Thursday, July 19, 2012

'Putaran Masa' Kian Mendebarkan

cmelor-family

Putaran masa... emmmmm, kenapa dengan putaran masa? kenapa mendebarkan? Apa tak berdobarnyo, akak melor ni kan si tailor ehem..ehem.. hahhaha........ Makin dekat makin le terasa debarannyer. + pula duk dengar radio iklan pasal posa dan raya hati akak tambah tak keruan. Target hari tu settle semua tempahan sebelum posa. Lari target wehhh....... Mana tak nyer tengah syok jahit ada yang hantar minta alter baju la, seluar la. Pulak nyer bukan selai tapi 2,3 helai sorang + pulak dengan karenah anak-anak dan tuan pengarah n karenah diri sendiri banyak masa yang lari. Akhirnye akak juga yang berdebar. Tido malam pun termimpi-mimpi senah ooiii...... Tolong akak senah, hilangkan debaran di hati ini. Agar tenang daku meniti hari. Sila jangan muntah ya.

Tempahan tu takde la banyak mana pong yang tinggal. Cuma 2 pasang baju kurung moden dan sepasang baju kurung kanak-kanak semuanya masih dalam proses. Lepas siap jahit baju-baju tu kitar kena manikkan dalam erti kata lain kena jahit manik lah senah wey. Tu yang jadi rasa banyak kerje tuh. Almaklum jahit manik senahhhhh, faham-faham le sendiri ahakkks.

Alteration pun semua dah siap tunggu yang empunya datang ambik. Tinggal lagi kita tunggu uluq kertas yang ada tulis nombor-nombor je senah. Bab uloq nih kita cukup suka senah. Mau tak nyer senah, joli katak la kita time raya nanti huhuuhuhu. Posa belum duk fikir nak joli time raya. Apa punya olang la kan. 

Alaaaa... senah kita pun tau la, saja je nak gurau manja-manja gan senah. Kalau selalu serius je pun tak seronokkaaaaaaan senah. Sebab tu tiap kali usai solat kita tak lupa menadah tangan, mohon pada Ilahi mintak di panjangkan umur agar dapat kita berpuasa, balik raya di kampung dengan selamat tahun ni, sampai anak-anak besar dan kalau boleh untuk selamanyer. Bulih ke gitu senah???...... Wat ever lah senah kan. Tapi ku tahu itu tak mungkin terjadi kerna satu hari nanti ajal pasti datang menjemput, cuma tidak ketahuan bila, dimana dan bagaimana datangnyer. Moga-moga kepulangan kite semua nanti dengan cara yang baik dan di redaiNYA amin.

Eh..eh..eh... lupa la senah. Baju raya kita sekeluarga pun belum jahit lagi. Boleh ke siap on time nih. Nanti ada yang last minit gi cari baju siap macam tahun lepas huhuuhu.... Pa-pa pong cik melor nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog kita ni tak kira lah silent reader ke tidak, dalam negara ke luar negara ke. Terima kasih kerana tak jemu mengunjungi blog cik melor si tailor ehem...ehemm. Bye
* SELAMAT BERPUASA SEMUA *

Monday, July 16, 2012

Ala..la...la ...Latok Jangan Saman.

Huh... langkah kiri betul la pagi nih. Ingatkan bila berpagi-pagian dapat le selesaikan urusan cepat-cepat. Rupanyer kita tambah masalah huhuhu... Alkisah nyer cik mmelor gi bank nak ambik buku yang boleh sain-sain tuh ala ..... buku yang ganti duit tu hahahhah..... sogan lak nak sebut betul-betul. Awak tak banyak mana pun masuk berangan nak menyain la pulok.

Sebenarnyer kita dah gi kat mesin parking tu nak bayar parking. Sekali mesin tu rosak daaaaa. Kita tengok mesin yang terdekat pun sayup mata memandang jadi fikir 2, 3  kali, aah takpa la kejap kut aku kat dalam tu. Dalam hati nih baca la apa yang patut moga-moga tak kena saman parking. Dah nasib hari ni nak rugi selesai urusan kat bank tu, terus tuju ke kereta, masuk keta je waaaaaa........ kite dapat surat cinta dari dbkl. 

Sungguh rasa tak senang hati terus kite start keta balik rumah. Perancangan sebelum tu lepas gi bank kita nak ke kedai jual alat jahitan nak beli manik. Bila hati dah tak keruan kita terus balik rumah call sana call sini. Tanya orang yang dah biasa kena saman nih. Mana tempat terdekat yang boleh bayar saman.

Almaklum la kita tak pernah terima surat cinta dari dbkl rasa tergugat la sikit. Udah nyer kena la kita susahkan tuan pengarah minta tlong dia gi bayar saman. Tak suka, tak suka, tak suka la kena susahkan orang walaupun teman sebantal kite. Kalau boleh segala nyer nak buat sendiri waaaaaa..... lagi sekali. Berangan je lebih tapi tak mampu buat. Bye


Tuesday, July 10, 2012

Kite Hampir Meroyan Dibuat Nyer

huhuhuhu........mau meroyan??? apa tak nyer 3 hari tak buke tenet hampir-hampir jadi meroyan. Dari P1 tukar ke unifi. Adussss sensitip la pula line nih tersentuh sikit mula dia buat hal. Udahnyer akak melor yang tersiksa. Nasib baik tuan pengarah baik hati diberi pinjam laptop malam nih. Dapat le akak melor tengok berita terkini dan terlepas. Akak melor kurenggggg..... selesa guna laptop nih kerana lebih serasi dengan pc tua yang dah lama berada disisi. padahal dia tu jakun tak reti guna kata kurang selesa hahhahha...... 

3 hari tak online macam-macam benda yang jadi dalam negara ku tercinta ini. Emmmm..... entah la dunia sekarang nih macam-macam kejadian yang berlaku. Agaknyer .. betul la tu dunia dah berapa di penghujung perjalanan. 

Izinkan daku berlalu pergi. Nanti dah pulih boleh le kite bersua lagi di alam maya.  Akak bai, bai dulu k.

Wednesday, July 4, 2012

Paginyer Baik Petangnyer Buruk


Semalam emosi cik melor berada tahap amat baik, amat gumbira dan kalau boleh rasa nak lompat tinggi-tinggi, dan kalau boleh nak je capai hujung awan tu, Nak guling-guling dalam lembut gebu awan. Tak dapat di gambarkan kegumbiran belah pagi tuuuuu..... Masih tak sedar diri jugak tu, asal gumbira nak lompat aje kerjanyer, awak tu double xl kang ada yang susah nanti kih.. kih..kih....

Mesti senah nak tahu apa benda yang buatkan akak gumbira yang amat sangat. Semalam akak dah rewardkan diri dengan 1 hadiah yang tak tercapai dek akal sendiri .  Rasa bangga kerana dapat beli benda yang berharga macam tu hasil dari keringat sendiri. Kagum sungguh nih huhuhuuh...... Tentang reward nih akak melor cite lain entry wokeh. Senah tunggu tauuuuu...


Belah petangnyer, kita dapat call dari sekolah. Katanyer sidara ku jatuh tangga dan pergelangan tangannya bengkak. Pihak sekolah minta kita datang ambil sidara tuh. Memandangkan waktu sekolah lagi 1/2 jam nak tamat  campur dengan 2 orang anak kecil kitak tengah beradu, terpaksa la kita buat t keputusan yang berat. Suruh aje si dara tu balik dengan Van. 1/2 jam jugak le si dara tu menanggung sakit sendirian. Nak buat macamana ibu tak terdaya. Bila dah balik kena tunggu le pulak tuan pengarah balik dalam kul 9 malam bawak gi klinik. Doktor bagi ubat tahan sakit, esok suruh gi x-ray kat DSH.

Al kisahnyer tuan pengarah lak pagi-pagi lagi kena kerja luar. Makanyer kita la yang kena hantar sidara ke hosspital. Pagi tadi gi la x-ray tangan sidara tuh. Berita buruk yang akak terim, pergelangan dia patah dan perlu di simen.

Doktor sarankan kita balut tangan sidara supaya tak bergerak takut tulang dia makin teruk. Entah betul ke tidak cara balut tu harap-harap dapat membantu. Sekarang nih akak tengah tunggu tuan pengarah balik dari putrajaya nak bawak sidara gi simen tangan. Hai lambatnye masa bergerak. Hai lambatnar tuan pengarah balik. Hati kita dah tak keruan nih.

 Adusss hati ku tak keruan. Bye


Tuesday, July 3, 2012

Alter Your Jeans Here.


Saje je nak eksen, senah jangan le marah. Tajuk je orang putih huhuuhuuh....... Kekadang gatai gok nak tulisssss bahasa oram putih. Broken-broken sesekali tak peeeeekan senah. Senah baca je la diam-diam kalau tak paham tu buat-buat je la faham. Anguk-angukkan kepala mu senah, kunun-kunun nyer faham hihiihii.... Sayang senah tau.

Tu hari ada yang minta, maka dengan penuh syahdu nyer akak buatkan n3 cite pasal alteration di CMelor's shop. Ini jeans yang akak baiki bulan nih. Kalau dah alter seluar tu tak de la benda lain yang tukang alter kena buat, potong kaki, kecik kaki, besar kaki, sambung kaki aje la kan. So jeans kat atas tu akak melor potong dan kecilkan kakinyer mengikut arahan si pemakai.

Senah tau tak,. Buat bisneh alteration ni boleh tahan masyukkkkk dia tau. Tak caya??? cuba gi alter jeans senah kat kedai tau le nanti huhuhu..... Akak melor pernah baca pasal alter jeans nih. Macam-macam cara alternyer senah wehhh.... Bukan takat potong, kecik, besar, sambung kaki je. Cerite tak pandai, senah goolge sendiri la kalau nak tahu. Kagum la akak melor bacanyer. Lepas tu kan mula la dalam kepala otak akak melor ni berselirat dengan idea bernas + hampa hahhahha.... faham-faham le sendiri senah ooiii.... Klu dah mata hitam akak melor bertukar bentuk dari bulat jadi rm hahhahha...... Agak-agak nyer akak melor kena gi belajar cara nak alter jeans la pulak ye.

Nanti akak melor tayang alteration yang lain pulak tapi nek nteri la ye. Jangan jemu tunggu dan baca ya senah. Akak melor cau dulu ya nok gi godek mesin baru la. Bye.