Friday, February 3, 2012

Tetamu Dah Balik

Selalu jadi macam ni. Cukup tak suka tapi terpaksa terima nak buat macamana dah tak boleh elak. Melor suka terima tetamu lebih-lebih lagi tetamu yang datang tu merupakan adik-beradik sendiri. Tapi cukup tak suka bila ada rasa sedih bila mereka nak balik. Dan lepas mereka pergi melor rasa sangat sunyi, boring dan sedikit sayu. Maklum la melor ni di besarkan dalam keluarga yang besar. Bising dan kecoh tu dah jadi kebiasaaan kami sekeluarga.

Seminggu rumah melor ada tetamu, dan seminggu jugalah kerja-kerja jahitan dan blogging ku tertangguh. Bukan apa bila tetamu datang bertandang daku pasti akan cuba beri layanan yang terbaik. Bukan selalu pun mereka datang bertandang. Aktiviti yang paling kami suka lakukan bila berkumpul ialah berborak dan bawa tetamu jalan-jalan keliling kotaraya. Urusan sendiri tolak tepi dulu. Bila tetamu dah balik baru la teringat alaaaa.......... tempahan pelanggan belum siap sambil mengaru-garu kepala yang tidak gatal....... toink! toink!

6 comments:

Mila@Rimbun said...

Anak saya kalau tetamu dah balik start ler nangis2 masa nak tido.. rindu katanya..

mala said...

Padan la nmpk termenung ja ;-)

JunAina said...

Aina selalu tetapkan dalam hati yang setiap tetamu yang datang ke rumah kita itu membawa rezeki. Insyaallah... Penat mcm manapun nanti kita rasa legaaaa...

gadisBunga said...

tetamu yg datang pasti ada rahmat.

kegembiraan pun adalah suatu rahmat kan? :)

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Kita ni sama nampaknya ... suka ramai2 kat rumah ! Macam LF ni, tinggal berdua sahaja. Seronok bila anak2 cucu dan kawan2 datang

sonata anak kancil said...

asslamulaikum -insyaAllah meraikan tetamu yang datang membawa rezeki kepada tuan rumah - so usah risau kerja2 yang tak dapat siap - siap lah tu...