Saturday, October 1, 2011

'The Versatile Blogger' award.


Salam semua..... sehari dua lepas melor terima awards dari DiahRothman (kakDee). Tapi kan hari ni baru pi ambik, hahahah teruk punya olang laaaa. Bukan apa melor duk fikir apa la nak di tulis. Tambah-tambah lagi kak dee tu tulis nya dalam bahasa org putih. Maunya melor berpinar bijik mata membacanya. Lebuk juga la kamus den kerjakan sbb nak translate sebijik sebijik perkataan yang di tulis tu. hahahhaha. Maklum la melor tak berapa pandai bahasa org putih tuh. Jangan terasa hati ya Kak Dee.

Walau apa-apa pun melor terasa amat la besar hati sebab ada orang sudi beri kita awards. Itu tandanya ada yang sudi baca blog cikai melor dan juga itu tandanya blog kita di sedari kewujudannya.

Melor pun macam yati (tiru nih) buatkan 1 label baru sebab nak tempek gambar awards yang pernah di terima sebagai menghargai ingatan mereka semua pada melor. Terima kasih la pada mereka yang pernah beri melor awards tu ya.

There are rules to this award....1. Thank and link back to the person who gave you the award.
2. Share seven things about yourself on the post.
3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.

Well, about me...... :)

1. dalam family saya seorang anak yang tak pandai masak tapi sangat rajin mengemas dan hias laman rumah.

2. antara menjahit dan masak.... saya lebih suka mengemas rumah dan tanam bunga tapi tetap juga masuk dapur untuk suami dan anak-anak..... masakan melayu merupakan kegemaran saya.

3. Paling takut tempat tinggi dan naik motorsikal. Gayat laaa.


4. Sangat geli dengan kucing dan tak boleh terima kalau kucing melepas dan pancut merata-rata di kawasan saya

5. selain dari yang disebut kat blog saya, merenung keindahan ciptaan Tuhan adalah kegemaran saya. Kadang-kadang saya bermonolog sendiri "kenapa la ada yang sanggup merosakkan keindahan kurnian Tuhan"


6. saya mempunyai hobi yang sama dengan arwah ayah saya iaitu suka berkebun. Pernah kami di gelar "pasangan anak dan bapa yang gila pokok" dan memiliki kegemaran yang sama dengan ibu saya iaitu gemar berhias dan menjahit.7. sekarang saya sangat gembira kerana impian saya untuk memiliki perniagaan atas label sendiri perlahan-lahan menjadi nyata. Saya sedang dan berusaha untuk mencapai impian saya itu menjadi nyata sepenuhnya. Aminnnnn.

I am forwarding this award to some lovely lady-bloggers and crafters... and whose name I did not mentioned please do not hesitate to receive this too.... you are as great as the rest.
( kasi tau kemudian laaaa- cari lu)

p/s bagus juga amalan beri awards ni boleh mengeratkan hubungan silaturahim antara blogger.

No comments: