Yang ini anak ke 2 ku. My little hero ni umurnya 4 tahun. Semasa mengandungannya melor gila tengok rancangan masak-masak tak kira la sapa yang jadi chef melor akan tengok. Kalau satu hari tak tengok rancangan masak melor tak boleh duduk rasa ada yang tak kena aje. Kalau tak da rancangan masak yang digemari boleh membuatkan daku mengalirkan air mata. Kerana ragam mengidam ini lah melor kenal chef-chef luar negara. Ala yang orang kata chef antarabangsa tu. Kalau di Malaysia ni melor jatuh cinta kat chef yang tak asing lagi iaitu chef wan. Jangan buat gossip tau, daku hanya jatuh cinta pada masakan bukan pada orangnya ok. Kalau luar negara melor suka Anthony Bourdain, Martin Yan, Marta Steward, Nigella Lawson dan yang seangkatan dengannya. Tiap-tiap hari melekat kat depan tv tengok orang masak. Tapi my little hero ni bila keluar tak pula kuat makan kurus melidi badannya.Indahnya kenangan itu membuatkan daku tersenyum sorang-sorang. 3 anak 3 ragam. Cuma 1 aje persamaan yang ada antara ke3 orang anak ku ini . Mereka amat suka ronda atau jalan-jalan. Asal sebut aje ronda-ronda mereka pasti tersenyum lebar ini kerana semasa mengandungkan mereka daku kuat dan suka meronda huhuhu...........













tempat ke 5 jatuh pada si ulat.