Salam semua..... sehari dua ni ini le kerja yang melor pulun siapkan. Alhamdullilah siap juga lega sungguh rasa hati melor. Bukan apa melor ni menjahit ikut mata anak. Pejam mata anak itulah masa untuk melor masuk bersunyi-sunyi di bilik jahit melor di temani radio sinar fm. Bila ada peneman tak le rasa boring sangat. Masa itu juga lah melor berkejar-kejaran membuat kerja rumah dan memasak. Bila mata anak terbuka itu petanda untuk melor berhenti dari menekan pedal mesin jahit. Penat tu usah le di tanya. Minat punya pasal ku teruskan jua. Bohong le kalau melor katakan menjahit kerana minat saja. Duit upah menjahit itu juga yang buatkan melor rela meletihkan diri hahahahha.
Terima kasih le kat customer melor ni kerana beri kepercayaan kat melor mengerjakan baju-bajunya dan anak-anak.
Terima kasih le kat customer melor ni kerana beri kepercayaan kat melor mengerjakan baju-bajunya dan anak-anak.
10 comments:
terasa mcm nak try tempah baju kat awak lah~
bestnya kalau boleh jahit baju macam melur...tentu halus kerjatgn melur....
klik2 iklan nuffnang melur juga...:)
gadisbunga
silakan,
eni osman
best memang best tapi penat . klu dpt customer yg cerewet lagi begang.
tq tolong klik
Salam...rumah Melor kat mana ya kalau dekat boleh juga kak Zai mencuba.
kak zai
rumah melor di setiawangsa.dan melor ni tailor yg byk karenah kerana menjahit mengikut masa yang ada aje. hahhaha.
InsyaAllah..cik Melor kita kan jadi tailor yang dikenali dengan jahitannya yang halus dan selesa..;)
pn kartini
betul tu kalau kerja kita bagus kite boleh jadi tailor yg dikenali. tapi melor jauh lagi nak sampai tahap tu. melor cuma menjahit untuk suka2 dan penuhkan masa saja buat masa sekarang
Bestnya Melor. Boleh jahit uniform anak. Tak perlu beli. :)
yati. elor x le pandai sgt. tapi boleh la dari takda. seronok jahit baju anak2 ni.
Post a Comment