Thursday, May 31, 2012

Handmade Yoyo Snap Clips


6 hari tak update blog. Sibuk sikit, kerja-kerja projek kedua dah bermula. Akak melor ada masa 2 minggu aje untuk siapkan tempahan tu. Alhamdullilah, semalan akak dapat sudahkan 6 helai ekor guppy. Lega sikit rasa hati. Lain n3 akak melor cuba postkan ekor guppy tu. Apa, senah nak tengok sekarang? Sekarang tak boleh la. Akak belum ambik gambar lagi. Tak sempat la senah. Lepas nih akak melor kena siapkan 6 helai dress beropol, lenggan samba, vest dan lain-lain. 

Akak melor ada rasa sikit susah hati la senah. Tiba-tiba lak kesihatan akak melor kurang baik. Takut la di buat nyer melarat mau terbengkalai kerja akak ni senah. Harap-harap akak melor dapat bertahan dan cuba untuk siapkan. Amanah orang tuuuu senah kena jaga weh.hhh... Akak punya reputasi pun kena jaga jugak senah wey.... Maklum la nak jadi tailor untuk jangka masa lama hahhaha.....

Mesti senah tertanya-tanya. Apa pula kena mengena gambar kat atas tu dengan cerita yang di taipkan. Sebenarnya akak melor nak cite + menayang. Kiranya untuk meriliskan tensen akak melor tika menjahit. Akak buat la kraf sebagai stok untuk kedai maya dan sebagai contoh kraf buatan jemari akak. Kalau senah rasa-rasa nak order pun boleh. Akak terima tempahan juga. Ok la senah akak nak go tu slip now. Tumoro moning-moning akak mas tu wekap. Coz bifor baby wekap akak mas du jahit-jahit hihiihiih. bye.

Thursday, May 24, 2012

Hasil Kerja Tu Hari


"Ku lihat hijau". Walaupun terlambat senah, akak nak juga postkan kat sini dan menayang hasil jemari keras akak melor nih. Gambar ni akak rembat dari fb sorang mak datin. Hahahhahah... mak datin u jangan marah ai si tailor sudah rembat u punya gambar ya. Bukan nak bawak jumpa bomoh ok. Sekadar nak postkan kat blog ai ni je.  

Senah, ingat tak akak melor ada post kan 1 n3 pasai rezeki seluar aladdin. Ni la bebudak yang pakai hasil kerja akak melor tu hari. Tak semua la akak yang jahit. Akak jahit tang seluaq je. Tang baju akak terpaksa tolak sebab takut tak sempat siap senah. Maklum la selain jahit seluaq tu, akak pun ada tempahan lain yang perlu disiapkan ontime. Kalau mak datin ada terbaca blog ai si tailor ni, ai nak say, teng kiu lot-lot coz u believe mi tu kerjakan kain-kain u. Mak datin please don laugh coz ai spiking lundon hihihi....... Tiba-tiba akak rasa nak spiking lundon je senah. Senah pun jangan la gelakkan akak melor. Sesekali akak pun teringin tau.

Sekali lagi akak di beri kepercayaan untuk buatkan baju untuk group mak datin nih, So sekarang ni akak melor sibuk nak siapkan projek terbaru nih sebelum bulan 7 dan dalam masa sama kena siapkan juga  tempahan yang sedia ada. Nanti kalau dah selesai semua, akak akan cuba tayangkan hasil projek kedua akak melor kat blog. Senah selalu-selalu la singgah kalau nak nenggok nyer ya. 

Akak melor rasa sangat penat tapi apa nak buat ni jalan yang akak sendiri pilih. Nak tak nak akak terpaksa teruskan jugak senah. "Sekali kaki melangkah akan terus ku melangkah. Tak akan berundur selagi boleh melangkah." moto dalam diri akak bukan motosikal ya senah hihihihihi......  bye senah c u nek n teri ok.  

Monday, May 21, 2012

Aghh.....Lagi Sekali Kena


Nampak tak gambar kat atas tu. Aaaa... tu la perasaan akak melor sekarang. Panasssssss...... . Sapa yang nak di marah nih google atau blogspot. Ahhhh..... tak kira siapa atau apa yang pasti akak tengah hoooootttttt sesangat...... Apa tak nye tengah ralik duk taip n3 untuk kedai akak tiba-tiba template kedai akak bertukar gan sendiri. Hilang semua keindahan blog akak tu. Tunggang langgang semua jadinye. Try buat balik pun dah tak dapat. Akhirnya akak terpaksa la pakai template yang di sediakan blogspot tuh. Huhhhh.... panas betul hati nih.Dah la akak ni golongan lemah tenet. Mau nyer bertahun nak godek-godek cari yang terbaik semula. Sapa tau meh cite kat akak ni kenapa google @ blogspot duk buat kelaku macam tuh. Menyusahkan akak je lah.

Friday, May 18, 2012

Yang Terindah


Yang paling cantik dalam simpanan akak melor. Di ambil pada 22 nov 2009 pada pukul 3:02 pm dengan kamera caplio R1. Kamera digital pertama milik akak. Hadiah harijadi dari arwah suami untuk akak melor. Gambar ni tak diedit semuanyer original. Cantik tak?

p/s - sekadar untuk cuci mata dan cuci minda setelah seharian penat merempit dengan mesin tua ku itu hahaha...

Wednesday, May 16, 2012

Tenggek Burung - Tanam Sendiri

 google punya tenggek burung

Pagi semalam sempat menjengah tanaman akak kat belakang rumah. Hai kasihan nenggoknye, dah hampir pengsan pokok tu semua. Gara-gara tuan nyer sibuk menjahit. N3 kali ni nak cerita tentang pokok ulam yang namanye tenggek burung. Namanye gitu sebab ada burung suka duk betenggek atas pokok ni. More info sila google sendiri ya hahahha....

Selalu akak melor beli bila ada hari pasar tani area rumah. 1 ikat seringgit. Seikat tu boleh 2 kali makan. Tenggek burung ni mudah layu dan kecut tak sesuai untuk simpan lama. Akak melor suka makan segar. Dah namanye ulam mesti la nak makan segar bugar kan. Rasanya masam-masam kelat dan ada rasa pahit-pahit sikit gitu. Sedap kalau di kenakan dengan sambal belacan.
Satu hari tu akak jumpa orang jual anak pokok tenggek burung nih. Akak tak lepaskan peluang terus akak beli. Walaupun mahal akak sanggup beli semata-mata nak dapatkan ulam segar. Suka makan punya pasal mahal pun sanggup beli. Dan hasilnya akak melor dah tak payah beli lagi ulam tenggek burung ni.. Rasa nak makan je akak gi petik kat belakang rumah. Sudah nye, tengok la pokok akak tak secantik pokok dalam gambar di atas sebab selalu kena petik huhuuuu........

 akak punya tenggek burung

Banyak khasiat ulam ni senah ooiii..... Senah kalau nak tahu lebih tentang khasiat tenggek burung ni kena  la google sendiri ya. Akak melor malu la nak tulis hihiihih...... yang pasti ulam ni baik untuk pesakit darah tinggi

Tuesday, May 15, 2012

Uhhhh......Kenapa Yek?



Kenapa tiba-tiba rasa nak pergi potong rambut hero?
Kenapa hari nih rasa rajin sangat nak gi potong rambut hero
Kenapa kedai potong rambut bawah bukit tutup?
Kenapa kedai potong rambut atas bukit tutup?
Kenapa aku parking kete kat situ?
Kenapa aku ikut jalan itu?
Kenapa..... kenapa..... kenapa.....
dan 
Kenapa aku jumpa mereka??????

Friday, May 11, 2012

Dah Tua Agaknya Asyik Lupa Je....

Semalam kuuustumer akak datang ambik baju-baju beliau sekeluarga. Sepatutnya baju-baju tu due date nya sebelum bulan jun. Tup-tup akak melor dapat call minta disiapkan sebelum hari ahad ni. Macam lipas kudung la akak sudahkan baju-baju tu. Semuanyer 5 pasang, nasib baik lagi 2 pasang still due date nye sebelum bulan jun. kalau tak, mau akak melor nangis dan mula la akak buat janji sambal belacan lagi hahahah..... Tau tak apa tu janji sambal belacan senah?

Akak melor berangan lepas siap baju-baju tuh, nak la posing-posing kan kat patung akak tu. Ambik gambar untuk kenangan serta tempek kat blog akak nih. Akak melor ada juga tanam dan tabur manik kat jahitan kali ni, tu yang rasa terkilan sangat tak ambik gambar. Sebab ada permintaan supaya hasil kerja akak di tempek kat blog ni. Kalau tak de yang buat permintaan pun akak melor tetap nak tempek hasil tangan akak tu. Modal tuuuu untuk akak berbelog hihiihih. Tapi sayang akak lupa ambik gambar laaaaa. Tak boleh nak tayang  hua... hua.... hua....

Lagi sorang kustomer akak,  bagi 4 pasang kain  kata nyer "siap bila-bila pun takpa". Tup-tup akak terima call "akak boleh ke siapkan sebelum 20 mei" ayo-yo. Lagi sekali akak merempit dengan mesin tua akak. so bulan nih jadual akak penuh. Sampaikan satu masa akak cakap ngan tuan pengarah "penat la jadi tukang jahit nih, rasa macam nak resign". Tuan pengarah hanya senggih sumbing tanpa kata-kata. Tentu dalam hati dia berkata-kata "padan muka sapa suruh, dulu dah cakap, larat ke?. Awak tak dengar nak juga buat sekarang dah mengomel. Tanggung rasa sendiri la".

7 pasang dah siap tinggal lagi 4 pasang cukup la untuk bulan nih. Harap-harap akak tak lupa ambik gambar yang 4 pasang nih. Nanti boleh tayang kasi senah nengoknye. Ingatkan lepas siap semua akak melor nak relax sekejap. Tutup kedai dalam seminggu 2. Tapi kan senah, tak boleh tutup kedai juga la  Semalam akak terima lagi tempahan untuk 2 helai maxi dan tutu skirt dalam 20 pasang, Nak buat macamana akak ni , golongan lemah hati. Tak sampai hati nak tolak permintaan orang. Tambah-tambah lagi dari kenalan Hu..hu..hu... janji sambal belacan lagi laaaaaaa akak nih senah.

Wednesday, May 9, 2012

Emosi




Tak tahu nak tulis apa senah, yang pasti nye akak melor tengah beremosi. Bukan sikit tau ,tapi banyak emosi nye macam beribu-ribu lemon banyak gitu. Balik dari ambik hero di sekolah akak melor duduk depan pc. Dah memang kebiasaan tengok tenet sambil layan anak-anak. On kan fb nak le tengok apa yang patut. Sekali jumpa 1 video yang di share. Klik dan ya rabbi zalim betul kelakuan manusia itu. Akak menangis tak sanggup nak tengok. Terus akak stop video tu.
 
Akak memang dah janji tak mau tengok benda-benda yang boleh buat akak beremosi. Tapi tengok juga. Janji sambal belacan la akak ni senah. Pesan akak melor pada senah dan mereka yang guna khidmat maid atau pusat jagaan kanak-kanak. Berhati-hati dan buat la sesuatu untuk mengelak dari anak -anak anda menjadi mangsa penderaan. sob...sob... sob bunyi tangis akak tau.

Nak gi sambung jahit la harap-harap emosi akak tenang balik.

Saturday, May 5, 2012

Kemboja Ku Jadi Header

Tak terfikir pula selama nih nak abadi kan gambar-gambar indah dalam simpanan sebagai header. Duk la tempek gambar google punya. Kan elok guna hasil sendiri. Ada juga pekdahnya klik sana klik sini tu. Sekurang-kurangnya dapat tengok hari-hari. Dan mula la verangan "Ahhh ... pandai juga aku ambik gambar cantikkkk" hahahah.... Sila jangan muntah ya.

Bunga kemboja tu sebenarnya bunga yang gugur dari pokok yang akak melor tanam. Tanam tepi pagar  depan rumah, dalam pasu je. Miskin tanah la katakan senah oiii..... Pepagi bila nak hantar hero gi sekolah akak mesti cium wangian bunga nih dulu. Kalau ada yang gugur akak akan kutip satu-satu bawa masuk kereta dan letak atas dashboard. Nanti bila on aircond, kereta akak akan berbau wangi kemboja tu. Tiba-tiba rasa macam ayuuuu aje tika tu hahahhaha... lagi sekali senah jangan muntah ya

Apa??? senah nak tahu cara tanam. Alaaaaa..... tak susah nak tanam kemboja nih, Asalkan kita ada batang matang boleh la cucuk dalam tanah yang lembab letak di tempat teduh. Nanti hidup la dia. Kalau nak senang lagi. Gi aje mana-mana nurseri n den huluq duit angkut bawa balik hihihi.... Sah-sah la pokok tu tak akan mati. Kalau yang cucuk tu antara 50-50 hidup dan mati nyer hahahah..... Jangan marah akak gurau aje.

Cuma satu je sepanjang pemerhatian akak melor la. Pokok kemboja ni mudah kena serang penyakit daun. Nak kena perhati selalu dan buang daun-daun kena penyakit tu jauh-jauh kalau tak pun bakar aje. Siram dengan air beras dan ofkos la baja bunga  serta baja yang macam biji sawi tu untuk pokok kite cantik dan berbunga selalu. Aloooo senah ada faham ke?

Wednesday, May 2, 2012

Kerana Kasih Mu Tuan....

 pinjam gambar pakcik google jap

Akhir-akhir nih tuan pengarah suka tolong akak melor di dapur. Mungkin kerana kesian tengok akak ni yang tak menang tangan nak urus rumahtangga, nak uruskan anak-anak terutama makcik google nak berkepit dengan akak je kerja nyer, nak siapkan kerja jahitan akak lagi.

Nak di jadikan cerita, satu malam tu tuan pengarah masak sambal tumis ikan bilis. 1 periuk senah oiii....guna pula cili kering baru. Katanya masak sekali gusss senang kerja. Simpan dalam peti sejuk, panaskan sikit-sikit bila nak makan. Supaya akak senang nak makan, tak de la terkejar-kejar dengan anak-anak time masak. See besar sungguh kasih mu tuan pengarah hihihiih....

Akak memang suka makan masak sambal tumis. Tak kira la sambal sotong, udang, ketam, ayam,  ikan, daging  janji pedas semuanya akak bedal. Kesukaan akak tuuu senah oiii...Tak hengap donia akak makan senahhh. Lupa terus sopan santun ketika bersantap. Telan macam buaya lapar hihihih..... 

Apa saja makan mesti ada sambal tu. Padahnya 2 hari dah akak melor ilang suara senah. Nak bermanja-manja dengan tuan pengarah pun akak melor naik malu senah. Apa tak nya dah macam suara bapok jadinya . Garau semacam. Telinga akak sendiri pun  sakit bila dengar. Nasib badan akak la ye.