Tuesday, October 18, 2011

My Kedai Kat Facebook ???


Salam semua.....satu lagi kemajuan dalam hidupku. Hahahhahaaaaaaaa...... sebelum cerita apa-apa mari kita ketawa dulu. Orang dah lama ke bulan kita baru nak berniat. Orang dah lama berfacebook melor baru nak terkial-kial belajar update status di facebook hahahhaah.... sekali lagi. Ketinggalan betul la diri ku ini.

Sebenarnya akaun facebook ni dah lama melor miliki. Sebelum jatuh cinta dengan blog, facebook dulu yang yang melor kenali. Di sebabkan tak berapa suka benda- benda macam gini maka akaun facebook ku itu terbiar tanpa ada update status dicampur pula dengan tiada kepandaian dalam diri makin berkulat la dinding facebook ku itew. Anak dara melor yang berumur 8 tahun tu pun tahu pasal facebook ini kan pula maknya yang dah tua bangka ni. Hahhahahahah sekali lagi. Gelak untuk diri sendiri sebab berjaya jadi kodok bawah tempurung.

Tapi kini melor dah tak jadi kodok bawah tempurung lagiiiii tau. Kini daku dah berubah jadi kodok atas tempurung pula. Taraf tu dah naik sikit. Tak pa perlahan-lahan ku bergerak. Akan ku daki busut jantan tu hingga ke puncak kegemilangan. Akan ku tunjuk pada dunia bahwa aku juga boleh berjaya setanding mereka yang buka kedai kat facebook. Ohhhh tingginya azam dan kuatnya semangat ku untuk berjaya di facebook. Apa macam berkobar dan bersemangat tak kala membaca tulisan melor ini hihihih.

Apa-apa pun di sebabkan ketinggalan ini la, melor mula belajar tentang facebook. Sebelum ni banyak malas. Sekarang melor dah pandai update status di facebook. Melor juga dah berjaya buatkan satu page untuk CMelor's Shop kat facebook tuh. Tengok berapa tekun dan bersemangatnya melor. Melor pun dah tahu sikit-sikit nak godek-godek facebook tu. Masih lagi tengah belajar apa yang patut.

Untuk memudahkan mereka yang suka berfacebook menerjah CMelor's Shop melor buatkan satu link kat ruang atas blog kesayanganku ini. Klik aje kat situ sampai le kekawan ke tempat yang di tuju. Satu amanat ku untuk kekawan, jangan lupa klik butang "LIKE" ya. Bukan apa sekadar memberi sokongan dan semangat pada diri ku yang kerdil ini.

Satu lagi kejayaan kecil dalam diri. Syabas buat diri sendiri.

3 comments:

Yati said...

Tahniah, tahniah! ^_^

Melor said...

yati
terma kasih bagi sokongan

HEMA said...

tahniah, melangkah satu tapak lagi untuk kmajuan diri. sy je blm berani buka kdai maya ni...blm ada kyakinan. nak pinjam smangat cmelur sikit...boleh? hehehe...

apa pun, moga terus berjaya ye...
nnti sy like page cmelur tu

tq juga sbb bls emel sy tentang patung tu, sy jauh kat sabah nampaknya susah nk sampai kedai yg cmelur mksud kn tu.apa pun terima kasih byk2 ye.