Sunday, October 16, 2011

Malware Buat Ku Sedih

Salam semua...... 6 hari, apa benda yang di buat sampai tak sempat nak update blog ?. Walaupun begitu hari-hari melor baca bloglist dan tak bloglist pun di baca. Kadang-kadang tu bila boring melanda diri, melor suka merayap ke blog orang baca cerita yang mengembirakan hati. Lebih-lebih lagi kalau jumpa tulisan yang boleh beri melor semangat dan ilham. Suka tau. Maklum la stay at home mum banyak la masa yang terluang . Ditambah lagi hari minggu memang tak boleh buat kerja apa pun, itu kanak-kanak gembira tak sekolah suka ganggu ku buat kerja. Jadi melor punya jadual bekerja 5 hari seminggu. macam kerja gomen. Ehhh betul ke? sejak ku tinggalkan dunia gomen tuh dah tak tahu lagi aturan kerja di situ. Masa berlalu semuanya dah berubahkan.

Ni nak cite pasal malware yang buat melor sedih. Hari ni masa melor buka 2 blog yang melor suka baca tu. Terus je keluar ayat keramat macam nih " Warning : Something's Not Right Here" sah -sah la bila klik tak boleh buka blog kawan tu. Sedangkan melor suka merayap kat situ.. Kasihan kat fizan sew addict dan diy bermulanya disini. Kalau kawan tu terbaca n3 melor ni cepat -cepat la cari cara nak hapuskan virus yang hinggap kat blog awak orang tuh ya. Untuk sementara waktu melor akan padamkan nama blog kekawan tuh dari senarai bloglist melor untuk elak jangkitan malware. Pada kekawan yang perasan nama blog mereka hilang dari senarai bloglist jangan kecik hati itu hanya untuk sementara aje. Bila keadaan dah selamat melor letak balik nama blog kekawan kat bloglist kita ok.

No comments: