Friday, April 27, 2012

Haaaiks Geramnya Akak...

Dah le hati tengah bergundah gulana, eh.eh eeeeeeehh.... dia pulak buat hal. Ini dah boleh mendatangkan marah ni. Pa kata senah, patut ke akak marah? Emmmm akak tenggah hottt nih. 

Citenye gini, semalam akak duk la melayan gundah hati ni. Akak pun blog walking. Tengah sedang seronok membaca akak terklik pergi ke isi perut blog akak. Terus terbuka bahagian template. Akak nampak ada satu template baru so akak buka template baru tu. Nak la tengok secantik mana rupanya tu. Tak de la akak godek mana-mana pun jas buka je. Bila akak tutup,  tup-tup akak punya blog sudah tukar jadi template lain. Koler merah lak tuh huikkkk....... tak kenan langsung akak. Akak cuba dapatkan balik template asal tapi tak berjaya. Musnah sudah segala impian akak senah. Ni yang buat tambah hiba hati akak nih hua..hua..uhauu...

Selera akak nih suka putih, kemas dan teratur. Apa yang penting  template yang hilang tu ringan . Tak berat macam sesetenggah template. Tu yang buat akak sayang tuuuu. Senahhhh tulun akak.....

Wednesday, April 25, 2012

Handmade 1st Yoyo Keychain



Suka dengar lagu nih senah. Tambah-tambah dengar ketika hati sedang bergundah gulana. Walau tak faham irik nyer tapi akak melor suka dengar. Dalam bahasa kita pun lagu nih ada di rakam tajuk dia "ku ingin bahagia"  nyayian rina rahman. Kalau tak salah la.

Sehari 2 lepas dapat perkhabaran yang amat meninggalkan kesan di hati akak melor. Sehingga ke n3 ni di tulis hati akak melor masih lagi bergundah gulana. Berat juga ujian kali ini. Rasa tak tertanggung oleh jiwa kecil akak ni walaupun badan akak sememang nyer besar  senah, hihihi. Sempat lagi buat lawak tu walaupun hati dalam kesedihan. 

Untuk lupakan kesedihan di hati akak buat la apa yang akak suka. Akak teruskan menjahit sambil fikiran menerawang jauh. Sempat la juga akak curi masa kesedihan tu dengan buat kraf tangan. Kali ni akak buatkan handmade fabric keychain. Itu bahasa orang putih bahasa kita kata hiasan kunci dari kain. Kalau salah akak melor say sori la. Maklum la akak melor ni sekolah tak tinggi tapi bangunan sekolah akak belajar dulu memang tingggi. Gayat juga la akak bila kena panjat anak tangga nak masuk kelas.



Jeng! jeng! ku perlihatkan hasil jemari keras akak buat senah yang di sayangi dan di ingat selalu hihiihi.... 4 ketul keychain dari koleksi fabric akak yang masih bertimbun tu. Hajat hati nak jadikan stok untuk kedai maya akak. Kesian kedai akak senah oiiii..... dah lama tak de hasil yang baru. Jadi semalam dalam bergundah gulana tu akak sempat siapkan 4 ketul keychain sebagai mengubat lara di hati. Yang kaler kuning tu dah ada tuan nyer ye. Kalau berkenan yang lain bolih laaaa.  Nanti akak masukkan detail  tentang keychain tu dalam kedai. kalau nak tahu lebih lanjut tentang handmade keychain ni, jangan segan-segan bolih klik kat kedai maya akak ya.

Hilang jap kedukaan tu bila akak menulis. Nasib kau la labu, sapa suruh kau jadi labuuuu...... hihihihi.bye2.

Monday, April 23, 2012

Keliru Kite Jap

2, 3 hari akak tak update blog banyak benda berubah. Yang dulu baru boleh berjalan sendiri datang pulak yang baru terkial-kial la akak in senah oiiiii....... kena belajar semula la nampaknya. Apasal garu kepala senah? pening ke dengan bebelan akak nih.
Idak la senah oiiii.... akak ni tengah bebel kan pakwe google. Duk gi tukar itu ini sudahnya akak juga yang menderita. Ya la akak ni tergolong dalam golongan lemah tenet. Mau taknya akak idak terkeliru kalau datang macam-macam benda baru. Well u no mi, spiking lundon hihihih.... jangan mareeeeh

Akak nak gi mentelaah, mengali, mengorek ilmu tentang google baru nih jap. Nanti jumpa lagi lain n3. bye!bye

Thursday, April 19, 2012

Padi Ku Tabur Manik Yang Tumbuh

Tengok gambar di atas tu sungguh nostalgia kan. Terkenang pula akak melor zaman kanak-kanak. Masa tu terkedek-kedek akak berlari di batas padi. Di hembus angin petang. Mengail pula puyu dan sepat berbatang kailkan buluh dan bemban serta umpan belalang yang di tangkap di celah dedaun padi. Ohhhhh..... indah sungguh ketika itu.

Terasa diri macam izah lak. Alaaaaa izah dalam cite ombak rindu tu. Tapi sayang akak tak secantik izah dan kawin pun bukan dengan anak dato' yang kaya raya sehensem aaron aziz. Cerita hidup akak tidak la sesadis hidup izah. Kami lain, tak sama macam kata maya karim dalam iklan apa tah? lupa la. Apa yang awak melalut nih melor oiiii.... Pegang kuat-kuat senah akak kona baring nih nak balik ke topik asal hihihihi......

Suka sungguh tengok orang tanam padi. Part yang paling best sekali masa musim 'nyabut' proses cabut anak padi sebelum 'chedung'. Chedung tu, proses tanam anak padi dalam petak sawah yang berair. Part nih akak melor tak suka sebab dalam air tu ada lintah. Eeeeee..... akak geli la senah. Dari satu proses ke satu proses sekali sekala akak melor try juga buat menda-menda tu semua. Sekadar nak merasa keseronokkan nyer.

Keluarga kami tak ler tanam padi tapi ada buat khidmat sewa kabota sejenis pembajak tanah untuk di sewa pesawah. Kami hanya orang luar kerana mengikut ayahnda yang ditukarkan ke situ. Nak buat camana, cari makan senah ikut aje la arahan pihak atasan. Tapikan senah tak tersangka la pula, keluarga akak terus menetap di situ sehingga kini.

Ahhhhhh....... rindunya la akak melor kat kampung, bonda, kekanda , adinda, kawan-kawan, ayam itik, bunga-bunga serta pokok-pokok yang pernah akak tanam dulu. Tahun ni genap la 20 tahun akak melor tinggalkan tanah tumpah darah ku itu. Andainya aku burung pasti dah lama akak turbangggg pulang. Waaaaaa waaa akak nak balik kampung laaaaa. Rinduuuuuuu..... hua...hua...huaaaa....

Apa kena mengena pula tabur padi tumbuhnya manik nih..Senah nah tahu ke? aaaaa.... sekarang ni, akak pun menabur juga cuma akak tak tabur padi tapi akak tabur manik. Sama penat la dengan tabur padi tapi dua-dua nyer beri keseronokkan. Masa menabur manik akak masih lagi di tiup angin senah, tapi angin kipas laaa hihihihi. Tak der lintah tapi sekali sekala akak di ganggu nyamuk dan lalat. Seronokkkkk senah. Lega akak melor sekarang senah sebab dah siap menabur manik di 2 helai baju. Apa, senah nak tengok. Tak boleh la post kali nih sebab tuan dia belum tengok lagi dan masih ada beberapa pasang baju yang perlu akak tabur dengan memanik . Nanti lain n3 akak tunjuk hasil taburan tu kat senah ya.

Monday, April 16, 2012

La Cucur De Bawang

cucur bawangSambil-sambil duk menunggu makcik google balik dari ambik hero kat sekolah, akak melor sambung jahit manik di baju kussstomer. Penatnya akak nak menyiapkan manik tabur nih senah oiii..... Habis berterabur jadual seharian akak kerana manik tabur nih. Haiks nak buat camana dah kerja akak senah. Nak tak nak kena siapkan juga. Amanah orang tu senah oiii.....

Dalam pada tu tekak ni terasa nak makan. Nasi tak lalu pula. Macam ternampak-nampak cucur di pinggan. Sah la tekak akak ni nak merasa cucur senah. Nak kena buat nih. Selera kena di layan nanti dia merajuk akak melor juga yang susah senah......

meleleh liur makcik google nenggokkan la cucur de bawang akak ihiihihih......

Selongkar peti ais dan kabinet mencari apa yang ada untuk di buat cucur. La bilis dah habis rupanya. Yang ada hanya udang kering je. Ok takpa kita buat cucur bawang taruk udang kering. Best juga nih. Kalau senah tak pernah rasa cuba la buat pasti sehingga menjilat jariiiiiii.


akak pula yang meleleh liur nenggokkan makcik google makan. Tak boleh jadi nih.......

Apa, akak tak dengar la. Ooooooo senah nak resepi ya. Alaaaaa senah, bukan susah sangat nak buat La Cucur De Bawang + Udang Kering nih. Campur semua bahan kacau bagi sebati jadi la dia. Apa? senah nak akak tulis resepi jugak. Ok laaaaa, akak tulis resepi nyer. Tapi senah kena buat tau, jangan salin aje . Lepas tu simpan buat harta pusaka. Penat tau akak tulis Lagi pun ini resepi turun temurun keluarga akak. Kiranya rahsia la, tapi senah punya pasal akak bocorkan rahsia tu supaya senah dapat rasa kesedapan La Cucur De Bawang warisan keluarga akak ni. hihihiiiii.......

La Cucur De Bawang CMelor

Bahannya:

gandum
bawang besar
udang kering rendam tumbuk kasar-kasar
garam + gula
air suam

Caranya :
  1. gaul sebati semua bahan n biarkan seketika
  2. panaskan minyak goreng cucur sehingga kekuningan
  3. hidang mengikut citarasa senah bersama sos kegemaran
  4. apa lagi gap aje la sehingga gip cucur tu hahahhah...
hihihi jangan marahhhh........ I Luv U.

Friday, April 13, 2012

Penyakit Apa Nih ??????


Alkisahnya kawan merangkap jiran akak melor dah berhijrah ke Oman. Seronok la depa tuuu dapat merasa negara orang. Bila la agaknya akak melor ni nak merasa dan melihat tempat orang. Emmmm telan liur sambil veranggan aje la akak ni.

Walaupun tinggal setaman tapi kami tak selalu jumpa. Calling-calling bila perlu, chatting kat dinding fb bila terserempak. Sekali - sekala berkumpul sambil makan - makan buncitkan perut. Almaklum la masing-masing sibuk dengan dunia sendiri. Well u no guys hihihiih. Jangan marah aaaa..... ahkak melor spiking lundon sikit.

Dalam seminggu nih akak selalu ternampak-nampak mereka sekeluarga. Kadang-kadang tu akak nampak si mala simplicity tu. Ada ketika ternampak-nampak suami nya pula. Bila toleh lagi sekali oooooo...... rupanya orang lain. Ini membuatkan akak tersenggih-senggih sorang-sorang. Bahaya woooo.... kalau orang nampak pasti ada yang kata " apa hal lak makcik nih asyik sengih sorang-sorang" kan naya tu. Kalau orang tengah berchenta mungkin boleh kata mabuk chenta.

Akak melor ni pula nak kata mabuk apa???? Tolong habak mai sikit .......

Monday, April 9, 2012

Aku Letih - Siapakah Yang Bersalah

1,2,3 dan 4 hari akak melor tak menconteng dalam blog ni. Aluuuuuu ada yang linduuuuuuu akak tak?. Bila sibuk dah tentu-tentu letih. Bila letih dah tentu-tentu otak tak boleh berfikir secara baik. Bila tak boleh fikir dengan baik secara automatik nyer blog tempat akak melor meluah rasa ni tak berupdate. Siapa kah yang bersalah ?????

Sapa kata jadi surirumah kerja rilex. Alooooo senah ni akak melor nak bagi tau. Kerja sebagai surirumah pun letih apaaaaa. Kadang-kadang tu lebih letih dari kerja yang berat-berat kat luar sana. Nampak macam tak de apa yang di buat. Tapi 24 jam sentiasa bergerak. Selagi mata ahli rumah tak pejam selagi tuu la tugas seorang ibu aka surirumah tu onnnn je. Belum di + dengan ahli keluarga sakit. Lagi la tugas surirumah tu bertambah. Tambah-tambah surirumah yang seperti akak melor ni. Takda beban cari beban. Siapa kah yang bersalah?????

Tuan pengarah suruh duduk diam-diam jadi surirumah, ehhhhhh nak juga menyibukkan diri. Konon kata nak isi masa terluang. Alih-alih diri sendiri terjelir keletihan. Siapa kah yang bersalah ?????

Sejak tugas dah bertambah ni, akak rasa 24 jam yang di beri tu tak cukup. Kalau boleh nak tambah jadi 30 jam satu hari. Apa tak nyer senahhhh, sejak akak melor terjun dalam dunia jahitan ni akak terpaksa bangun pukul 4 pagi semata-mata nak kutip manik-manik apple sebesar taburan pasir di gigi ombak tu untuk jahit kat baju kustomer. Akak terpaksa kurbankan waktu membelai pokok -pokok akak untuk menjahit. Akak terpaksa lupakan dunia menghias akak semata-mata nak siapkan jahitan. Siapakah yang bersalah??????

Sebenarnya diri sendiri la salah sebab tak dengar cakap. Kunun-kunun nak jadi superwomen sedangkan kudrat tak sekuat mana nafsu aje yang besar hahahahah......... Awak sendiri yang salah .

p/s: n3 ni semata-mata untuk hiburan tiada sangkut paut dengan yang hidup maupun dah meninggal. So baca aje tanpa prasangka ahak... ahaksss.... ahak.

Thursday, April 5, 2012

Nak Cite Tak Pandai, Tengok Sendiri Lah....





Harap boleh faham. Antara tempat yang mengunakan bias tape. Bias tape siap pun ade jual kat kedai. Bila buat sendiri lebih seronok, banyak corak ikut rasa kite dan yang penting jimat. Sebab apa akak kata jimat, sebab kita boleh buat bias tape guna perca kain aje. Tak faham jugak email akak nanti boleh perjelaskan secara mendalam.... hahahhah. Semua gambar ehsan pakcik google ya.

Wednesday, April 4, 2012

Cara Buat Bias Tape

Langkah 1 :

sediakan alatan yang di perlukan seperti gunting, kain, pembaris, seterika dan kreativiti.
Kalau senah ada "bias tape maker" boleh juga guna benda alah tu ya.
Akak pun ada benda alah tu, bukan satu tapi 2,
tapi sayang tak pernah pula akak guna benda alah tu.
lebih selesa guna cara manual.
tipu padahal jakunnnnn......
hahahah

Langkah 2:

sila lipat kain seperti dalam gambar.
Potong ikut kebesaran yang senah hendak.
Ikut betul-betul ya supaya hasilnya nanti santikkkkkk.

Langkah 3:

Dah dapat ukuran yang dikehendaki lipat 2 kain dan gosok.
Buka lipatan tadi dan lipat lagi kiri dan kanan sambil gosok kain tersebut.

Langkah 4:

Tada ..... dah siap.