dah cantik tu, mula la gatal tangan. Usaha nih angkut ke depan mana yang dalam pasu , kunun-kunun nak laman depan nampak berseri huhuhuuhuh....

Iris nih cerewet sikit la senah. Nak sentiasa di belai. Kena selalu perati, buang mana daun kering, siram bila hari panas, tak boleh kena panas direct, mudah melecur. Kalau di biar tanpa pengawasan laman kite boleh jadi semak.

Tapi nak biak iris nih senang sangat senah. Bila bunga iris dah habis kembang, tangkai bunga tu nanti akan keluar satu sulur berdaun. Kalau di biar nanti sulur daun tu akan berakar. Senah patahkan bahagian tu terus cucuk dalam tanah lembab letak di tempat teduh dulu. Tak perlu tunggu berakar pun senah dah boleh patahkan dan cucuk dalam tanah lembab. Agak-agak dah subur boleh la dedahkan kepada cahaya yang sedikit terlindung. Cucuk banyak-banyak dalam satu pasu cepat la iris ni merimbun senah yaaaa....

Yellow walking iris perlukan baja bunga untuk sentiasa berbunga, baja hitam macam biji sawi tu untuk daun. Baja taik ayam pun boleh guna senah. Tepuk dada tanya selera lah ya. Pembajaan perlu di lakukan sekerap 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Kalau ikut akak, bagi baja bila akak rajin je huhuhuhhu....... Don't forget senah ye, siram dengan air basuhan beras untuk kesegaran pokok anda. Ada lagi satu petua untuk cantik dan segarkan pokok tapi akak tak berapa suka buat. Siram pokok dengan air basuhan ikan dan udang. Eeee.... tak sukaaaaa busuuuuuuk. Nanti jiran pun marah kite tau. Kalau rumah tu selang sebatu dengan jiran bagus tau amalkan macam tu, kirenyer baja organic la senah ooiii.....

Tuesday, December 4, 2012

Orkid Kecil Dalam Taman


Sesi melayan tetamu dah selesai semalam. Kelmarin last destinasi kami melawat. Pergi ke sebuah shopping mall yang anak sedara kite idamkan. Kami ronda, joli katak dan makan-makan sampai kenyang. Semalam juga tugas melayan tetamu telah di ambil alih oleh adik cik melor pula. Di bawanye 2 orang tetamu tu ke rumah dia lak, sebelum mereka berangkat pulang. Emmmmm...... sunyi rasanyer bila tetamu dah takde. Takde huha-huha, takde kecah suasana balik asal jadi nyer. Arhhhh.... sunyi nyer senah wehhhh....

Takpa le senah kite cite pasal bunga buat pengubat hati yang sunyi yaaaaa...Cuba senah tengok, cantik kan bunga orkid ni. Susah betul kite nak ambik gambar bunga orkid nih senah wehhhh..... maklum la kamera cik melor nih kamera cap ayam bila di zoom objek yang kite nak tu jadi blurr yang tak nak lak jadi terang. Diri yang tak pandai, kamera juga yang disalahkan.

Bunga orkid ni kecil je senah, tapi cantik menyeri suasana hijau. Macam kite kata dulu la, di celah hijau dedaun terselit warna-warni bunga kan cantik tu senahhhhh.....

Benih orkid ni dapat dari kampung. Masa balik kampung hari tu, cik melor ada la pergi merembat bunga di rumah kekanda hihihihihihhi..... sian member penat menanam, sedap je kite merembat. Rembat free lak tu. Alaaaa kite ambik sikit je.

Bila di hitung +- umur orkid nih baru 2 bulan la senah. Kira cepat jugak la dia berbunga. Mula-mula tanam nampak tak berapa nak hidup. Alih-alih kite tengok ehhhh..... keluar tangkai panjang, lepas tu keluar biji-biji bulat kat hujung tangkai tuh dan lama-lama dia kembang. Yahooooooo...... orkid cik melor dah berbunga. Sayang sikit la senah, akak tak tahu nama orkid nih.

Untuk tanam, kite pakai arang yang di rembat dan pasu pun kite rembat juga hihiihhi...... apa punya olang la bukan setakat bunga habis semua dia rembat. Tak lupa juga kite letak sekali kulit kerang sebagai penambah zat untuk pokok. Lepas tu letak kat tempat yang ada sikit teduh. Tak mau pasu tu jatuh di kerjakan kucing kite ikat kat pagar pemisah rumah jiran. Sesuai lak dia kat situ. Tak lupa kite letakkan sekali baja taik kambing yang dah berkurun beli untuk arwah pokok orkid yang dulu. Jangan lupa selalu siram dengan air basuhan beras untuk pokok segar dan sentiasa berbunga ya senahhh....... Bye.



Monday, December 3, 2012

"Hari Ini Saya Memandu Pak Encikkkk....."


Tak habis lagi kisah melayan anak buah dan adik. Sebenarnyer diaorang nih tinggal nun di kampung laman akak melor. Datang KL sekadar nak berjalan aka cuti-cuti malaysia gitu. Adik akak nih bisnehwumen dan anak buah tu pula baru habis spm hari tuh. Berjalan la kerja nyer bila berteman.

Lrt dah naik. Anak buah minta nak ke Seremban lak. Berjalan ke rumah pakcik nyer iaitu adik akak melor. Rancang-rancang nak kesana dengan komuter. Kira-kira bajet uhhhh.... mahal pula jatuhnyer. Rugi tu, lebih jimat kalau berkereta. Jadi akak pun ambil keputusan memandu ke Seremban. Padahal selama nih akak memang terkenal banyak alasan kalau di suruh memandu.

+- kul 11am pagi jumaat kami bertolak ke Seremban, huhuhuhuu....... ada yang terkejut, ada juga yang tak percaya, mak datin bawak kete gi Serembaaaaan. Adik-adik akak tak percayaaaaa seenaaaah. Alaaaaaa sebenarnyer akak boleh memandu cuma, bila ada baby akak susah nak memandu. Mana nak tengok anak, mana nak pegang stereng. Sebab tu akak tak nak memandu jauh-jauh. Bila ada adik yang boleh tolong pegang baby, boleh la akak memandu.

Pantai Teluk Kemang Port Dickson

Masa kat seremban tu hari kami pergi berkelah ke Port Dickson. Main aiiiiir senah. Anak-anak akak tu gembira sangat. Akak melor tak merancang pun nak ke PD. Jadi takde la prepare nak berkelah . Tengok la anak-anak mandi pun pakai baju tido semalam hhuhuuhuh.....4 , 5 jam berkelah sambil main air laut kami pun pulang senah. Sebab akak nak balik KL sebelum malam. Dalam perjalanan balik dapat berita KL jam serta hujan lebat. So akak tunggu 6.30 pm baru gerak balik Keluar je tol senawang Ya Allaaaaaah, jalan jam gileeeeer senah wehhhhh.......Rasa nak menangis dan dan tu gak. Jam membawa ke r&r Seremban lepas tu jalan clear sampai KL dan sesak balik bila nak masuk jalan Ampang. Alhamdullilah akak melor selamat sampai rumah dalam kul 8.30pm. Esok rancang nak jalan lagi tapi belum tau kemana.

Pissssttttt....... hati-hati memandu di  antara kajang dan serdang bawah jambatan ada 1 kamera aes kat situ dan akak merasa terkena sinaran nyer yang dikatakan macam kilat menyambar tu.

Sunday, December 2, 2012

Penuhi Permintaan Terserlah Kejahilan Diri



Ini gambar lrt yang akak melor ambik dari pakcik google ya senah. Nak cite pasal pengalaman naik lrt khamis hari tu. Kunun nyer akak ni senah, nak penuhi permintaan anak buah yang tengah mengidam. Ngiiidam nak naik lrt senah wehhhh....

Anak buah akak melor minta di bawakan ke Sogo. Akak kata "oooooo sogo aje ke? No pobelem". Yakin sangat tuh senah. Ok semua siap cepat nanti kite pi dengan teksi. Kalau drive sendiri nih susah sikit,  akak takut terperangkap dalam traffic jam. Tapi budak sorang tu, tak mau pi sogo dengan teksi katanyer "alaaaa kak chik nak pi sogo dengan lrt, nak merasa naik lrt" suuuudahhhh. Akak melor nih bukan nyer tau camana nak naik lrt. Kite ada la sekali 2 naik lrt, tu pun masa bujang duluuuuuuu. Anak buah nyer pasal akak sanggup la, walaupun ada debaran di dada nih

Akak melor drive gi ke stesen lrt senah weh tinggal kete di situ. Masa nak beli tiket akak tengok orang beratur panjang dengan penuh konfiden nyer akak pun gi la beratur ramai-ramai dengan anak buah, adik dan anak-anak akak melor yang 3 orang tuh. Sampai giliran kami akak huluq duit sepuluh ingit  dan dengan yakin terus kata...

akak  : 4 tiket ke masjid jamik

tiket : sini tukar duit aje, tiket kena guna mesin

akak : oh.... tukar kan duit saya nih

tiket : sepuluh ingit ni tak payah tukar, cukup tu kak.

akak : masjid jamik dengan masjib india sama ke? kuang..... kuang......kuang.....

Lepas dapat token 1 masalah lagi macamana nak guna benda nih. Lagi sekali tebalkan muka pergi kat konter tuh tanya. Dengan senggih panjang orang konter tu bagi tau cara guna. Malu sangat nih senah wehhhh.... tapi tetap kontrol ayu hihiihihhi..... Mesti ada yang kata kampung mana la jakun sangat nih.

Nampak anak-anak akak melor seronok sangat, sebab dia orang tak pernah naik lrt. Selalu tengok je sekarang merasa naik lrt  melompat-lompat la diaorang senah wehhhh.... Anak buah dengan adik pun nampak nyer senyum meleret. Cuma akak jer yang duduk berdebar-debar hati. Jakun la katakan senahhhhh......

Sampai masjid jamik, kami turun tapi terpinga-pinga kali pertama la katakan senahhhh. Lepas tu akak naik tangga ke atas. Akak tengok semua orang dah takda. Haik...mana orang-orang tu semua pergi???? so akak pun tawakal saja lah, ikut je kaki serta arahan yang tertulis tu.  Aduh, jauh juga akak menapak dalam terowong tu. Sekali nampak la lubang keluar aaaahhhh........ lega akhiryer aku dapat keluar dari terowong ini hati akak berkata-kata.

Dah keluar aikkkkk.... kenapa nampak lain. Rasanyer dulu keluar dari stesen je menapak sikit ke kanan dah masuk kawasan masjid india. Kenapa rasa lain macam je ni....????? arggggggg rupanyer akak keluar salah lubang la. Lebuh ampang rupanyer. Adussssss jauh la kena pusing dan menapak lagi. Kasihan makcik google, hero dan dara kena menapak jauh. Kite yang tua nih pun terasa penatnyer inikan pula mereka yang masih kecil.

Akhirnyer sampai jugak la kami ke masjid india tuh dan menapak ke sogo pelahan-lahan sambil menyinggah di kawasan masjid india tuh. Sampai sogo anak-anak dah penat, kami rehat la dekat air terjun dalam sogo sambil makan. Lepas tu sambung lagi  menyopping hingga penat. Lepas tu akak roger tuan pengarah minta jemput depan sogo hantar balik. Tapi tuan pengarah ada meeting lagi jadi dia hantar kami ke stesen lrt kampung baru je. Naik lrt kampung baru terus ke setiawangsa, sampai je hujan lebat menyambut kami. Berhujan la akak gi ambik keta senah, tak larat dah nak tunggu hujan reda ni. Rasa nak balik cepat, nak guling-guling atas tilam sambil gantung kaki tinggi-tinggi bagi hilangkan sakit kaki nih senah weyyyyy....

Sampai rumah akak tanya semua orang seronok tak naik lrt? nak lagi ke naik lrt? Cepat-cepat hero jawab, saya nak naik lagi seronooooook.. Ahhhhh tolonggggg senahhhhh...... tak sanggup akak dah.....