Saturday, April 30, 2011

Dah Lama Tak Buat

Salam semua..... hai dah lama melor buat-buat lupa kat hobi yang satu ni. Hobi apa? dah tentu la hobi berkebun. Kata orang putih gardening gitu. Semenjak sibuk kebelakangan ni, melor tak sempat nak membelai pokok-pokok tu. Kesian kat depa tu semua. Melor perhatikan pokok-pokok tu dah tak subur dan tak berseri lagi. Pertumbuhannya pun tak menentu (out of shape. Betul ke ku tulis tu aghhhh...... hentam saja la labu) masing-masing berebut-rebut untuk menonjol. Sudahnya tanam ciput melor jadi merimbun dan kelihatan seperti semak samun. Uhhhh sungguh daku tak suka.

Pagi tadi, sambil-sambil tunggu pakwe balik dari pasar melor sempat la trim sikit pokok-pokok kat laman tu dan tak lupa potong rumput carpet yang mula meninggi sungguh tak cantik.. Melor ni suka kalau tengok laman rumah tu menghijau di selang seli dengan pokok berbunga sikit biar ada warna tak la kaku sangat.

Rumput carpet laman depan belah kiri. Bila lama tak di potong macam ni la jadinya. Tak cantik kan. Ambil masa untuk cantik semula . Sebaik-baiknya di potong seminggu sekali baru la cantik terbentuk rumput tu. klik sini

alat bantuan untuk melor potong dan pangkas pokok. Sangat bagus sesuai untuk kegunaan kaum hawa. Tak rugi labur duit beli benda ni.

biasa la pokok bila lepas kena trim nampak togel semacam. Seminggu lagi cantik dan merimbun semula la tu.

lupa nama pokok ni. Kena selalu trim baru cantik terbentuk. Melor guna pemangkas mata panjang untuk trim pokok ni.

Bagi melor la , bila berkebun pokok-pokok mesti la disenggarakan supaya tak semak dan tak sakit mata memandang. Pada pemerhatian ku mereka yang suka berkebun semestinya seorang yang rajin dan penyabar. Sebab apa melor kata gitu. Sebabnya bila berkebun kita kena banyak buat kerja supaya tanaman kita tu cantik. Contohnya membaja, mencantas, menyiram, menyusun atur pokok, buang rumpai merawat pokok sakit, ganti pokok yang mati dan lain-lain lagi la. Hai macam nak jaga anak la pula rasanya. Kalau sifat sabar dan rajin kurang dalam diri, dapat ke kita buat kerja tu semua.

Tuesday, April 26, 2011

Akhirnya Kau Milikku Jua

Salam semua..... melor rasa gembira sesangat hari ni. Kalau boleh nak lompat-lompat nak guling-guling atas tilam. Kerana dia yang dihajati telah menjadi milik ku jua. Tadi pagi pakwe melor dengan senang hatinya tolong bawakan melor ke tempat menjual foam dress. Tak lepaskan peluang I rembat la dua. Kalau ikut kan hati ku yang yang separuh gila ketika itu, ingin ku rembat semua saiz untuk kanak-kanak. Tapi keayuan mesti dijaga nanti di katakan sawan siput babi la pula.

Pepagi lagi melor dah ke tempat tu konon-konon nya nak mengelak jam la. Bila sampai situ kawasannya lengang aje. Tak sampai 20 minit semua urusan dah siap. Pendek cerita la kalau nak dapatkan barang-barang seperti rak dan sebagainya tak perlu la pergi banyak tempat. Kat situ semuanya ada. Nama tempat tu Pacific Artificial Model Trading Sdn. Bhd. Kalau ada sesiapa yang rasa nak milikki foam dress pergi la ke situ. Besar 185 kecil 160 aje.

Monday, April 25, 2011

Fuh!!! Penatnnya


Salam semua.... aduh letihnya. "I'm busy now" tak cukup kakitangan dibuatnya. Macammana la agaknya dengan mereka yang buat 2,3 kerja serentak tu. Lantaran kesibukan melanda diri maka blog kesayangan ku ini terheret sama hinggakan debu-debu kasih mula menimbun ha!ha!ha!.

Sunday, April 17, 2011

Baby Headband - Makcik Google Yang Punya

baby headbandSalam semua..... semalam melor ada buatkan 'headband' dari kain cotton t'shirt. Hajat hati tu nak buat untuk hiasan kepala makcik google yang kurang rambut supaya nampak feminin sikit. Melor ada buatkan clip rambut tapi sayang makcik google tak boleh pakai. jadi melor buatkan headband tu untuk dia pakai. Alang-alang buat, melor lebihkan untuk kedai sekali. Kalau rasa berkenan boleh la ke cmelor's shop ya. Buat masa ni, hanya benda macam ni aje yang melor boleh buat, sebab tak ambil masa lama. Lepas ni makcik google boleh melaram sakan la.

Friday, April 15, 2011

Ayu Tak Saya

kepada CHIK MIMI dan MEREKA yang telah follow blog ku ini dan tak di follow balik sila tinggalkan links anda supaya melor boleh follow balik ya. (*V*)

perempuan melayu terakhir?????

salam semua......Dahlia datang lagi. Sekarang umur saya masuk lapan bulan. Macam-macam yang saya dah pandai buat. Gigi saya pun dah tumbuh. Sekarang saya ada 6 batang gigi yang kiut miut. Jadi saya dapat makan macam-macam makanan yang ibu, kakak dan abang saya makan. Saya juga dah boleh merangkak. Setiap sudut rumah saya nak terokai. Saya juga dah boleh berdiri cuma satu yang saya tak boleh buat iaitu duduk sendiri huhuhu.....

Wednesday, April 13, 2011

Barut Bayi

barut bayi
salah satu produk handmade melor yang sangat laris ketika ini.

barut bayi**berminat dan ingin tahu lebih lanjut sila ke CMelor's Shop**

Sunday, April 10, 2011

My Labels

Salam semua..... hi!hi!hi! apa-apa pun kena gelak dulu sebelum bercerita. Melor nak menayang 'My Label' walaupun dah basi dan ketinggalan tapi tak pa la dari tak buat n3 langsungkan. Sebenarnya label ni dah lama wujud masa tahun 2010 lagi. Kerana tak aktif melor malu la nak war-warkan. Takut la ada yang kata "perasan" kat I ni. Sekarang melor dah boleh aktif sikit jadi melor tak le segan sangat kalau bercerita pasal My Label ni. Melor perhatikan semua mereka yang ada label akan buat satu n3 untuk menghargai jasa si pembuat atau mungkin juga untuk nak memperkenalkan label masing-masing. Label ni melor buat dengan Cik kucing purple. Jangan marah ya hari ni I dah buat n3 tu tau. Jadi dengan ni rasminya designs kat dalam gambar tu akan mewakili setiap hasil kerastangan ku. (*v*)

Thursday, April 7, 2011

Blank 'n' White Felt Snap Clips


Salam semua..... cantik tak? kalau tak, kena juga cakap cantik kasi sin chan sama melor ok. Sebenarnya melor ni tengah sibuk menjahit nak siapkan tempahan pelanggan. Banyak tu tak da la tapi wajib di siapkan juga jadi kena la menyibukkan diri supaya tempahan tak terbengkalai. Bila makcik google meragam melor dah tak boleh menjahit dan ambil kesempatan buat kerastangan sambil-sambil layan dia. Melor ada buat klip rambut dari kain felt untuk anak sulung melor pakai. Bila buat tu sengaja melor lebihkan untuk letak kat dalam kedaiku. Untuk lebih detail sila-sila la berkunjung ke sana ya. Jangan lupaaaaaa..........

Tuesday, April 5, 2011

Cara Mudah Ganti Alas Papan Gosok

Salam semua ..... hai lamanya tak upate blog. Kalau penyakit 'M' dah melanda semuanya jadi terbengkalai. Bayangkan kalau 1 dunia kena penyakit 'M' apakan jadi dengan dunia kita ni ya. Seminggu yang lepas melor ada beli 'ironboard' papan mengosok rm50.00/pcs untuk aktiviti menjahit ku. Tapi hempah, tak best buat gosok harga aje mahal kualiti '0'. Ada ke patut bila menggosok seterika akan melekat dengan kain pembalutnya. Jadi semalam sebelum mula aktiviti menjahit daku pun mulakan dulu aktiviti membalut papan mengosok dengan kain lain. Mari tengok cara mudah dan cepat nak balut papan gosok mengunakan bahan yang ada disekeliling kita. Kitar semula la katakan.

alatan yang diperlukan:
Papan mengosok,
kain (melor guna kain sarong lama {recycle}),
gunting dan stapler besar.

lipat kain sebesar papan gosok jadi 4 lapis ( biar tahan lama). Potong kain ikut saiz papan gosok

stapler sekemas yang mungkin disekeliling papan gosok macam dalam gambar

gambar dekat macam mana kain di stapler

tadaaaaa..... kemas dan cantikkan. Kalau beli alas baru kat kedai mau harganya lebih rm10. 00 Kalau kat cosway dah rm 19.90 tak silap ku la. Dah dapat berjimat rm 20.00. Untung tak kalau kita D.I.Y sendiri