Thursday, July 14, 2011

Hati Ku Berdendang Riang


Salam semua..... gembira bukan kepalang bila yang di ingati dah menjelma tiba.
Tanpa rupa tanpa suara cukup sudah walau hanya huruf-huruf taipan di computer.
sekarang zaman sains dan teknologi, semuanya hanya di hujung jari.
Kawan lama yang hilang dapat ditemui.
Ooooo rupanya dia nun jauh di rantau menyambung pengajian. Buat meng-upgrade kan diri.

Terkenang kembali zaman kecil kami.
Anak-anak yang terkurung di dalam pagar besi.
Dunia kami hanya sekangkang cuma namun hati tetap gembira.
Berlari, berguling, melompat, bergaduh sesama sendiri tapi kami tetap mesra.
Indahnya waktu itu tak dapat dilupakan.
Aaahhh....kini tinggal hanya kenangan.

Bila kawan menyapa diri kenangan itu hidup kembali.
Terasa diri kembali kecil.
Agaknya macamana la rupa dia sekarang.
Masihkah handsome dan innocent seperti dulu!!!!!

p/s : yati, mastura, pije, lan dan lain-lain dimanakah kamu berada kini???

3 comments:

mala said...

amboi! kenangan mengusik jiwa nampak!

Melor said...

mala
hahaha..... secret woooo

Kunang-Kunang said...

Manisnya kenangan lalu.