Tuesday, December 27, 2011

Handmade Animal Felt Keychain

Salam semua.... hari tu masa sibuk menjahit melor bukan aje buat french hair clip tapi ada juga buatkan keychain dari kain felt serta beberapa snap clip dari felt. Keychain ni semuanya sebagai ready stock untuk CMelor's Shop.
Mr Owl
Jely Fish
Tak da ilham la nak menulis malam ni jadi kita cuci - cuci mata tengok hasil kerastangan ku ni. Nak lebih maklumat sila la bertandang ke kedai online saya tu. Andainya ada yang memikat hati jangan malu jangan segan email @ sms la melor.

Mr Sea Lion
Mr Pinggu

Sunday, December 25, 2011

Tamak Haloba

Salam semua ..... sifat tamak tak sepatutnya ada dalam diri seseorang. Yaaaa, kalau dah tamak semua benda kita nak walaupun benda tu memang dah ada dalam simpanan. Nampak aje benda semua nya cantik, semuanya lawa, semuanya ada gunanya itu yang bermain di kepala semasa itu. Sedangkan bila dah sampai rumah benda tu tak guna pun ada sesetengah tu dah ada stok pun. Buat penuhkan bilik kerja kita aje kannn. Itu la yang terjadi dalam diri semalam. Bila di fikirkan semula hai rugi pula rasanya. Penat-penat menjahit, habis habuan menjahit tu melor beli benda yang tak sepatutnya. Kalau menyimpankan bagussssssss.

hasil buruan semalam

Semalam melor pergi jejalan dan berburu kat masjid india. Tak berapa suka pergi situ tapi di sebabkan benda yang hendak di cari mudah dapat kat situ, ku gagahi juga membelah lautan manusia sambil menarik tangan si hero ku dan dua lagi sidara ku sehingga sampai ketempat yang dituju hihihiih..... Usaha tu, bukan senang sesekali nak terlepas kat tempat sebegitu. Kalau tuan pengarah ada tak akan di benarnya daku ke situ tanpa ada betul-betul keperluan. Semalam tuan pengarah dah terbang jadi member ambik peluang pergi mencari kehendak hati selama ini.

Poket yang tebal pada asal nya terus jadi menipis bila pulang ke rumah. Mana tak nya kalau membeli barang tak pernah nak beli sikit-sikit. Selalu beli dozen-dozen konon-konon boleh dapat harga murah. Sudahnya bertimbun stok dalam bilik kerja. Aihhh apa la nasib ni ada hobi gini. Nampak gaya lepas ni kena buat kedai online supplies barang craft la pulak. Kalau tak buat gitu bila mau habis barang yang di beli tu kan. Apa kata kekawan patut ke melor buat seperti yang bermain di fikiran.

Saturday, December 24, 2011

Pagi 24/12/11

Salam semua..... ahhhh bangun pepagi sudah bikin hati panas beb. Bangkit aje dari tidur terus melor tuju ke bilik air. Biasa la pepagi kena tunaikan solat subuh. Itu wajib . Buka paip air tak keluar. Tak ada air rupanya. Sudahnya kite ambil wuduk aje la tanpa mandi. Nak mandi macam mana air yang keluar tu ciput aje cukup-cukup untuk ambik wuduk. Tanpa notis tiba-tiba air takda ini dah boleh mendatangkan marah ni.

Usai aje solat, ku pegang seterika, nak gosok baju-baju tuan pengarah. Sebab kejap lagi tuan pengarah kite nak pergi jauh. Dia nak terbang nuuuuuun ke seberang laut. Berpisah lagi kami anak beranak. Tahun depan baru dapat bersua muka. Macam satu lagu tu kata " aku merindui mu"

Dapat 1 sms suruh keluar belakang rumah ????. Ahaaaa... jiran sebelah nak bagi durian. Bagus-bagus, Baru semalam duk bercakap dengan anak dara ku,

anak : ibu, kakak suka makan durian. Dah lama kita tak makan durian

ibu : ibu pun teringin juga.

anak : jom cari durian

ibu : tunggu babah balik la. ibu tak pandai beli durian

tapi kasihan tengok muka anak dara ku dah sedih dan comot. Kebetulan lalu depan kedai ikan satu malaysia tu, nampak ada durian melor singgah la tengok. Huhhh durian tak elok dah pecah-pacah . Kalau nak buat tempoyak tu ok sesangat. Kalau nak makan saja tak berapa best. Tak jadi beli. Alih-alih pagi ni dapat durian free 3 biji. Durian kampung lak tu. Terima kasih la jiran saya dan syukur padamu ya Allah rezeki mu di pagi hari. Bangun nanti tentu anak dara melor tersenyum riang.

Pepatah orang-orang tu ada benarnya. Bangun pagi rezeki mudah masuk, bangun tengahari rezeki liat nak dekat.

Thursday, December 22, 2011

Handmade French Barrette Hair Clips

Salam semua..... sehari dua ni melor sibuk menjahit. walaupun bukan jahit apa sangat pun tapi kalau orang punya itu tetap menjadi priority buatku. Perlu bereskan secepat mungkin dan yang pasti kerja yang dibuat perlu kemas dan cantik. Melor tak suka kalau benda yang dibuat dapat komen yang tidak sedap di dengar. Jadi kalau tak mahu berlaku begitu kerja kita mesti buat sebaik yang mungkin kalau ada juga komen2 yang tidak enak di dengar tu nak buat macamana lagi tadah aje la telinga tu.

Kadang-kadang tu bila hari-hari menjahit melor rasa tension Jadi untuk mengurangkan kebosanan dan ketensionan ketika aktiviti menjahit melor ada buat kraf sikit sebagai ready stock CMelor's Shop. Nampak gambo kat atas tu?. Tu la dia kelip rambut di buat mengunakan kain cotton, butang dan juga barrette. Sesuai untuk si comel anda yang berusia 5 tahun kebawah. . Bersaiz 5cm x 5cm. Harga pun tak mahal cuma rm 4 aje.

Kata orang tua-tua kalau dah rezeki tak akan kemana kan. Projek yang tak memakan banyak masa hanya potong kaki seluar, jahit lencana sekolah dan nametag. Permintaan dari customer nampak macam sikit aje tapi kalau dihitung banyak juga la hasilnya. Itu yang ambo suko tu.

Yang ni pula projek yang tertangguh sekian lama sebab melor di serang angin malas nak sentuh mesin jahit. Customer minta jahitkan sarung kusyen yang simple aje.Tuan sarung kusyen jangan marah ya. Kita dah siapkan awak punya tau cuma kita belum hantar aje lagi. Hari tu kita kata nak suruh anak gi hantar tapi tau la budak-budak malas ada banyak laaaa. Nanti kita sendiri gi hantar ya. Jangan marahhhhhh..... nanti cepat berkedut.

Wednesday, December 21, 2011

Popi Air

Salam semua.....berkenalan pula kali ini dengan popi air atau water poppy dari famili alismataceae. Merupakan tanaman akuatik. Banyak terdapat di taman ala bali atau tropika

Kerana keindahan bunganya yang berbentuk cawan seakan bunga popi maka jolokan bunga popi di beri. Bunganya berwarna putih dan kembang sekelompok atau gugusan di atas tangkainya yang panjang dan sangat cantik menghiasi kolam atau di tanam dalam pasu besar dan di lepas pula sekawan ikan guppy. Ooohhhh alangkah cantik dan tenang mata memandang. sebab itu la ia di begitu di sukai ramai termasuk la diriku juga hahahah.

Ketika gambar ni diambil pokok baru habis berbunga. Cuma tinggal 2 kumtum bunga aje yang tinggal. Nampak tak bulat2 kecil itu adalah kudup bunga yang belum kembang disitu juga la anak pokok akan keluar setelah semua bunga kembang.

Popi air ni senang di tanam dan tak cerewet itu buat melor sukaaaa. Jimat masa dan tenaga hahahha. Selepas habis bunganya, anak pokok akan tumbuh pada tempat bunga yang layu tu. Bila dah nampak berakar potong letakkan dalam pasu yang bertanah dan berair untuk di biakkan.

Kalau tanam dalam air popi ni tak payah di siram tapi kalau tanam mengunakan tanah ia perlu disiram 2 x sehari untuk menjamin hayatnya hihihiih. Dedahkan pada cahaya matahari supaya pokok membesar dan sentiasa berbunga. Melor tanam dalam air jadi melor guna baja untuk pokok air.

kawanan guppy yang sekian lama dibela dah entah berapa generasi saya pun tak tahu

Tips untuk popi sentiasa berbunga dengan cara cukup panas, potong tangkai bunga selepas habis berbunga, galak la dia berbunga nanti.

Tuesday, December 13, 2011

Sewing 'n' Alteration - Rezeki Disember

menanti untuk di ambil oleh pemilik

Salam semua..... sehari dua ni ini le kerja yang melor pulun siapkan. Alhamdullilah siap juga lega sungguh rasa hati melor. Bukan apa melor ni menjahit ikut mata anak. Pejam mata anak itulah masa untuk melor masuk bersunyi-sunyi di bilik jahit melor di temani radio sinar fm. Bila ada peneman tak le rasa boring sangat. Masa itu juga lah melor berkejar-kejaran membuat kerja rumah dan memasak. Bila mata anak terbuka itu petanda untuk melor berhenti dari menekan pedal mesin jahit. Penat tu usah le di tanya. Minat punya pasal ku teruskan jua. Bohong le kalau melor katakan menjahit kerana minat saja. Duit upah menjahit itu juga yang buatkan melor rela meletihkan diri hahahahha.

Terima kasih le kat customer melor ni kerana beri kepercayaan kat melor mengerjakan baju-bajunya dan anak-anak.

ini pula projek baju sekolah yang separuh siap. Nampaknya besok pagi melor kena speed lebih laju lagi untuk siapkan baju-baju ni dan beberapa projek yang telah di susun dalam senarai sebelum tuan pengarah balik dari seberang laut. Bye

Saturday, December 10, 2011

Tiny Snap Clips

serius aje muka makcik google

Salam semua.... perkenalkan dua model cilik untuk CMelor's Shop. Seorang bernama Nur Dahlia Ayuni aka makcik google dan seorang lagi namanya ialah Nur Hafifah Hanani. Mereka berdua adalah sepupu dan dilahirkan pada tahun yang sama kecuali bulannya aje tak sama.

Mengayakan sepit rambut untuk baby hasil tangan melor. Walaupun tak berambut makcik google tetap nak jadi model. Cantik tak model cilik melor ni?. Kalau ada sesapa yang tengah mencari model, jangan malu jangan segan angkat phone terus call melor. Bersedia bila-bila masa aje hahahha.

sila abaikan latarbelakang tu ya. Hasil kekreatifan anak-anak ku.

Sebenarnya sepit-sepit tu untuk stok kedai melor.Banyak warna yang terdapat dalam koleksi tu tapi tak dapat nak tunjuk sebab photographer malas nak ambil gambar. Gambar yang ada tu pun yang kebetulan diambil ketika kunjungan afifah ke rumah melor.

Tempahan di alu-alukan.
more info boleh la ke CMelor's Shop.

Friday, December 9, 2011

Lipstick Plant

keadaan bunga setelah kembang sepenuhnya

Salam semua.... koleksi eksotik di tamanku. Mari kita berkenalan dengan lipstick plant ni dan mengetahui apa keistimewaan yang di milikinya sehinggakan ramai yang mengilainya termasuk la daku dan burung kelicap. Selalu taman ciput melor di datangi burung kelicap untuk mencari madu bunga ni. Tapi sayang tak sempat nak snap gambar sebab situasi ini berlaku dengan pantas. Lagi pun bila disedari kehadiran manusia burung-burung tersebut akan terus terbang.

Dalam banyak-banyak pokok yang ada di laman ciput melor hanya pokok ini aje yang melor tidak berapa tahu tentangnya. Misteri sikit la. Bila di google tak banyak info yang dapat. Di campur pula dengan malas nak usaha cari maklumat jadi melor akan cerita mengikut pengalaman menanamnya sendiri. Rasanya pengalaman lebih baik dari teorikan.

Kalau ikut pengalaman melor la lipstik plant ni tak berapa gemar berada di tempat yang panas sangat. Ia memerlukan sedikit lindungan supaya dedaunnya tidak melecur. Untuk proses berbunga ia memerlukan cahaya matahari yang tidak terlampau. Gemarkan kelembapan tapi tidak suka pada air yang bertakung. Kerana pokoknya tumbuh padat tak berapa sesuai untuk gunakan baja biji kerana boleh melecurkan bahagian yang terkena baja. Seeloknya gunakan baja semburan. Sesuai sebagai tanaman gantung

bunga sebelum kembang

Tips untuk pokok sentiasa berbunga dengan cara potong atau cantas pokok apabila habis proses berbunga . Ini mengalakkan pertumbuhan pucuk baru yang akan mengeluarkan bunga baru, Jangan lupa sembur baja untuk mengalakkan pokok berbunga. Kalau rajin selalu le sembur dengan air dari cucian beras.

Monday, December 5, 2011

Ronda2 Zoo Negara

Salam semua..... semalam melor dan anak-anak pergi ke zoo negara. Bawa anak-anak tengok kehidupan yang ada di sana. Kasihan dah lama anak-anak minta dibawakan ke sana tapi melor tak berapa nak pergi sebab suasananya panas dan bau-bauan yang ada di sana sungguh tidak menyenangkan. Tapi demi anak-anak ku gagahi juga pergi. Sebenarnya zoo negara dengan rumah kami tak la jauh sangat. Kalau nak ke sana hari-hari pun boleh.

Semalam kami ke sana dengan di temani adik lelaki melor bersama isterinya. Gembira betul anak-anak melor. Bila dah kepenatan baru la masing-masing merenggek nak balik. Tapi sayang masa pergi ke zoo tu melor terlupa nak bawa kamera. Tak dapat la melor rakam saat-saat riang kami itu. Kalau tidak boleh la melor kongsi dengan kekawan semua tengok keindahan zoo negara. Banyak aktiviti yang di adakan. Elok kalau bawa anak-anak ke zoo boleh juga mereka belajar tentang binatang secara live. Jangan lupa pergi zoo negara kalau nak rasa keseronokan yang ada di sana.

Orang ke zoo nak tengok binatang tapi tidak pula bagi ku. Melor lebih teruja melihat keindahan faunanya. Terasa nak cabut pokok-pokok yang cantik tu bawa balik tanam kat rumah hahhahah kalau dah gila bertanam, lalang pun nampak cantik.

Sunday, December 4, 2011

D.I.Y Coaster From Jeans

Salam semua.... projek kitar semula, tukar sisa jeans jadi coaster cantik. Tahu tak ia dari bahagian mana?. Kaki seluar jeans la. Sebelum ni asyik buang aje lebihan tu tak terfikir pula nak kitar semula benda tu. Kebiasaannya bila kita potong kaki seluar bahagian tu kita akan buang aje kan. Satu hari tu melor ternampak kat satu blog minah saleh ni dia buat coaster dari sisa jeans. Berkenan la pula bila melihatnya apalagi dengan pantasnya melor pun berlari la pergi buatkan coaster untuk kegunaan sendiri. Tak la susah mana nak buat coaster cuma kita perlukan kekuatan tangan dan gam. Sambil mengulung sambil kita tarik dan gamkan kaki seluar tu biar kemas dan cantik tergulung. Ini la hasilnya, cantikkan. Lepas ni nak kumpul la kaki seluar tu banyak-banyak nak buat lagi biar cukup enam biji coaster baru la cukup setnyakan.

Saturday, December 3, 2011

Cara Buat Butang Balut

Salam semua..... dah lama berkenan nak kan acuan butang balut tapi tak tahu mana nak beli. So otak pun di kerah untuk cari jalan nak buat butang balut tu. Guna apa yang ada di sekeliling bilik jahit melor tu. Jadi ini la hasilnya. Walaupun tak secantik dan sekemas butang balut yang mengunakan acuan yang betul, sekurang-kurangnya melor puas hati dapat bergaya dengan butang balut diy tu. Jadi melor buatkan tutorial untuk mereka yang mengalami situasi macam daku. Harap-harap dapat membantu.

bahan yang diperlukan :
pelapik perabut, kain, acuan, gunting, benang dan jarum

langkah 1: jahit macam jahit yo-yo

langkah 2 : masukkan lapik perabut ditengah-tengah

langkah 3 : tarik benang sehingga kemas dan terbentuk cantik

tada dah siap butang balut d.i.y