Monday, September 24, 2012

Kurung Moden Ala Saloma


"Aaaaa..... leeeega nyer" macam kata hero akak. Akhirnyer berjaya juga akak melor siapkan 3 pasang baju kurung moden ala saloma ni. Selama tak online selama tu la akak duk berperang dengan kain serta merempit slow-slow dengan mesin tua akak tu, nak siapkan baju-baju tu. Bila siap dan hantar kat tuan baju rasa lega sangat. Rasa macam hutang berjuta dah habis bayar. Harap-harap tuan baju tu, gembira terima baju dia dan baju tu tak da masalah.

Tuan baju nak pakai gi kenduri orang kawin. Kiranyer keluarga belah perempuan @ lelaki tak le pula akak tanya. tapi keluarga terdekat pengantin la semua pakai kaler yang sama. Fesyen ikut suka kut.....  Mesti cantik kan. Terasa nak melaram macam tu gak la. Tapi kan senah, klu akak melor pakai macam tu, mesti ada yang lari bertempiaran, ada yang duk ingat hippo zoo mana la yang terlepas ekeh....keh...keh.... Tak pa la senah akak melor berangan je la dalam mimpi pakai macam tu sambil bernyanyi-nyanyi bawah pokok rambutan macam dalam cite bujang lapok. Adegan ramlee nyanyi dengan cik salmah


Dugaan betul akak masa menjahit baju nih senah tau. Mana tak nyer sena ooiii..... si makcik google tu buat perangai selama akak duk siapkan baju-baju tuh. Kasihan dengan tuan baju tu tentu le dia dah serik nak tempah baju dengan akak lagi huhuhuuuh..... Awak tau senah baju yang boleh akak siapkan dalam masa satu hari tapi akak ambik masa lama nak siapkan . Ni gara-gara makcik google meragam tak tentu pasal. Kain pun boleh tahan jugak ragam nyer . Sempat le akak melor ni telan 2, 3 biji panadol, sakit kepala senah ooiiii....

Sementara siapkan mana yang masih bersisa dan tunggu tempahan yang dalam perjalanan nak datang tu. Akak ambik peluang belai-belai pokok di laman. Sayang banyak yang mati. Ada gak yang hidup segan mati tak mau. Baja + gembur mana yang perlu. buang mana yang mati. dan tanam mana yang boleh. Tu la kerja akak melor kalau tak menjahit. Kerja rumah tu memang dah semestinyer senah kaaaaannnnnn......

Saturday, September 15, 2012

Maggi Ketam Jalinan Kasih



"Hai senang  nyer dalam hati, kalau hari-hari ada yang yang masak, seperti dunia..... ana yang empunya."  hati akak melor bernyanyi riang senah. Apa taknyer .... hari ni akak melor makan maggi ketam awak tau senah ooiiii.......  Pulak tu tuan pengarah yang masak. Oooooh.... lomantik nyer akak melor rasakan hahahaha.... sila jangan munnnntah.

Senah nak tahu, masa akak balik beraya di kampung laman terchenta, maggi ketam ni tengah hot, bersohor, gelemor kat sana tau. Sana sini orang duk bercerita pasal maggi ketam nih. Kat fb tuh masing-masing duk sibuk la tayang gambar maggi ketam nih. Tapi kan sampai hati la adinda akak melor tu. senyap-senyap je gi makan maggie ketam lepas tu balik duk bercerita pasal kesedapan maggi ketam nih. Telan liur la kite dengar cite dia. Mentang-mentang la kite tak de keta nak gi cari beli. Dia buat akak lagu tu. Kecik hati akak melor tau.

Tapi kan senah, besarnyer kasih tuan pengarah, tadi pagi dia gi pasar tani beli ketam segar, lepas tu dia masak maggi tuh untuk akak melor.  Ai lab bi u la tuan pengarah hihihihihi......  gedik la tu

Akak ni kan sebenarnyer tak pandai masak maggi.  Kalau masak pasti tak sedap. Jadi bila akak melor rasa nak makan maggi, akak mesti suruh orang yang pandai masak maggi, masakkan untuk akak huhuuhuh...sebenarnyer malas lepas tu ngaku tak pandai banyak la akal dia kannnn.....

Tapi satu je yang akak tak suka pasal maggi nih. Dari dulu hingga kini, time makan licin akak balun sudah makan pasti akak akan jadi mamai macam orang mabuk todi. Mula la nak cari bantal. Belunjur seminit dua buat hilang pening. Alah ngan maggi rupanyer akak melor nih huhuuhuh......

Friday, September 14, 2012

Cara Jahit Zip Sorok

Hai .... apakhabar? ada rasa sikit rajin hari nih. So akak melor rasa nak buat tutorial cara jahit zip sorok. Akak pun baru juga belajar jahit zip nih. Almaklum la mesin jahit akak tu mesin jahit jaman nippon. Takde teknologi zip sorok. Sebelum nih duk la jahit guna zip biasa. Tapi masa belum posa hari tu, akak melor dapat tempahan baju kurung moden. Bila namanyer kurung moden sah-sah le kat belakang dia ada zip sorok. Kerana nak kan hasil kerja akak setanding dengan orang lain maka akak rela meng'reward'kan diri sendiri sebuah mesin jahit baru semata-mata nak hasil jahitan akak cantik macam kat kodai tuh aka baju beli laaaa.  kih...kih.... kih bunyi  ala batuk kering huhuhuh...... see betapa gigih nyer akak melor ber-usaha kan. 

1st time jahit zip sorok tak menjadi, 2nd round terus jadi, apa lagi tak henggat donia la akak melor lompat. bergegar jugak la rumah akak tuh hihihihih........ So dengan penuh aksen + bangga nyer akak pun terasa la nak kongsi ilmu yang tak seberapa tuh dengan senah semua. Ni dia tutorial nye senah ooiii..... . Apa??? senah tak tau nak jahit zip sorok....... takpe senah tengok tutorial simple akak nih mesti cepat senah pandai. Jom kite nengok cara-cara nye.


gini la rupenyer tapak zip sorok - google punya


untuk menyenangkan jahit zip sorok, gosokkan dulu zip tu. lihat gambar cara nak gosok nyer  ya. Gosok dari bahagian yang terbalik hingga jadi lurus


gosok bahagian kain yang nak di jahit dengan zip sebagai tanda tempat nak letak nanti ya.


buka kain yang dilipat masa mengosok tadi dan letak zip. kalau tak berapa terra lagi tuh pin dulu zip tu supaya tak bergerak masa nak jahit, bila dah jahit sikit kite tak perlukan pin tu lagi ya.


dah siap jahit sila la lipat balik kain tu macam gambar bawah okeh. Gigih tu nak ngajor sampai terkangkang jari jemari ia hihihih

tadaaa dah siap.

Saturday, September 8, 2012

1 Hari 3 Perkara

Ada pepatah mengatakan "berpagi-pagi itu indah", orang tua lak kata "murah rezeki bila bangun pagi". So hari ni kul 5 am akak melor dah bangun. Lakukan apa yang perlu dalam kul 7 am akak gi shopping kek pasar tani. Akak rasa sungguh teruja tau senah, sebab apa akak rasa begitu, coz dah lama akak resign gi shopping barang dapur. Kalau gi shopping pun setakat bawa anak jalan-jalan cuci mata dan makan-makan dalam erti kata lain "window shopping" je lah.  Dah lama tuan pengarah ambik alih tugas tuh. Sejak-sejak akak melor tambah 2 baby nih huhuuhuhu. 

Seronok dapat bertegur sapa dengan akak bunga sambil mata melirik kat pokok-pokok bunga jualan nyer.  Tak dapat beli, pandang pun dah cukup untuk buat hati akak gembira. Macam lebah pandang bunga, riang tak menentu  ahakssss.......


Kemaruk ke apa tekak nih, terasa benar nak makan ikan masin. Hampir rm 30 hengget akak borong ikan masin senah. Over the bujet nih. Dah beli apa yang patut akak start kete balik. Rumah dengan pasar tani bukan lah jauh sangat. Kata orang tu kalau akak menjerit orang kat pasar tani tu boleh dengar la. U no mee, aini kan jiwa penyayang, lemak kat badan pun akak sayang tau. Rela habiskan minyak keta dari lemak kat badan nih cair huhuuhuhhu.......

Lepas zohor, akak keluar lagi bawak anak-anak window shopping lagi sekali sambil-sambil cuci mata sendiri lak. Rasuah anak-anak dengan ais krim sorang satu supaya mereka boleh duduk diam dan dengar cakap. Boleh la akak belai-belai pilihan hati tu. Banyak yang cantik-cantik tapi sayang no less la. Tak jadi beli tunggu ada less nanti gi beli. Huhuhuhhuhu..... memang dasar otak kedekut kan akak nih. 

Balik singgah lak kat tempat kitarsemula. Anak nak mulakan aktiviti kitarsemula senah. Akak layan je lah. Permintaan yang elok apa salah nyer kalau di layan kan.. kan... kan senahhhhh. Tapi cisssssss kite baru nak mula dia pula dah pindah. Itu je la pusat kitar semula yang terdekat dengan rumah akak. Hampa la impian anak-anak akak melor nak berkitar semula. 

Tak pa la nak ooiii.... kite kitarsemula paperlama jela ya. Senang, lori datang punggut depan pagar tumah je. Benda lain tuh kire sedekah la kat orang yang angkat sampah tu. Start kete lagi sekali, terus drive balik rumah di pertenggahan jalan akak terperangkap dalam jem yang amat. Tulun...tulun kite tak suka..... tak suka..... tak suka tau.

Tuesday, September 4, 2012

Alteration : Jubah Cantik Anda Di Sini

Soriiiii....... takde jubah pun nak jual hihiihih..... ini hanya sekadar tontonan buat yang meminta. Ulang sekali lagi "sekadar tontonan" jangan paksa akak jual ya. Sebenarnye ini jubah-jubah yang telah akak kerjakan aka buat alteration dari bulan 7 membawa ke bulan posa dan tamat ketika hampir raya hahaha.... Saja je tu nak eksen. Kerja-kerja yang mencelah ketika akak melor tengah syok merempit nak siapkan tempahan orang. Tapi takpa, dapat juga akak melor merasa pegang jubah-jubah cantik dan mahal ni.

  1. yang ni banyak sikit nak kerjakan dia. Nanti aka cerita di lain n3 k.
  2. cantik jubah nih. Rege dia pun boleh tahan. Milik seorang mak datin vogue. Bahagian bawah jubah ni kembang payong dan ada lining dalam jadi nak mengalter nyer pun jadi lebih sikit dari jubah biasa. Akak kena potong kaki jubah 2x dan jahitnyer 2x dan cas nyer pun 2x hahahhah.
  3. Jubah ni pun sama dengan jubah atas. Kembang payong di bawah dan ada lining dalam. So sama juga kerjanyer. Akak melor potong 2x, jahit 2x dan cas 2x juga hahahaha lagi sekali gelak masukkkkkk....senah.

  1. jubah ni akak kena luaskan leher mencekik nyer. Buang zip kat leher tu dan tutup balik serta jadikan leher perahu. Manakala bahagian bawah nyer macam biasa potong kasi pendek ikut ketinggian yang empunya. Disebabkan bahagian bawah tu kembang payong jadi lebih sikit la masa dan benang yang digunakan untuk bahagian tu sahaja hihiihi
  2. Yang ni pun sama, leher dia pun mencekik dan ada klim. Jenis kain berat. Mungkin kerana berat sebab tu la design dia di buat lagu tu, leher rapat ke tengkuk. Tak selesa betul akak kasi tau senah wehhh. So akak melor diminta buang leher tu dan jahit kasi luas. So jadi la macam tu ala-ala leher perahu. Bahagian bawah pun kembang payong gak, potong kasi sesuai dengan tinggi di pemakai.
  3.  no 3 ni pun sama material dia berat .Potongan leher rapat ke tengkuk sungguh menyiksakan. Arahan pun sama di terima kasi luas tu leher. So akak potong aje la bagi luas sambil tu buat la sehampir yang mungkin dengan design asal. Bawah pun sama kembang payong kasi potong ikut ketinggian tuan jubah. Tak kisah pun semua akak melor buat janji masukkkk...... hhahahhaah

  1. Akak melor di minta potong kaki jubah dan pasang spam bagi naik terletak bahu tuh.
  2. Yang kaler merah tu akak melor di mintak kecilkan bahagian pinggang kasi ada shape sikit
  3. Yang ni pun kecilkan bahagian pingang bagi nampak ada shape sikit takde la gedoboh sangat.
Biasa la kan kalau beli baju siap mesti ada yang tak kena dengan saiz kite. Kecil situ la besar sini la. Panjang pendek. Emmmmm entah lah 1001 masalah ada. Tapi tak pa senah,  masalah tu akak melor boleh kasi settle dengan syarat hantar la buat alteration kat CMelor's Shop amboi-amboi promote nampak. hihihihi...... Nak hidup senah kena la pandaikannnnnn.........