yang satu ni pun spesis heliconia juga tapi jenis bunga yang berjuntai kebawah. Cantik kalau sesekali dia berbunga. Yang ni melor tanam dalam pasu aje sebab laman kite ciput, tak cukup tanah la katakan. Heliconia ni senang nak berbunga. Juga tak cerewet sebab itu la pokok-pokok ni tersenarai dalam koleksi bunga di tamanku.Monday, January 30, 2012
Eh.....Dia Malu-Malu
yang satu ni pun spesis heliconia juga tapi jenis bunga yang berjuntai kebawah. Cantik kalau sesekali dia berbunga. Yang ni melor tanam dalam pasu aje sebab laman kite ciput, tak cukup tanah la katakan. Heliconia ni senang nak berbunga. Juga tak cerewet sebab itu la pokok-pokok ni tersenarai dalam koleksi bunga di tamanku.Tuesday, January 24, 2012
Kangkung Goreng Kicap Penambah Selera
Walaupun mudah-mudah tapi amat memyelerakan. Tadi untuk makan tengahari melor masak kangkung goreng kicap. Resipi senang dan tak perlukan masa yang lama di dapur. Almaklum la sibuk katakan hihii. Masak ikut selesa anak-anak, takde pedas nak pedas taruk cili sebijik-sebijik sekali dengan tangkainya sebab tak mahu kuah tu nanti pedas. Bila nak makan cili tu nanti maknya kena gigit-gigit baru le rasa pedasnya.Kangkung Goreng Kicap Penambah Selera
bahan-bahannya:-
seikat kangkung
sebiji bawang merah besar
seulas bawang putih
tomato ceri
lobak merah
cili padi
kicap manis
garam secukup rasa
sedikit air
minyak untuk menumis
Cara membuatnya:-
1. mayang bawang putih dan merah. tumis hingga naik bau.
2. masukkan sedikit air, kicap, lobak merah biarkan seketika.
3. masukkan kangkung kacau sehingga layu sikit masukkan tomato dan cili.
4. perasakan dengan garam.
5. angkat , hidang dan hiaskan mengikut kreativiti anda.
.
.
.
.
.
koleksi resipi cmelor 2012
Sunday, January 22, 2012
Saturday, January 21, 2012
Friday, January 20, 2012
Nasi Goreng ISA
Nasi Goreng ISA a.k.a Nasi Goreng Ikut Suka Aku laaaa... Semalam dalam kul 3 petang perut mula berdondang sayang minta di isi. Memikirkan perut belum di isi dengan apa-apa makanan berat maka keputusan di ambil untuk goreng saje nasi dingin yang masih bersisa di periuk. Dari membazir baik la di goreng nasi tu kan. Terfikir pula nak kongsi resepi tak semengah ni. Walaupun resipi mudah tapi itu idea kita sendiri jadi patut ada rasa bangga. Apa taknya , sebelum ni melor dah di cop orang yang paling tak pandai masak dalam keluarga. Biarlah orang nak kata apa pun melor tetap nak kongsi resipi dengan semua dan juga sebagai kenangan . Maka otak di perah untuk mengarang cerita tentang nasi goreng ku ini. Ha ha, bukan calang-calang nak tulis cerita ni tau. Kena cukup masin, manis, masam dan tawarnya baru la kaw! kaw !
tengok, belum apa-apa dah ada yang cuba untuk mencuri rasa nasi goreng isa ku ini. Gemok betul tangan si pencuri itu ya. Nak Tahu resipinya? ok mari saya kongsi dengan anda semuaNasi Goreng ISA ( ikut suka aku)
1 pinggan nasi putih
1 biji bawang putih
1 biji bawang merah (besar)
1/2 biji bawang besar
1 gengam udang kering
lebihan sambal belacan
cendawan
carrot
sepotong limau nipis
garam gula secukup rasa
sedikit serbuk secubit rasa knor
Cara masak :-
- tumbuk bawang putih, bawang merah dan udang kering jangan terlalu hancur.
- tumis bahan tumbuk tadi sehingga berbau wangi masukkan bawang besar, lobak merah biarkan seketika dan masukkan nasi. Kacau sehingga rata.
- masukkan pula cendawan kacau seketika.
- masukkan garam gula dan serbuk secubit rasa knor kacau lagi sehingga masak.
- hidang mengikut citarasa sendiri dan jangan lupa perah limau nipis untuk membangkitkan selera anda.
- akhir sekali , apa tunggu lagi ambik sudu kite santap laaaaa.....
Thursday, January 19, 2012
Handmade Hair Clip Cum Brooch
Tuesday, January 17, 2012
Adussss Dia Meragam .....
Ikan Bilis Goreng Kicap
Bahan-bahan
ikan bilis
bawang putih di cincang
bawang besar di hiris
cili padi - dihiris
kicap lemak manis secukupnya
garam & gula secukup rasa
limau - di belah dua
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1. Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih, besar dan cili padi sebentar dan masukkan ikan billis tadi.
3. Masukkan kicap. Gaul rata dan tambahkan garam dan gula secukup rasa dan masukkan ke dalam mangkuk.
4. Perahkan limau dan siap untuk dihidang.
Saturday, January 14, 2012
INI YANG ANDA TEMPAH JIKA MAKAN 'UDANG' BERSAMA 'VITAMIN C'
Seorang wanita tiba-tiba mati dengan tidak disa...ngka-sangka dengan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Selepas bedah siasat awal ia disahkan bahawa kematian disebabkan keracunan arsenik.
Dari manakah arsenik yang datang?
Polis melancarkan siasatan secara mendalam dan meluas. Seorang profesor institusi perubatan telah dijemput untuk datang membantu menyelesaikan kes itu.
Profesor dengan berhati-hati melihat kandungan dari < h. Dalam kurang dari setengah jam, misteri itu dapat diselesaikan.
Profesor itu berkata: 'simati tidak membunuh diri atau dibunuh, beliau meninggal dunia akibat kemalangan dari kejahilan!'
Semua orang hairan, mengapa kematian akibat kemalangan dari kejahilan?
Profesor itu menjelaskan: 'arsenik dihasilkan dalam perut si mati.' Si mati yang mengamalkan pengambilan Vitamin C setiap hari, yang dengan sendirinya tidak menjadi masalah.
Masalahnya ialah bahawa dia makan sebahagian besar udang semasa makan malam. Makan udang tidak mendatangkan masalah dan tiada apa yang berlaku kepada keluarganya walaupun mereka telah sama-sama udang. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama si mati juga mengambil vitamin C ', itulah yang mendatangkan masalah!
Penyelidik di University of Chicago di Amerika Syarikat, mendapati selepas melalui uji kaji, makanan yang seperti kekerang lembut (shell) mengandungi kepekatan yang lebih tinggi lima sebatian arsenik kalium.
Makanan itu segar dengan sendirinya tidak mempunyai kesan toksik terhadap tubuh manusia.
Walau bagaimanapun, dalam mengambil vitamin C, tindak balas kimia berlaku dan asal unsur-unsur bukan toksik berubah kepada unsur-unsur toksik.
Keracunan arsenik mempunyai peranan magma dan boleh menyebabkan kelumpuhan kepada saluran darah yang kecil. Oleh itu, orang yang mati akibat keracunan arsenik akan menunjukkan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga, JANGAN makan udang apabila mengambil vitamin C '.
Setelah membaca ini, jangan kedekut. Sila kongsi dengan rakan-rakan anda.
copypaste dari - http://naimnikmat.blogspot.com
Thursday, January 12, 2012
Ahad - Sifat Wanita Mengikut Tajul Muluk
Wednesday, January 11, 2012
Sabtu - Sifat Wanita Mengikut Tajul Muluk
Tuesday, January 10, 2012
Jumaat - Sifat Wanita Mengikut Tajul Muluk
Monday, January 9, 2012
Khamis - Sifat Wanita Mengikut Tajul Muluk
Sunday, January 8, 2012
Rabu - Sifat Wanita Mengikut Tajul Muluk
Saturday, January 7, 2012
Selasa - Sifat Wanita Mengikut Tajul Muluk
Friday, January 6, 2012
Isnin - Sifat Wanita Mengikut Tajul Muluk
Thursday, January 5, 2012
Petua Suami Isteri
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri s eda ng makan disuruh cebok kencing dan berak anak s eda ngkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga s eda ngkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak s eda ngkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan
perbelanjaan keluarga)
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya
dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. . Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja.
Oleh Dr Fadhilah Kamsah
copypaste dari http://intim.wordpress.com
Wednesday, January 4, 2012
Puas Bila Memandangnya
Sibuk duk siapkan orang punya alih-alih anak sendiri punya tak siap-siap. Jadi pagi tadi dengan penuh azam dan semangat daku tekan pedal mesin jahit nak siapkan kain kain si dara tu. Rasa macam pelumba kereta kat litar lumba dibuatnya. Akhirnya sempat la juga si dara pakai kain baru untuk ke sekolah hari ni.
Sebagai ibu tentu kita rasa seronok dan bahagia bila anak suka dengan apa yang kita lakukan. Penat lelah semasa megerjakannya hilang bilamana anak tersenyum puas. Agak-agaknya ibu-ibu lain pun sama rasanya ya.....
