Tuesday, August 28, 2012

Jahit Manik Sulam Tampal + Cerita Lepas Raya

Assalamualaikum .... salam ku beri sebagai pembuka bicara, kerana lama menyepi diri. Kepada yang bertanya usah lah gusar di hati, akak masih lagi teguh berdiri. Ke sana sini melayan diri, Almaklum la balas dendam setelah teruk penatkan diri hahhahahah....... Akak balik beraya seminggu di kampung laman tapi bukan betul-betul kampung terchenta hampir-hampir la dengan kampung. Tak pa la asalkan dapat bersama-sama dengan bonda dan sanak saudara pun jadi la ya. 

Sebenarnya bonda akak tu dah sewa kan rumah di kampung. Bonda berpindah ke bandar menyewa kedai temankan adik akak, Dia baru belajar berniaga. So hari tu akak beraya la di kedai tu. Kiranye kodai cum rumah sekali la. Apa-apa pun akak melor hepi la balik beraya kek kampung tuh. Terlerai juga lah rindu mengunung di hati. Paling akak gembira coz dapat menjengah pusara ayahanda, tapi lupa bawak kamera. Ambik la gambar dengan handpon. Hanhpon lak meragam. Angin je satu badan.


Permintaan mala simplicity. Katanyer nak tengok baju raya anak-anak akak melor. Nak ku persembahkan untuk mu wahai mala simplicity, tatap la sepuas hati mu. Nanti balik dari oman, hang jangan lupa tempah baju kat chek ya haahahaa..... Mala simplicity nih kusstomer lama akak. Dia sekeluarga dah berpindah ke oman so tahun ni akak takde la jahit baju raya dia sekeluarga.


Sebab masa dah suntuk, akak melor sempat jahitkan baju-baju anak-anak je. Baju kurung riau kau senah. Mak nyer pun riau jugak tapi riau lama huhuhuhu...... Kiranyer kitarsemula la. Tu la sapa suruh tamak sangat kan dah tak dapat raya dengan baju baru.  Jahit manik kat baju anak pun asal ada je. Akak beli bunga siap dan tampal aje kat baju lepas tu jahit aje manik . Hajat hati tu nak la jahit manik bunga-bunga , Tak sempat kau senah. Akak taram aje lah dan tu la hasil nyer yang dapat . Tu pun jahit separuh je manik, janji nampak manik nyer. Hero akak lak jahit baju melayu johor je lepas tu jahit kerang nak nampak hijau putih tema la katakan dan akak sulam sikit di poket tu supaya takde la kosong sangat serta nampak la putih-putih nyer. 

Si makcik google tu bukan main suka dengan baju dia. Hari-hari duk gosok cium baju tu. katanyer " atik aju - atik aju" Kalau bagi dia try takde nyer dia nak tanggalkan so akak pakaikan kat patung. Pagi raya tu makcik google pakai baju tu sampai ke malam dan bawak tido sekali.


bergambar kat kodai adik dengan bonda dan anak sedare. Yang baju kaler merah tu la akak melor Disebabkan akak melor tak tutup urat maka akak melor terpaksa la hitamkan bahagian muka tu. Tu baju raya akak 6 tahun yang lalu. Suka pakai sebab kain dia tak panas lagi pun akak melor ade juga jahit manik sikit kat baju tu. Rasa macam ade la sikit serinyer hihihihi.... sila jangan muntah ya senah.

Ni dalam proses nak siapkan baju raya akak lak di samping siapkan tempahan orang yang ada tu. Nak melaram ke rumah terbuka senah ooiii....hahhahah......

Saturday, August 11, 2012

Benda Yang Kite Patut Tahu Tentang Tong Gas


Selallu duk cerita pasal manik, jahitan boring gak jadi hari nih, nak kongsi sikit maklumat tentang tong gas kat dapur kite tuh. Bukan apa dah banyak hari akak melor terbaca tentang tong gas nih.Tergerak lak hati tu nak kongsi. Benda baik elok lah dikongsi kan senah. Untuk keselamatan kite bersama juga senah ooiii...... N3 nih akak kopipess dari blog pak long din ya senah dan pak long din soriiiii n jange maroh deh ambo kopi n3 pak long din.

 Apa benda yang kita guna akan ada tarikh luputnya tersendiri. Umum dah tau, penggunaan sesatu produk selepaih tarikh luput memang tak digalakkan melainkan la kalau dah kita dalam kategori SEGAN NAK BERNYAWA... haha...

Memang bahaya... Pak Long pun baru tau rupanya tong ges yang kita pakai tu pun ada jugak tarikh luputnya. Jadi dah kita sebagai pengguna neh kena pakat-pakat beringat la, periksa tarikh luput tong tu sebagai satu daripada langkah kita menjamin keselamatan diri dan keluarga...

Ca perati kat salah satu sisi tong ges tuh, ada tarikh luput yang depa kodkan secara berhuruf A, B, C atau D diikuti dengan dua digit... contohnya D06

Huruf tuh bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun;

A untuk Mac (Suku pertama)
B untuk Jun (Suku kedua)
C untuk Sep (Suku ketiga) dan
D untuk Dis (Suku keempat)

Dua digit tu pulak menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan... kalau D06 bermaksud tong tuh hanya selamat digunakan sehingga Disember 2006 ja...

Jadi, periksalah tong ges kita tiap kali kita order tong baru kerumah kita...

Baguih kan maklumat neh. Lepaih ni boleh la kita gunakan hak kita sebagai pengguna untuk menolak tong ges yang tamat tempoh penggunaannya dari dibekalkan oleh pembekal...

sekian n3 kopipesss dari akak melor.

Thursday, August 9, 2012

Jahit Manik Tabur Bibik 21 Lagi


Soriiiiii..... kisah pasal beading lagi. Senah sila jangan muntah ye. Bukan apa, ada yang meminta, maka akak melor sampaikan hajat orang la. Nanti lepas nih akak kena share kan kat fb satu kustomer akak tu sebagai memenuhi permintaan dia nak tengok hasil beading akak nih. Kadang-kadang rasa malu pun ada, ya la jahit manik akak nih tak le sehebat mana pun, tapi ada juga yang berminat nak tengok.. Kembang + bangga pun ada jugak hihiihih.......Jadi hari ni dan bulan nih banyak la cite pasal beading + lak bulan nih akak melor ada terima tempahan jahit manik so boleh la akak tunjukkan hasil jemari keras akak ni. Kalau sekadar jahit untuk tunjuk-tunjuk aje tak kuasa akak senah. Penat ooooo.... jahit manik nih. Sakit seluruh badan hihiihih......

Ni pun baju kepunyaan si bibik 21. Dia tempah jahit kurung moden kembang bawah dan minta akak jahitkan manik sekali.  Lagi sekali la akak terkejut beruk dengan si bibik nih hohohoho...... bagi kain terus bagi duit sekali. Senang sungguh akak berurusan dengan dia. Suka... suka....suka.... la akak dapat kusssstomer macam nih. Peluh belum kering terus dapat hasil tapi dengan bibik nih peluh akak melor belum pun keluar akak dah dapat hasil . Tapi yang tak bestnye cepat dapat hasil cepat pula hasil tu habis huhuhuhuu......... kata orang  tua-tua timba tiris la. Tak boleh pegang duit lama-lama automatik otak mula la fikir dan rancang macam-macam bila duit ada di tangan.

Kali nih pun akak melor jahit manik tabur seperti permintaan si bibik 21 ni. Cuma dia bagi kelonggaran untuk akak nak buat patern macamana. La ...la ...la hati akak bernyanyi riang senah. Dapat arahan macam tu senang la akak nak buat kerja.


eh..eh...eh.. terbalik pulak gambar nih. kain lupa nak snap huhuhuh.  kurung moden nih di padankan dengan kain selisih.

Memandangkan corak kain tu dah cantik, akak melor ikut aje corak kain tu. Tak perlu la akak melor sakit kepala nak perah otak tuk cari patern yang difikirkan sesuai. Memula jahit tu tak le nampak cantik bila dah siap separuh baru nampak seninyer. Apa lagi melompat la si hippo kegumbiraan sampai lupa diri hahhahaha....

Senah jangan tak tau, si bibik ni ada minta akak buatkan jahitan manik crumble mumble lak. Akak melor minta lepas raya takut nanti tak siap baju raya anak-anak akak huhuuhuh.... Lain n3 akak upload dan cerita lagi pasal dunia manik akak melor nih. Tunggguuuuuuuu senah tauuuu.........

Monday, August 6, 2012

Jahit Manik Tabur 2

tuan punya baju, katanyer melaram habis la raya tahun nih.

Aluuuuuuhah...... lama tul akak melor menyepikan diri. Ada yang rindu ke? kalau senah tak rindu sekali pun, senah pura-pura la rindu. Kasi can la sama akak filling-filling sikit........Sebenarnyer akak melor sibuk menjahit. Nak siapkan jahitan yang masih bersisa tuh. Kirenyer kejar masa la senah ooiii....Kite kan nak raya so sendiri mau ingat la hihiihihi....2,3 hari lepas akak ada terima satu baju untuk di jahit manik dan jahit satu kain selisih. Akak ni kan, memang lemah jiwa tul senah ooiii. Tak sampai hati dan tak pandai nak tolak permintaan walaupun baju sendiri belum jahit lagi tu. Itu sebelum raya punya cerita. Lepas raya punya cerita pun ada senah ooiii...... berderet tempahan duk que tunggu. Nampak nyer lepas balik dari cuti di kampung halaman terchenta akak kena bekerja. Tak boleh rehat lelama la. No time for malas-malasan hahhaha...... Alhamdullilah senah rezeki datang akak sambut je.

Amboi mukadimah n3 panjang berjela-jela penat senah nak membaca nyer dak. Takpa akak bawa senah kepada topik yang asal k. Hari nih nak cerita pasal beading a.k.a jahit manik la. Ni jahit manik tabur untuk  sorang kusssstomer akak . Yang istimewa nyer kusssstomer akak nih, walaupun dia kerja sebagai bibik tapi tak mau kalah dengan orang yang tak kerja bibik tau. Tengok la dia tempah jahit baju kurung moden dengan akak, dan minta jahitkan manik tabur sekali. Sebab masa dia datang rumah hari tu dia terpandangkan baju sorang kusssstomer akak yang sudah di jahit manik. Terus dia jatuh chenta dan minta akak jahitkan manik baju dia dan bayar on the spot. Terkejut beruk akak.  Hai boleh tahan cik bibik nih. Macam ni la akak suka tak banyak karenah. Cakap je apa yang nak terus bayar.  Bagus kan kalau semua kusssstomer yang kite dapat macam nih. Tak sakit kepala.

Tengok, bagi yang faham kesusahan seorang tailor nak jelmakan permintaan dia orang tak akan berkira soal bayaran. Tak la  macam sorang kusssstomer akak yang banyak songeh tu, minta buat macam-macam tapi bab bayaran berkira. 10 hengget pun ketaq tangan nak uloq. Peluh kite dia tak kire macam ni punya olang pun ada. Upppssss.....sori senah termelalut la pulak akak nih. Eishhhh....tak baik la akak nih, tambah-tambah bulan posa nih. Sori senah terlepas perasaan lak  kuang.... kuang....kuanhg....

Bole tahan jugak la berpinar mata jahit manik tabur nih + lak akak ni menjahit berselang seli dengan makcik google so senah kena faham-faham je la macamana kelam kelibutnyer akak nih hhuuhuuhuhh...... Orang bangun malam solat tahajjud, akak bangun malam duk kutip bijik manik cucuk dengan jarum huuhuhuhhuuhhu.....

Nanti akak upload lagi gambar dan cerita jahit manik akak yang tak seberapa tuh. Senah tungguuuuuu tauuu....

Wednesday, August 1, 2012

Jahit Manik Pucuk Rebung

Ayukkkkk..... Senaaaaah akak lupa lagi la. Penat akak menabur, alih-alih siap terus dibawa pergi yang empunya. Tak sempat nak abadikan sebagai kenangan dan yang penting promosi untuk bisneh akak melor nih huhuhuuh.......

Nak tahu apa yang buat penyakit lupa akak melor bertambah parah. 

1. Umur. Makin menuju senja nih, perangai lupa tu kian menjadi-jadi hahhah...
2. Posa, daya tumpuan lari sikit. Masuk hari pertama posa hero gi sekolah pakai gymwear. Biasanyer gymwear pakai untuk hari jumaat je. Time balik, eh..eeeeehhh...boleh lak akak melor lupa jemput si hero dari sekolah. Sibuk2 nak cuci kain baru teringat anak belum ambik dari sekolah. Bekejar akak gi ambik hero di sekolah.

3. Makcik google. Masuk je bulan posa nih , si  makcik google tu meragam je kerja dia. Adusssss susah betul la akak melor nak buat kerja hingga kan masak untuk berbuka pun cincai aje. Si makcik google tukan, dia nak kite nih duk tilik + belek dia je hari-hari, jangan buat pa-pa. Sekarang nih dia dah tak nak tido siang, malam pun klu akak tak tipu-tipu tidur xdenyer dia nak lena. Ibunyer lak pantang letak kepala terus hilang, manik entah dimana tuan badan lagi la melayang entah kemana, tido mati terus ke pagi hahhaah......... ambik kau labu.

4. Gelabah. Sebab kan selalu gelabah + bedebar takut x sempat siap baju kussstomer. Pegang sana tak kena pegang sini tak kena. Kelam kabut jiwa akak melor tau senah. Sampai akak cakap dengan tuan pengarah, " aduh penat juga jadi tailor ehem.. ehem.. nih. Nak jadi tokey je lah. Senyum kambing tanpa kata si tuan pengarah.  Rasa sakiiiiiiiiiit je hati akak melor nih senah. Ingatkan boleh la dapat kata-kata semangat ke, perangsang ke @ gosokkan manja ke. Hampeh senyum kambing je dia bagi kite huuhuuhuhuuh.

5. Lain-lain perkara yang buat lupa nanti akak fikirkan ya hahhahhaha.......

Tak lupa akak sertakan gambar baju yang akak jahit lepas tu akak jahit manik pucuk rebung lak kat baju seorang kussstomer cilik akak. Sempat snap sebelum kasi kat bibik orang tuh. Alhamdullilah hasil tangan akak lulus hahhhahah...... So ada berani ? boleh colling-colling akak buat tempahan tapi lepas raya la uhukkkks...