Khas untuk anda yang susah nak save duit… sampai hujung bulan, sedar-sedar takde duit yang dijimatkan.
Apabila berbelanja, belanja hanya duit ringgit sahaja. Duit sen, jangan dibelanjakan… simpan dalam tabung! Kira menabung la…
Maksudnya, kalau beli majalah Rm6.50, bayar duit Rm10 merah… kedai pulangkan RM3 duit kertas and 50sen duit syiling…
50sen tu, by default, terus masukkan ke dalam tabung.
Kalau pada hari yang sama, nak beli gula-gula harga 20sen, jangan gunakan 50sen syiling yang dalam poket tu. Sebab 50sen tu dah kena masuk ke tabung! Jadi, gunakan RM1 duit kertas…
Baki duit syiling 80sen yang diterima, dimestikan masuk tabung bersama duit 50sen tu tadi![]()
Dalam erti kata lain, guna duit kertas sahaja… apa sahaja duit syiling, anda simpan dalam tabung.
Kalau tak pernah try ni, cuba-cuba try… khas bagi mereka yang sering dalam keadaan kesempitan wang, cara ini akan menjimatkan berpuluh-puluh RM setiap bulan untuk dijadikan wang pelaburan ASB ;)
p/s ..... kite dah lama amalkan cara nih memang berkesan cuma belum sampai tahap millionair lagi laaaa...... hahahha
rembat dari blog irfan khairi tapi diubah mengikut citarasa melor.
rembat dari blog irfan khairi tapi diubah mengikut citarasa melor.

Baru masuk kedai. Ada 5 corak tungku bayi untuk di pilih. Banyak kebaikan yang kita dapat bila gunakan benda ni tau. Melor juga ada la cerita tentang kebaikan benda nih kat kodai den tu. Nak tahu lebih tentang tungku bayi ni, sila-sila la klik link yang diberi-
Masa sarapan pagi tadi kite makan roti bakar di sapu butter + madu. Pakwe kite biasalah itu memang dah jadi menu pagi dia setiap hari. Melor kalau sarapan makan macam tu memang tak kenyang lama. Sudahnya ketung-ketang bunyi bising lesung batu kat dapur ku, tuuuu dia kite tumbuk bawang lada nak buat nasi goreng kampung. Kiranya sarapan kali kedua untuk hari ni hahahah.
