Wednesday, November 28, 2012

Ini Jubah' Cikgu Tiesya Yang Puuunyaaaaa....


Soooriiiiii..... cikgu. Tukang jahit menyusun sepuluh jari memohon ampun, kerana lambat siapkan jubah seperti yang di pinta ahak....ahak. Anak banyak ragam la cikgu. Tipuuuu. sebenarnye mak yang banyak ragam salahkan anaklak ihihiihihihhi....

Jubah nih cikgu tiesya yang punya. Cantik kainnyer, cantik orangnyer. Bukan bodek ya. Dah memang kenyataan nyer gitu. Kire nih pojek ke 4 dari dia senah tau. Pojek yang akak melor cakap "tungguuuu nanti siap baru lek cite" tu hari .Terima kasih ya cikgu. Kalau kurang cikgu kat sekolah tu ambil la akak melor ni jadi cikgu sementara, buat ajar matapelajaran jahit menjahit kih...kih...kihhh.....

Material jubah ni dari cotton. Akak suka jahit kain cotton senang nak handle gitu. Mudah ikut kata senah tak de la macam sesetengah kain tu kuat melawan senah wehhhh..... Boleh buat tukang jahit sakit jiwa sedar-sedar  pipi basah dek air mata yang berguguran huhuuhuh......

Design simple je jubah nih. Akak lagi suka jahit design simple-simple nih senang kerja senah. Takde la fening-fening nak kena pikir. Bila design susah caj pun kena la up sikit. Bila dah caj di up tentu la ada rasa tak puas hati kenapa mahal sangat upah nyerkan. Tak kata orang senah, akak sendiri pun dulu laaa, ada juga rasa macam tu. Tapi sejak akak mejatuhkan diri dalam bidang nih baru akak tau susah senang nak buat sehelai baju. 

Sekarang dah tahu kesusahan yang terpaksa di hadapi oleh tukang jahitkan senaaaaaah. Jadi jangan la kite berkira sangat ya, Akan tetapi, kalau ada tukang jahit yang memang jenis cekik darah!!! Itu sudah lebih. Mari kite pakat-pakat cekik leher dia pulak hihiihhiih......

Tuesday, November 27, 2012

Ros Kampung Wangi


Hujan -hujan pun tetap kembang. Walau ada yang tak sempat kembang rosak dek terlebih air, ada juga yang sempat berkembang dengan jayanyer. Ini wild rose yang dah lama akak melor tanam. Banyak sudah pancaroba yang telah di hadapi nyer. Dari segar bugar pokok nyer hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dia tetap berbunga hihiiihi bahana tuan pokok malas.

Tuan pokok nih ada angin tau senah. Kalau datang angin rajin, hari-hari duk belek pokok je kerjanyer. Kalau angin kus-kus yang datang mau berbulan la tuan pokok tak godek tanah. huhuuhhu nasib la kau pokok dapat tuan yang banyak angin.

Wild rose tu nama orang putih kalau malaya kite panggil rose kampung je senah. Sebab sedap dengar dan sedap menyebut makanyer akak melor pun taip wild rose gitu. Lagi pun kalau di google senang nak timbul senaaaaahh hahhahah......

Senang betul nak tanam wild rose nih senah tau. Tak cerewet langsung. Nak semai baru pun senang, cuma perlu potong ranting yang  dah matang cucuk dalam tanah lembab letak di tempat teduh. Kalau ada serbuk pengalak akak lagi senang kerja kite senah. Cepat la dia berakar.

Wild rose ni suka cahaya matahari yang penuh. Baja taik ayam boleh, baja kimia pun boleh. Suka hati la pilih yang mana.  Nak wild rose sentiasa berbunga senah kena la rajin buat cantasan supaya sentiasa ada pucuk baru. Baru laaaa galak dia berbunga senah yaaaa......

Wednesday, November 21, 2012

Pameran Setem



Semalam ai tell u senah. Ai go to pameran setem aisehhhh.... sepiking lundung lak tuday hahhahaha,.....  Senah jangan maaaraaaah. Akak rasa macam nak cakap orang putih hari nih hahhaah...... ai gan 2 doter pergi tengok setem kat jj au2. Ai tell u senah, macam-macam jadi ngan akak nih senah wehhhh.....gembira, berdebar, geram, marah pun ada. Haik..... sepoil my day  betul lah huhuhuu.

Akak dengar dalam radio, kata ada pameran setem kat jj au2. Minat punya pasal akak tunggu la hari yang di maksudkan. Tiba tikanyer, hari ke 1, tak dapat pergi kete takdak.  Hari ke 2, pagi2 lagi akak siap tunggu sambil buat kerja menjahit akak tu. Cukup kul 10 am je, terus angkut makcik google gan sidara masuk kete terus pecut ke jj. Tak sabar senah wehhhh..... Sampai jj ehh.....ehhh.... si dara minta makan lak. Akak bagi dia orang makan lu. Sambil mengeluarkan bunyi, "kakak cepat makan, ibu dah tak sabar nak tengok setem nih. cepat ! cepat! habiskan makanan tuh" terukkan . Huhuhuuh... apa punya mak nih mau tercekik anak makan. Tak kira senah akak memang tak sabar. Selesai je terus akak tarik makcik google. 

Makcik google pun teruja sama memilih setem. Tapikan senah, akak sedih laaaa masa tengok setem tuh, p.ramlee punya pasal habis barai prinsip akak. Apa tak nyer, selama nih akak tak pernah keluar duit beli setem. Bagi akak kalau beli setem tu dah macam takdak cabaran. Akak suka kumpul setem yang dapat dari surat yang di hantar ke kite atau tukar suka sama suka dengan geng kumpul setem. Boleh tengok betapa kuat nyer kesabaran dalam diri. Mana tidak nyer, gigih tu kumpul sampai dapat banyak setem tanpa keluar belanje. Itu lebih manis. 

Macam tanam pokok juga lah senah. Kalau beli pokok dah besar, dah cantik di nurseri,  balik masuk pasu rasa tak berapa mencabar. Nak-nak lak upah orang jaga. Haiks rasa macam tak best sesangat kan. Tanam pokok dari benih hingga besar, belai, baja, siram,  baru lah ada cabaran dan lebih manis ingatan yang terhasil kan..kan..kan... senaaaaaahhhh. Kalau ada yang tak setuju jangan marah ye. Ini hanya pandangan akak je. 

Oh, sebelum terlupa, nak cite nih kenapa perasan akak pelbagai masa gi tengok setem tuh.
  1. Gembira - akak memang suka kumpul setem. Ada peluang tengok mesti la nak tengok kan senaaaaah. Tambah-tambah lagi dekat ngan rumah. Macam orang ngantuk di beri bantal.
  2. Geram - sebab tukang muzik latar pekak agak nyer. Pasang muzik kuat sangat, sampai tergangu kite nak menghayati setem yang di pamer. Binggit telinga. Nak bercakap ngan orang setem pun tak selesa. Rasa nak gi je tarik telinga orang muzik tu suruh perlahan bunyi sikit. Haiks..... geram tul.
  3. Marah - sebab makcik google meragam  sampai akak takdak tumpuan nak mengali setem murah. Nak yang murah akak kena gali cari sendiri dalam bakul  tuh. Kalau nak yang dah sedia cantik akak kena la keluar duit. Uluq 2. 3 keping merah-merah terus dapat sambil nyanyi riang, Huh..... mahal giiiiila tu senah. Rugi-rugi.
  4. Berdebar - sebab kamera cap ayam akak hilang. Balik rumah baru sedar kamera tertinggal. Pergi balik cari kamera tuh. Nasib baik jumpa orang setem tolong simpankan. Alhamdullilah masih lagi rezeki akak, dapat la balik kamera akak tu. Kalau tak mau akak nangis huhuuhhu.
  5. Barai Prinsip - sebab akak ada beli setem p.ramleee 4 keping sebab nak cukupkan set setem tuh.   nak 2 je tapi kena beli 4. Kena la  rm 1.50 kik.....kih......kih..... Berkira betul ahak 
Pissstttt.... kalu nak tengok koleksi setem yang akak kumpul dari dulu hingga kini jangan lupa singgah selalu ya senaaahhhhh. bye....

Sunday, November 18, 2012

Annual Concert & Graduation 2012


Siang tadi akak melor hadiri majlis graduation untuk hero akak bagi tahun 2012. Emmm ..... dah 5 tahun usia nye. Biasalah senah tukang gambik gambar nyer bukan profesional jadi gambar tak berapa nak cantik la. Lagi pun kamera akak tu kamera cap ayam. Hasilnyer pun cantik sikit la dari ayam hahhahaah. Nak gambar cantik nanti akak melor kena beli dengan TKC sebab diorang guna tukang gambar yang profesional. Gambar blurr sikit pun takpa la ya, janji akak dapat kongsi dengan senah semua.

Hero akak tengah buat persembahan. Gembira betul dia. Hati mak dia pun gembira juga. Nak cite panjang macam takde ideal lak nak taip. Senah tengok gambar je lah. Sambil-sambil tu angguk-angguk kan kepala kunun-kunun paham. Lepas tu senah fikir la jalan cerita dia ya hahahahha....


Selepas daftar, auditorium tu belum buka aircond dan lampu. Jadi kami di suruh lepak-lepak kat luar ambik angin. Macam orang gantuk di beri bantal terus akak melor jelajah mana yang boleh. Aktiviti bergambar la senah wehh, buat kenangan tuuuu. Esok-esok bila anak-anak dah besar boleh la tunjuk kat dia orang. 

Setiap yang pergi tu tak akan sama dengan yang datang. Sebab tu la akak melor suka abadikan setiap apa yang berlaku dalam hidup akak untuk tatapan di kemudian hari. Ya la senah, bagi akak la bila anak-anak dah ada kehidupan sendiri, hanya gambar la jadi tempat untuk luahkan kerinduan. Itu ikut akal akak la . Lain orang lain cara nyer senah weyyy.....


Hasil dari jelajah tu, akak sempat la tangkap gambar lukisan yang di pamer. Si dara akak posing dengan sebahagian dari lukisan yang di pamer. Banyak yang akak tangkap gambar senahhhh... tapi tak boleh la tayang semua. Ada yang tak lulus tapisan tuan pengarah bukan finas tau huhuuhuhu....

Cantik-cantik senah akak cite mari.... rege dia pun uuuummmm... boleh tahan. Ribu riban  seeeenahhhhh ... Makcik kayooooo .....makcik kayooo...... hahahhah



Well u no mi, mana boleh lepas dengan bunga.  Sempat la tangkap gambar sebahagian bebunga yang ada di situ. Sampai satu ketika akak berkata-kata ngan tuan pengarah.

akak :  kenapa bunga kite tak jadi cantik macam bunga diaorang?

tuan pengarah :  uhhh.... diaorang tu berabis duit juta-juta nak bagi bunga tu cantik.

akak : nanti balik nak buat macam nih juga lah

tuan pengarah : bukan ke, kat rumah pun ada pokok-pokok nih.

akak : ya la ,sebab tu saya nak tiru

sekain huhhuhuu....



Klik sana klik sini, akak pun ambik la gambar bangunan. Saja-saja test kamera akak nih. Fungsi tu banyak, akak je yang tak tahu nak guna. Akak nih suka juga dengan senibina bangunan nih. Lebih-lebih lagi kalau bangunan yang antik-antik. Kadang-kadang akak boleh jadi ralik bila pandang satu-satu bangunan tu.  Dalam hati nih ada juga rasa terkilan bilamana banyak bangunan lama-lama dalam Kl dirobohkan. Rugi rasanyer bila nilai seni dan nilai sejarah di hapuskan. Nak buat macam mana senah kite buka nyer ada kuasa nak menghalang kan senahhhhhhh.....

Ehhh .... akak lupa la nak bagi tau majlis ni di adakan kat matic, kuala lumpur. Cantik suasana di sini. Harap-harap jangan la bangunan ni pun di robohkan. Kepala orang bukan nyer sama kan dan dah pasti-pasti kutu kepala pun  tak sama hihihihihi....

Thursday, November 15, 2012

Ulam Selom


Tiap-tiap hari hujan, duk perati tengok pokok-pokok di laman yang berdaun tu nampak hepi satu macam. Yang berbunga tuh nampah sedih bebonar. Apa tak sedih nyer habis bunga-bunga yang kembang tu gugur yang baru keluar kudup, rosak tak jadi kembang. Bukan setakat pokok yang sedih tuan pokok pun tersedih sama senah ooiii. Maklum lah tuan pokok nih sensitif la katakan huhuuhuh....

Tapi kan, hari ni akak nak menayang  ulam baru dalam secret garden akak tuh senah wehhhh. Hari tu akak ada la beli ulam daun selom masa adik datang bertandang. Untuk hidangan tengahari. Bahagian lembut tuh dah selamat kami kerjakan. Bahagian bawah yang keras tuh akak masukkan dalam air tunggu dia berakar lepas tuh akak tanam la. 

Tunggu tengok aik..... jadi pula dia kali nih. Tu pun hari-hari perati takut di rembat siput babi. Biasanyer kalau tanam pokok ulam nih si siput tu la yang kebas dulu. Kalau tak perati tengok, sedar-sedar tinggal tanah je la senah weyyyyy.... Jahat tau siput tu.

Lepas tu akak pun tanya la pakcik gugel, apa yang hebat sangat ulam ni. Sampai kan akak sendiri terpikat nak tanam. So gini la jawapan dari pakcik gugel tuh.

Khasiat Selom - mengandungi banyak air. mengandungi 91.6 % air, 1.1 % protein, 0.4 % lemak, 4.4 % karbohidrat, 1.0 % serabut dan 1.5 % abu.

Daun dan Batang Selom - meredakan penyakit seperti bisul, terkena gigitan kuda, ular, kala jengking, dan bengkak kerana kanser. Caranya, dengan melumatkan daun dan batang kemudian sapu pada bahagisn yang sakit atau terkena gigitan.

Air Rebusan Selom - airnya diminum sebagai penawar demam selesema, susah buang air kecil dan buang air bercampur darah.

Biji Selom - digunakan sebagai penawar jika didapati terlalu banyak darah dalam saluran darah.

Buah selom  - digunakan sebagai perangsang buang air. untuk mengeluarkan angin dalam perut dan usus.

Ok dah tau khasiat selom . Jom tanam banyak-banyak. Nak tanam dia pun senang je. Ikut je macam akak cerita kat atas tuh. Selain selom akak tanam gak ulam-ulaman yang lain tau. Lebih kepada tanam ulam yang akak suka ngap aje la. Pokok tengek burung pun ada.  Akak ada tulis pasal si tengek burung nih, boleh baca kat sini  uuiiii.... sedap tau pucuk tengek burung nih, kalau temukan dengan sambal belacan pergh....... tak sedar mak mentua lalu di belakang hihiihhiih.

Kalau nak baca lagi kisah ulam dalam secret garden akak nih, senah kena la selalu singgah sini tau. k akak bai - bai lu.....

Friday, November 9, 2012

Anugerah Cemerlang - Aku, Dia Gembira


Selesai satu babak hari nih. Lagi satu babak 18 haribulan nanti. Sekarang nih nak cite pasal babak pagi tadi. Akak cite mai senahhhhhh. Akak melor kelam kelibut sikit pagi tadi. Bangun seawal 5 am. Semangat tuh senah. Mana taknyer senahhhh, anak nak terima anugerah. Kembang hidung bangga pun ada akak nih senahhhh,.Anak dapat anugerah cemerlang tuh. Anak pertama senah, belum pernah merasa tentu la akak rasa teruja sikit. Lagi pun akak melor ni dah lama tak ke sebarang majlis. Almaklum la ada anak kecil, akak lebih rela berada di rumah dari  ke tempat keramaian macam tuh. Budak-budak tau la, kalau dia dah meragam, eemmm....kiiiteeee jugak yang naik rimas.

Pagi tadi akak hantar si dara pergi sekolah dulu. Dia kena ada di sekolah sebelum atau pada pukul 7 am. Lepas tu pusing balik siapkan si hero lak nak gi sekolah sambil-sambil siapkan diri. Kunun-kunun nak melawa la. Dah lama tak posing-posing, berbedak bergincu. Orang tak kerja senah  berbedak bergincu tu bukan priority akak lagi huhuhuh...... Makcik google tinggal dengan tuan pengarah. Akak gi sorang-sorang je ke majlis tu senah ooiiiii.  Ahhhhh...... lega sesekali dapat keluar tanpa anak-anak di kaki hahhahh.....

8 am lebih sikit lepas hantar si hero ke sekolah akak terus tuju ke majlis. Terpaksa parking kete jauh sikit la senah. Kena menapak dengan kasut tumit tinggi, senah sendiri la bayangkan camana akak melor jalan hiihihihi..... Sampai terus daftar. Terus cari tempat duduk. Majlis agak membosankan. Apa tak nyer hati duk teringatkan makcik google di rumah. Lepas tu kata majlis yang membosankan. Terukkan akak ni senahhhhh.... Kalau boleh nak majlis cepat habis nak balik cepat-cepat sebab tuan pengarah ada meeting kul sebelas.

Dalam 11 am baru giliran si dara. Selesai je naik pentas. Bergambar lebih kurang akak pun terus belah. Masa menapak ke kereta tu akak kena panas, apa lagi berdenyut kepala la. U no mi, ai ni kan ala-ala puteri lilin gitu hahahhaha........ tulunnnnnn akak di timpa perasaan lagi .

Jumpa tuan pengarah tepi jalan. Dia pass makcik google kat tepi jalan tuh. Terus dia pecut pergi. Yang akak lak terus pecut balik. Tak tahan sakit kepala senah. Sampai rumah bagi anak makan minum, akak pun telan panadol terus cari bantal. Bangun je dari tido terus duduk depan pc taip n3 pasal anugerah cemerlang - aku, dia gembira untuk tatapan pembaca budiman blog Dunia CMelor. Harap-harap semua terhibur dengan gelagat akak melor gi majlis anugerah hiihihihih.....

Pesanan untuk pakcik makcik tu jangan lupa anak buah nak minta hadiah ni. Akak tau dia orang baca blog akak nih. Bye bye.

Wednesday, November 7, 2012

Alteration - TKC Yang Punya


Hari ni akak melor nak cite pasal dunia jahitan akak lak.  Iaitu sumber rezeki sambilan akak. Napa akak kata sambilan sebab nyo eeeee.... akak menjahit untuk hiburkan hati dan penuhi masa terluang sambil-sambil akak mengasuh anak-anak.

Senahkan dah maklum, akak melor ni surirumah sepenuh masa. Ada masa tu akak rasa sunyi sangat, bila tuan pengarah gi kerja, anak-anak dah ke sekolah, kekawan pun pergi kerja, jiran tetangga paham-paham je la kalau kat KL ni. masing-masing bertapa je dalam rumah. Termasuk la akak sendiri bertapa dalam rumah huuhuhuhu....... Tak leh kata orang, kite sendiri pun sama. So akak melor cuba la buat sesuatu yang boleh hiburkan hati akak nih. Selain berkebun menjahit pun kesukaan akak tau.

Kadang-kadang rasa rindu pada dunia kerjaya akak melor dulu. UUuuuuiiieee jangan tak tahu senah, akak dulu kerja gomen tauuuuu. Kire nyer akak nih kakitangan kerajaan la. Indah betul masa tu senah ooiii... paling takleh lupa bila akak buat persembahan teater antara kementerian di PWTC. Macam dalam dunia fantasi ketika itu. Akak masih simpan gambar masa berlakon tu . Apaaaa????....senah nak tengok oooooo wo wo wo... tak bolehhh,  sebab masa tu akak melor tak tutup urat jadi tak boleh la tunjuk. Kiranye tu masa zaman jahiliah akak melor tu hihiihih.... Panjang lak  intro nyer ya. Kite balik ke topik asal ye senahhhh...

Hari tu akak ada la buat alteration untuk TKC. Apa tu TKC???.... senah nak tahu apa tu TKC. Oooooo.... TKC tu taska swasta tempat anak-anak akak melor sekolah sebelum masuk ke darjah satu. Uuuuuuuiiee.... bagus tau taska nihhhh. Dah 2 orang anak akak melor belajar kat situ tau. Lagi 2 tahun  si dahlia tu pun akak nak hantar belajar kat situ juga. Insyaalllah kalau di izinkanNYER. 

Kira nih projek berulang dan kusstumer berulang akak la nih. Terima kasih la tuan TKC. kerana sudi guna khidmat akak melor nih. Orang dah bagi peluang tak salah la kalau kite ucap terima kasih kan senahhhh. Mudah-mudahan datang lagi projek yang lainkan seeenahhhhhh....

Ingat tak akak ada post cerita pasal baju ala saloma haaaaa tu pun projek dari tuan TKC tu la. Lepas tu ada lagi projek alteration skirt penari dia. Tapi sayang akak lupa tangkap gambar laaaaa. Duss...dusss dusss.... 3x sebab lupa. Akak nih kalau boleh nak buat rekod semua kerja-kerja yang pernah akak buat untuk kenangan. Besok-besok bila dah tua dah ada penyakit yangyuk boleh la akak tengok blog kan senaaahhhhhhh. Alaaaa..... macam buku scrap tu la  tapi scrap dalam blog. Esok-esok anak cucu pun boleh tengok terutama si dara akak tu. Dia suka menjahit nanti boleh la dia refer kat sini kalau nak buat sesuatu tak gitu senahhhhhh.....

Projek kali nih merupakan projek ke 3 dari tuan  TKC. Buat alteration untuk dancer dia gak. Ada satu lagi projek masih under progress. So takleh cite lagi, nanti dah siap boleh la di war-warkan huuhuhu..... 

Sabar ye senah. Sementara tunggu  projek seterusnyer tu siap. Senah baca la dulu post-post yang lain dari akak melor nih ya. Esok kalau tak sibuk nanti akak cite pasal misi menyelamat yang akak melor lakukan pagi tadi. Sungguh mencabar tau. Kalau nak tahu misi menyelamat tu kena la selalu baca blog akak nih ya senahhhh..... Jangan lupaaaaaaa byeeeee.....

Tuesday, November 6, 2012

Garden - Bromeliad Kembang Lagi


Cite bunga laaagiiiii...... huhuuhuhu jangan le senah boring. Bunga tu ciptaan NYA yang ada banyak kebaikan tau. Macam-macam bunga boleh buat. Salah satu nyer boleh jadi terapi la buat insan-insan yang jiwanyer selalu kacau. Lain-lain kebaikan senah gugel sendiri ya. Nanti panjang lak akak kena taip, seeenahhhhh juga yang boring baca. Lagipun banyak yang akak melor nak taip, nak cite pasal bromeliad yang ada dalam secret garden akak nih hihiihihih. Jangan marahhhh.......

Akak duk le peratikan bromeliad akak tuh, dah berbulan-bulan kembangnyer. Duk tunggu tengok berapa lama dia boleh tahan. Ikut kiraan akak la, bromeliad ni kembang lebih dari 3 bulan. Kena hujan kena panas tak jejas pun bunga nyer. Itu yang buat chek suka dan sayang sangat dengan bromeliad nih. Berseri je secret garden ciput akak melor nih. Dicelah-celah hijaunyer dedaun, ada terselit merahnyer bebunga. Kan cantik tu. Sedap mata memandang tenang hati merasa. Tak gitu senah!!!!!

Bromeliad nih akak tanam dalam pasu plastik kecil je. Rasi pulak dia dalam tu. Lepas tu akak melor selit la dalam pasu besar di kaki si kemuning yang sentiasa berbunga dan miliki harum wangi desa. Macam bau perawan di zaman Hang Tuah gitu. Kuat sunguh akak berangan ya senah hihihih.... Tapi itu kenyataan. Kemuning memang berbau harum. Maklumlah laman akak melor ni ciput jadi kena la selit kat mana yang boleh huhuhuhu.....

Bromeliad nih tak cerewet, mudah nak jaga, tahan penyakit, yang penting bila berbunga tahan berbulan-bulan. 

Cara tanam dia pun senang. Kite cuma perlukan sedikit tanah yang ada banyak humus. Masukkan anak pokok  dalam pasu . Tanam macam biasa, lepas tu letak la reranting kering, dedaun  kering yang diracik supaya tak sakit mata memandang. Kalau boleh gunakan baja dari najis ayam, baja merah untuk bunga dan baja macam biji sawi serta baja kaler biru untuk batang pokok tu jadi kuat. Kuantiti baja kena ikut besar pasu okeh. Sori ye akak melor tak tahu nama baja 2 tersebut. Nurseri ada jual, pasaraya pun ada jual. Rege nyer tak mahal. Masih dalam lingkungan mampu beli. Ini cara akak melor tanam ya.  Cara tanam nih hanya berdasarkan pengalaman sendiri ya. Lain orang lain caranyer dan  Lebih-lebih lagi kalau pakar yang menanam huhuuuhu.....

Okeh semua dah tahu cara nak tanam dan kelebihan yang di miliki oleh bromeliad so tunggu apa lagi, ambik cangkul pergi tanam cepat. Kalau tak dak benih pi cari kat nurseri. Jangan buang masa. Berbudi pada tanah tak de ruginyer malah penuh kebaikan beribu-ribu leman hihiihihii.

Pesanan penaja sila singgah selalu sini macam-macam aaadeeeer .........

Sunday, November 4, 2012

Janji

Emmm..... sapa yang tak pernah berjanji. Hampir semua manusia yang wujud atas muka bumi ni pasti pernah berjanji. Walaupun janji dengan diri sendiri. Itu tetap dikira janji kan senahhhhh. Bila dah berjanji kite kena tunaikan. Begitu juga  bila kite menerima janji kite kena amanah kan senahhhhh...... So kalau sesapa yang tidak tunai janji dan tidak amanah menerima janji macamana yek ? sendiri mau ingat la senah weiiiii .... Renung-renungkan lah kategori mana satu kite berada..

Apa ke hal lak le akak melor nih tulis pasal topik Janji nih. Ala.... senah akak nih nak senang kan hati je. Sebab akak ada buat janji dan lawan akak tu pun dah terima janji yang dilafaskan. Tak semena-mena lawan janji akak tu tiba-tiba lupa pada janji. Jadi akak melor susah hati la bila jadi macam ni. U no me senahkan. Ai ni kan jiwa lembut, mudah sangat sentitip. Jiwa kacau la jadinye. Baru je hati nak ceria ada lak yang menganggu kebahagian akak nih. Hai la nasib hai la badan. Sapa suruh buat janji. Sendiri mau ingat la ya.

So akak gugel la nak tahu apa hukumnye kalau kite mungkiri janji. Kut-kut bolih le hati ni tenang sikit dan akak jumpa nih. Jom la kite baca untuk jadi renungan bersama.

Tepati janji dan persoalaannya dalam Islam
- Ustaz Zainudin Hashim
 

Orang yang memungkiri janji termasuk dalam kategori manusia yang dilabelkan sebagai talam dua muka, tindakan itu dilarang keras oleh baginda Rasulullah s.a.w., justeru mereka yang terbabit dalam kategori ini jelas disebut sebagai golongan munafik, wal 'iyazu billah.

Ia sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Empat ciri jika seorang Muslim itu memilikinya, maka dia menjadi seorang munafik tegar melainkan selepas itu dia meninggalkannya:

"Jika diberikan sesuatu amanah dia cabulinya, jika dia bercakap dia berdusta, jika dia berjanji dia memungkirinya dan jika dia bertelingkah dia celupar."

Jelas daripada apa yang ditegaskan Nabi melalui hadis tersebut di atas, membayangkan kepada kita betapa memungkiri janji adalah satu perbuatan negatif yang melayakkan seseorang Muslim itu digelar munafik, apa yang membimbangkan kita ialah golongan munafik ditempatkan Allah di bawah sekali dalam api neraka, tempat yang paling dekat dengan api yang membakar.

Sesungguhnya apabila seseorang Muslim itu mampu menunaikan sesuatu janji terhadap saudara Muslimnya yang lain, maka sebenarnya dia telah melakukan satu tuntutan agama yang amat besar dalam hidupnya, malah dia berhak mendapat naungan daripada Allah dalam segenap aktiviti kehidupan hariannya sebagai Muslim yang baik.

contoh paling senang nak nampak.

Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama - JAKIM
Kategori: Tasawwuf/Akhlak

Soalan:

apakah hukum memungkiri janji pada seseorang sekiranya janji itu melibatkan perkahwinan? maksud saya, teman lelaki saya berjanji untuk mengahwini saya dan saya telah berjanji untuk mengahwininya tetapi saya mahu menamatkan perhubungan kami kerana ciri2 dirinya tidak menepati pilihan saya.

Jawapan:
Menunaikan janji adalah wajib. Sesiapa yang tidak menunaikan janji adalah munafik berdasarkan firman Allah yang bermaksud "sempurnakanlah janji-janji kamu" dan hadis Nabi yang bermaksud "Diantara tanda-tanda munafik ialah tidak menunaikan janji". Konsep janji adalah sama tanpa mengambil kira ianya melibatkan hal perkahwinan atau apa-apa sahaja. Oleh itu tepatilah janji dan kotakanlah apa yang di katakan.


emmm....... akak melor tengah duk merenung nih. Senah macamana...... ada renung tak???

Friday, November 2, 2012

Semaian Cili Dalam Secret Garden


Alhamdullilah mooood sudah mari senah ooiii......Dah ada rasa nak berkebun,berblog, menjahit dan berhuha-huha. Eh....eh ....ehhhhh buruk betul kalau diserang penyakit muuuuudi nih ye. Apa-apa pun syukur aje la akak ni senah, mau juga muuud tu datang balik. Kalau di buatnyer berpanjangan merajuk, senah juga yang susah. Tak dapat baca coretan entah apa-apa akak melor ni kan.....kan....kan....
Pagi tadi akak mengemas secret garden akak tu. Buang semak dan rumpai yang tak di perlukan. Hajat hati ruang yang telah di bersihkan tu nak tanam tanaman dapur tambah koleksi ulam ulaman akak. Maka hari ni akak melor nak cerita tentang cili yang akak semai sebelum muuud merajuk datang tu hari hahahhah. Harap-harap kali ni cili akak tu menjadi dan dapat le akak rasa hasilnye.

Cili ni sangat pedas. Gigitan pertama pun boleh buat kite berdesing telinga. Kalau di buat sambal maunyer meleleh air hidung tika makan. Senah dapat tak bayangkan betapa pedasnyer cili nih. Rasanyer pun sedap dari cili yang biasa jual kat giant tuh. Selalu beli satu paket kalau ada yang rosak, akak simpan untuk buat benih. 

Heran betul la akak melor nih, kalau tanam pokok-pokok yang boleh di buat makan tuh,  tangan nih tak berapa nak sesuai. Kalau pokok bungaaaaaa emmm..... tak yah cerita, senah tengok sendiri la tulun-tulun akak di timpa perasan. Bak kata orang kalau nak buat jadi punca rezeki pun boleh. Tapi kan akak tak pernah jemu senah tau. Akak sentiasa cuba dan cuba dan cuba tanam pokok tu semua terutama ulam ulaman sebab akak suka makan segar. Ada yang berhasil dan akak dah dapat merasa hasik nyer. Tak  kurang juga yg terus ko walaupun pada awalnyer subur.

Tang cili ni, entah yang kali keberapa entah pun dah lupa cubaan akak melor menanam pokok cili. Harap-harap kali ni berhasil. Geram nengok blog yang tanam-tanam tuh senah oiii. Jeluuuuus ai tau. Nak juga nih akak jadi macam mereka tuh semua senah. Kalau tak sepenuh jadi macam mereka iras -iras pun jadi la. Yang penting akak cuba untuk jadi macam mereka. Akak kena cuba gak sampai berjaya. hahhahahah...... kemaruk apa akak ni ya senah.

Senah kalau nak tengok apa lagi tanaman dapur yang akak tanam selalu -selalu la singgah sini ya.  Blog akak ni senah macam-macam ader, semuanyer berkisar tentang minat akak. Hahah jangan lupaaaaaa singgah tauuuuu....