Wednesday, October 31, 2012

Ros Cantik Di Laman Belakang

hobi & tip berkebun
Dah 2, 3 hari ros cantik di laman belakang tu kembang. Takde pun cik melor ambik kisah, takat memandang bila menyiram. Tapi tipu le kalau cik melor kata tak gembira memandang pada si kembang tu. Cuma cik melor "not in mood" seminggu 2 ni jadi endah tak endah je la kat kembang tu. Hai la mood balik la oiiiii. dah jemu, nak balik asal nih.

Kelmarin tergerak pula hati ni nak snap barang sekeping 2 buat kenangan. Ada hikmah bila hati terdetik begitu. Semalam hujan turun lebat le juga. Petang nye masa Cik Melor nak tutup jendela, nampak kelopak ros tu dah bertaburan ke bawah. Titisan hujan tu merosakkan kelopak bunga ros cantik. Sayang lak rasanyer, kalau dibiar kembang selama nyer kat situ tentu cantik mata memandang, bahagia hati merasa kan.. kan.. kan....

Ada pula yang nak menyibuk mau di potret kan sekali. Ini pun bunga cik melor juga. Yang ni bunga dahlia namanya. Bunga paling cantik dalam hidup cik melor. Bunga ni tak pernah layu dan tak akan layu malah sentiasa membesar. Tengok lah dari takda rambut,  sekarang bunga dahlia dah berambut. Syukur walaupun hanya sejemput huhuuhuh.......... Bye.


Friday, October 19, 2012

Mood Status


Emmmm...... terharu sungguh akak. Walaupun tak berupdate masih ada yang sudi menjengah. Setia sungguh mereka itu. Terima kasih la akak melor ucapkan pada pembaca semua kerana rela menjadi pembaca setia blog akak melor nih.

Akak masih lagi dalam mood yang pelbagai. Kadang baik, ada kala merudung tahap gaban.Tentu pembaca  tertanya-tanya dan nak tahu kenapa jadi begitu. Mari akak cerita. Alkisahnyer gini le cite yang berlaku, dugaan sungguh...........
  • anak-anak tetiba je tak sihat. Demam lepas sorang-sorang. Bila dah tak sihat tau aje lah ragam bebudak nih. Yang jadi mangsa akak le si ibu mereka.
  • belum habis dengan demam akak terima berita kematian anak saudara sulong. Berkejar akak adik-adik balik ke kampung dengan harapan dapat le menatap wajah nyer buat kali terakhir. Hati akak melor rasa sangat sedih. Tak ada mood nak buat apa-apa. 4 hari juga la akak balik kampung teman kan kakak yang tengah bersedih tu.
  • Balik dari kampung anak-anak akak tu sambung balik demam. Lepas satu-satu termasuklah akak sendiri rasa kurang sihat. Penutupnyer dengan tuan pengarah yang tak sihat.
  • yang paling utama penyebab blog tak update adalah kerana line tenet kat rumah akak ni meragammmmmmm. Baru 2, 3 hari ni elok dan hari ni baru akak melor ada rasa nak menaip.
tu le benda-benda yang buatkan mood akak ni kelaut perginyer. Bila mood jadi gitu semua benda terbabit sama. Papapun terima kasih lagi sekali kepada pembaca setia blog akak.