Kenapa senah, temah, kiah pening ke baca blog akak melor ni. Tak yah pening-pening U all, relax aaaaaa........ Nampak tak kat atas tu "Dunia CMelor" so apa saja yang ditulis dan tertulis dalam blog ni berkisar tentang kesukaan, aktiviti dan sekali sekala ada n3 copypaste yang diubah suai mengikut citarasa akak melor ya. Jangan pening-pening lagi, mari kite meneroka dunia hijau di laman ciput akak.
Minda akak ni penat U all tau. Setelah bertungkuh lumus siapkan order tu hari. Tu..... ada lagi kain yang tengah menanti untuk akak kerjakan. Sebelum sambung balik merempit dengan mesin tua akak tu. Akak melor nak ajak you all rehatkan minda dengan merenung kehijauan k.
Kita berkenalan dengan spesis pokok keladi hiasan dari famili araceae. Akak melor panggil keladi je. Di tanam sebab daunnya yang unik dan cantik, hijau berkilat dan berbintik serta berbelang putih. Daunnya juga sedikit berombak dan mempunyai tangkai yang agak panjang. Ia boleh hidup kat tempat teduh dan terlindung macam dalam rumah yang penting sekali tidak cerewet dan mudah dijaga. Spesis aglaonema ini dikatakan berasal dari Malaysia. Akak melor suka tempatkan keladi ni dalam rumah. Dinding yang putih bila di gabungkan dengan hijau dedaun memberikan pandangan segar. Akak suka tu.
Tapi sayang sejak makcik google besar ni, semua pokok hiasan akak duduk diluar. Kalau tak , habis di makan makcik google macam ulat daa. Untuk keselamatan makcik google cukup la keladi akak tu sekadar menghiasi taman ciput di luar je.

Senang dibiakkan dengan belahan rumpun dan juga melalui anak benih yang tumbuh disekitar induknya. Sukakan medium tanaman yang senang air mengalir dan bajanya pula dari bahan organik seperti najis ayam yg di proses. Boleh juga guna baja kimia dengan syarat mengikut arahan yang diberi. Pokok keladi hidup subur dengan cahaya yang yang terlindung dan perlukan siraman 2 kali sehari dan pastikan air tidak bertakung.
U all nak tahu rahsia untuk bagi bunga kite cantik?

- untuk tanaman kita sentiasa nampak cantik kena la buang daun layu atau kekuningan untuk mengalakkan daun baru tumbuh.
- lapkan daun dengan tuala basah dan sapu pengilat daun untuk daun kelihatan bersinar dan menyerlahkan.
- Boleh juga gunakan baja biji yang colour hitam tu, alaaaa yang nampak macam biji sawi tu. Ada jual kat nurseri. Bila guna baja ni dedaun pokok kita jadi berkilat tak kusam. Tak caya cuba la sendiri.
psssttt...... U all, rahsia ni tau.