Friday, June 29, 2012

Cara Mudah Buat Kompos


Jumaat penghulu segala hari. Emmmmm...... ada masa luang sikit dapat la akak belek pokok-pokok di laman. Sejak akak buat keputusan untuk relax jahit bulan posa, akak dah tak ambik tempahan pelanggan. Ramai yang tpon dan merayu akak senah ooiii.....minta jahitkan baju diaorang, tapi akak tetap keraskan hati kata tak boleh ambik lagi. Huhuhu...... u no mi jiwa lembut tau. Biasanyer akak susah nak tolak permintaan orang, tapi kali ni akak keraskan hati baca tu "akak keraskan hati". Jadi akak berjaya dan merasa amat bangga kerana berjaya menolak permintaan orang senah tau

Dah lama geram nengokkan pokok -pokok di laman. Bila ada masa luang sikit tu, akak pun mulakan operasi. Semalam akak recycle tanah lama a.k.a tanah  yang dah digunakan untuk tanam balik pokok baru. Sebelum tanam pokok baru akak kena la sediakan tanah tu. Proses nak buat tu boleh tahan la penat nye. Tapi minat punya pasal dan kedukut punya akal, akak buat la juga walaupun penatnyer boleh tahan.

Tinggal di KL ni semuanyer kena beli, kena bayar waima nak tero semol water pun depa cas 30 kupang. Sendiri mau ingat la hihiihihih.... Selagi boleh jimat dan tak menggangu orang lain makanyer tak salahkan kalu kite berjimat. 

Beli tanah baru kat nurseri tu kurang-kurang 1 plastik bag regenyer dah rm 2.00 tu untuk tanah merah aje. Beli kena 2. 1 merah 1 hitam. Kalau nak tanah tu cantik dan subur kena lak beli tambah tanah yang kat nurseri pasaraya tak silap akak green man rege dia kalau tak silap rm2.99 @ rm3.99 untuk 1 peket kecil je. Renung-renung kan lah berapa kite kena kluarkan budget semata-mata nak tanam pokok baru tu belum lagi kos beli anak pokok baru dan baja.

So mari akak ajar cara nak buat kompos @ suburkan tanah lama yang kite ada supaya dapat berjimat. Memandangkan akak tinggal di bandar dan takde ruang maka akak buat cara yang paling jimat ruang, jimat kos, dan jimat masa. Akak campur semua tanah lama dalam pasu yang dah x di gunakan tu dengan daun-daun kering dan baru, racik bagi halus supaya tak sakit mata memandang dan proses kompos tu cepat, Tak lupa gak akak + habuk kayu hamster, serbuk kayu dari plasik cendawan jiran sebelah sekali. Gaul sampai rata macam kite nak buat kek tu tapi jangan masukkan air la. Bila dah rata dan puas hati dengan hasil kerja tu simpan tanah tersebut dalam bekas. Suka hati la nak simpan dalam bekas apa yer. Sesekali siram air bagi basah tanah tu.

Kalau rajin tangkap cacing masukkan dalam bekas tanah yang kita buat tu supaya proses penguraian lebih cepat berlaku hahahhha...... Tanah ni dah siap untuk digunakan. Kalau ikut pakar, kompos tu kena tunggu betul-betul reput baru boleh guna. Seperti yang akak kata sebelum ni jimat ruang , jimat kos, jimat masa, maka ini lah cara akak mengikut pengalaman sendiri.Cuba lah sendiri baru kite boleh tau betul ke tidak sesuatu ilmu yang di kongsi tu.

Tak lupa akak kongsikan sekali gambar pembantu akak yang agak berat nak menolong kerja akak semalam. Bergaya aje lebih dia ni tau.


Monday, June 25, 2012

Bye-Bye My Love....

pokok-pokok yang dah bye-bye sama akak

Amboi tajuk bukan main lagi wehhhh......  hahhha bukan apa senahhhh. Akak nih dalam berhiba. Semalam akak dah sedekahkan pokok-pokok bunga akak to kawan baru kenal. Dia nih baru beli rumah, dapat pula corner lot dan punya pula minat yang sama iaitu "hijau-hijaukan laman mu". So akak hadiahkan lah pokok-pokok milik akak sebagai salam perkenalan. Walaupun begitu hati akak rasa sikit terganggu lah. Ya la hari-hari pokok-pokok tu akak duk belai dan jaga  macam jaga anak sendiri. Tiba-tiba di kasi orang tentu la jiwa tu ada sikit rasa hiba. Well u no mi, ai ni kan jiwa nyer halus, sensitif la katakan.

Kena pula masa diaorang datang tu akak tengah duk leka menanam bunga. Tanam balik mana-mana pokok yang dah mati dan rawat pokok-pokok yang mana tak berapa nak sihat tu. Ni gara-gara akak sibuk la, maka nyer pokok-pokok akak tu tebiar. Di + pulak dengan kucing yang jadikan pokok-pokok akak tempat mereka melepas. Banyak yang mati tau. Hai nasib badan. Dia orang ni pun satu tahu bela tapi tak tahu nak jaga. Yang si kucing ni lak, rumah sendiri tak nak melepas rumah orang juga yang dia cari. Huh.... menci tul.

Entah apa yang di ngarutkan oleh akak nih. Sabar aje dan teruskan lah pembacaan mu ya senah. Jumpa lagi di lain n3 bye.

Sunday, June 24, 2012

Manik Tabur Dizzy Fizzy


Menunai janji?. Tu hari ada la antara pembaca blog akak yang minta di postkan aktiviti berbeading akak yang tak seberapa tuh. Untuk pengetahuan senah, timah tijah dan dot... dot...dot, akak ni bukan lah beader yang hebat. Akak akan berbeader bila ada permintaan begitu juga dengan sulaman ke, kraf ke, alteration ke dan apa-apa saja lah bila ada permintaan. Cam pakcik semua ada maskot astro je kan. Semua nyer ada, semuanyer akak buat huhuuhuh.......Agak-agak mau ke astro ambik akak gantikan maskot pakcik semua ado dio orang tu dulu dengan akak yang macam-macam ada  ni hahahha......

Kenapa nama nyer manik tabur. Sobab bila menjahit manik tersebut kite perlu menabur, Ala -ala nak tabur padi baca sini. Bila menabur tu kena la ikut corak kat baju/kain supaya tak jadi pelik bila dah siap. Bukan tabur sebarang tabur ya melah. Tabur nyer berseni dan ada strategi. Baru lah masuk dan terpukau mata memandang. Huh!!!!! ada berani tijah nak upah akak jahit manik baju memasing hahhahha.

Jangan terkejut temah akak melawak je. Tapi itu la hakikatnyer, jahit manik ni walaupun nampak senang tapi beri cabaran la pada tukang jahit manik untuk menghidupkan manik yang dijahit tu. Sakit belakang, pinggang dan mata jadi kabur tu mainan biasa bagi sang beader. Belum lagi kalau yang manik berbunga-bunga dan crumble mambe. Uhhh.... boleh poning di buaet nyer ehhhhh...

Ini baju kusssstomer akak. Dah lama dia ambik tapi akak ni aje yang lambat nak postkan. Kenape jadi gitu?, sobab utama nyor gambar tu tak cantik. Asal ambik gambar je tak jadi asal klik je tak jadi. Tu buat akak frust dan takde mood nak post kat blog. Menci akak nengoknye. Tengok beader lain punyer gambar ya Allah cantik sangat. Rasa kecik je diri akak ni tau, bila akak bandingkan hasil kerja akak dengan mereka semua senah ooiii..... Jealous akak rasa, kena gi belajar nih agar akak pun setanding mereka. 

Sekarang nih akak ada 3 pasang baju yang nak kena jahit manik  semua nyer masih dalam proses lagi. Besar harapan akak nih supaya senah sabar menanti tuk tengok hasil terbaru jahit manik akak tu. Buat mereka yang bertanya dan mencari posting pasal alteration tu nanti lah akak buat kan satu label Alteration untuk senang  u olls nak cari ya. Haik... banyak tul permintaan dari pembaca nih, tetiba akak rasa glamo lak senah hihihihi..... c u nek ntri bye.

Tuesday, June 19, 2012

Red Dress


fuh....fuh...fuhhhh... bunyi akak tiup debu-debu yang mula nak menempek di blog ni senah oii.... Hampir seminggu jugalah tak mengaruk disini. Rindu rasa akak nih. Banyak benda nak cerita tapi tak tahu mana nak mula dan cite yang mana dulu nak cite. Wah... wah ....macam banyak sangat akak punye koleksi cite nih. Sabar je la senah dengan cite bebelan akak ye.

Sila tengok gambar kat atas tu. Akak nak cite pasal gaun merah tu ya. Ayoooo..... penat + letih + sakit kepala akak nak siapkan gaun-gaun tu semua. Rasa nyer tobat akak tak mahu lagi ambik tempahan macam tu lagi. Dah la material nyer susah nak handle. Masa yang di beri lak ciput je. Kalau akak ni menjahit sepenuh masa dan ada assistant rasanye perkara ni kacang je. Memandangkan akak menjahit ikut mata si makcik google benda-benda tu semua jadi tekanan buat akak. Rasa nak nangis je tau. Dalam gitu pun akak tetap teruskan tanggungjawab akak sampai siap gaun-gaun tu semua. Lega tau bila dah selesai cuma tunggu tuan dia bawak pergi je. Bila dah tak kelihatan di mata baru lah akak betul2 lega. Aaaaaaaa..... leganyer macam kata hero akak hihihih......

Kan senang kalau akak ni macam pompuan dalam cite orang putih tu. Goyang-goyang hidung dia je terus jadi apa yang di hajati. Kalau akak ada magic gitu, emmm..... faham-faham aje le apa yang akak akan buat hihiihiih.......

Bila buat kerja tak ada due date akak rasa gembira, sambil -sambil menjahit boleh berblog, boleh godek-godek bunga di laman, pendek kata boleh buat apa saja la untuk selinggan bila rasa tension masa menjahit tu. Masih banyak lagi tempahan yang perlu akak siap kan sebelum puasa. Nanti puasa akak tutup kodai sehingga raya. Lepas raya baru kodai akak beroperasi semula. Bab berblog akak sentiasa on je huhuuhhu..... c u nek eteri k. bye

Monday, June 11, 2012

Tutu Skirt Ekor Guppy


Apa nak panggil benda ni nih. Nak kata tutu skirts tak berapa nak tutu. So senang cerita akak panggil je lah tutu ekor guppy semperna ikan guppy belaan akak kat depan rumah tu hahhahah...... selesai semua masalah. Sebenarnya skirt nih lebih kepada tali pinggang, sebab kita boleh tanggalkan macam belt yang orang lelaki pakai tu. Kehendak pengoder, akak ikut aje.

Eh.... eh... eh senah tak setuju. Nak penerangan pula. Ok, baca nih ya. Perasan tak ikan guppy nih kalau yang jantan nyer ekor dia cukup cantik cukup menarik. Tapi yang betina tak menarik. Lumrah alam yang jantan perlu berekor cantik untuk menarik si betina. Sama juga dengan ikan laga, bukankah ekor ikan-ikan nih amat menarik dan cantik. So akak melor letak la nama tutu skirts ekor guppy lagi pun akak yang jahit dan akak yang reka. Suka hati akak la nak letak nama apa ya. Senah jangan marahhhhh nanti cepat tua. Senyum sikit. Kan cantik gitu macam ekor ikan guppy dah senah nih hihiihi.......

Senah pernah tak tengok ikan laga? Cantik tau ikan nih dan tak cerewet untuk dibela. Senah ada pengalaman cari dan tangkap ikan laga ?. Uuuuuiiiiii akak melor  pernah tau. Nanti lah lain n3 akak cite pasal ikan-ikan ni. Itu pun kena tengok mood akak juga lah ya hiihiiih.....


Dan sesi mengayakan tutu skirt ekor guppy handmade by cmelor sebelum tutu tu semua di ambil pengodernyer. 3 permata hati akak ni jadi model gaya bebas. Layan je la aksi mereka nih sebagai hiburan tanpa wasangka k.

Saturday, June 9, 2012

@ Pizza Hut

masa makan - bagi kuliah ke anak dara akak adab-adab di meja makan
N3 suka-suki nak hilang tension. Meronda tengok lampu dan makan-makan apa yang patut. Akak berempat aje, tuan pengarah dah terbang ke seberang laut jadi keboringan melanda kami. Anak-anak akak minta nak makan pizza jadi malam tu kami makan pizza. Sekarang nih pizza ada buat offer "hari-hari makan percuma untuk budak yang ketinggian +- 120 cm @ free bila bil lebih dari rm20 untuk satu anak "meal for kids" je la. Jadi hero akak malam tu dapat makan free. Selamat 10 hengget  Huhuhuh.....kedukut punya mak.

Makcik google tersenyum kipuk dapat makan spagetti bolognese kongsi dengan kakak my anak dara dan hero makan spagetti carbonara. Akak macam biasa la pizza untuk sorang makan "personal" kongsi gan kakak..

Lepas makan kami jalan-jalan sekali akak jumpa satu kedai jual baju bebudak pompuan. Ya Allah senahhhh..... akak punya la suka nenggoknya rasa macam nak lompat-lompat masih lagi tak sedar diri tu, suka je nak lompat, asal suka je nak lompat. Aloo ahkak bawak la mengucap sikit, awak tu saiz double xxl. Di buat nyer runtuh komplek tu sapa yang susah hihihihi....

 aktiviti main air lepas makan. Sayang akak punya gambar takde nak buat macamana, akakkan camerawoman hahah...
Senah tahu kan, impian akak ni nak buka butik kanak-kanak. Di sebabkan masa dan tanggungjawab yang tak boleh di elakkan terpaksa la akak pendamkan dulu impian tu. Tunggu anak-anak besar dulu baru boleh akak mengorak langkah. Buat sementara nih akak buat secara online dan offline dari rumah je. Kiranyer akak nih bekerja dari rumah aje. WAHM work at home mum gitu. Jangan marah senahhhhh akak selit iklan lagi. Nak harapkan sapa  promote kalau tak diri sendiri kan senah.

Monday, June 4, 2012

Eksotik Aechmea


Cantik tak senah ?.  Selinggan lagi buat hilang penat tika menjahit huhuuhuuh..... Nasib baik akak tak buang hari tu, masa orang nyamuk suruh buang sebab pokok nih ada menangkung air dalam kelopak daunnye. Bunga sulong nih, sebab tu akak melor excited sangat. Masa tahu pokok ni dah berbunga akak rasa nak lompat-lompat. Nasib baik akak cepat sedar diri senah, kalau tak .... mau lantai porch akak tu berlubang akibat dari lompatan maut si hippo hihihi.......

Akak melor dapat benih pokok ni dari jiran sebelah. Jiran akak ni suka tanam pokok bunga sehingga dia boleh buat bisneh jual bunga, service pokok dan laman kat orang yang berminat. Base bisneh dia hanya di rumah je tau. Kiranya macam akak melor la juga work at home mum (WAHM). Sikit-sikit promosi takpa kan Senah.

Pokok bunga ni dari spesis genus aechmes berasal dari famili tumbuhan bromeliaceae merupakan sejenis tanaman eksotik. Berasal dari hutan belantara di Amerika Selatan terutama  yang beriklim tropika seperti Brazil dan negara berdekatan. Sikit info pasal pokok aechmea untuk yang berminat nak tahu. Yang tak berminat tu pun tak salah kalau ambil tahu, tambahkan ilmu di dada. Kalau nak tahu cara tanam pokok nih senah selalu la singgah sini ya. Ok lah dulu akak nak gi sambung jahit banyak lagi yang belum siap nih. C u nek nteri bye.