Salam semua.... hari ni dah 30 haribulan besok 31 haribulan dan merupakan hari terakhir tahun 2010. Agak-agaknya azam tahun 2010 terlaksanakah semuanya?. Apa pula azam untuk 2011 kita kali ini. Di kesempatan ini saya a.k.a. melor nak ucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua follower melor dan silent reader. Terima kasih kerana sudi singgah dan baca blog ku ini. Semoga anda semua gembira dan maju jaya walaupun dimana anda berapa. Kita sayang awak semua tau.Thursday, December 30, 2010
Melor Nak Ucap....
Salam semua.... hari ni dah 30 haribulan besok 31 haribulan dan merupakan hari terakhir tahun 2010. Agak-agaknya azam tahun 2010 terlaksanakah semuanya?. Apa pula azam untuk 2011 kita kali ini. Di kesempatan ini saya a.k.a. melor nak ucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua follower melor dan silent reader. Terima kasih kerana sudi singgah dan baca blog ku ini. Semoga anda semua gembira dan maju jaya walaupun dimana anda berapa. Kita sayang awak semua tau.
Labels:
cerita melor
Wednesday, December 29, 2010
Kekalkan Cinta Di Hati Suami
Salam semua.... mengekalkan rumahtangga tidak semudah mendirikannya. Saban tahun ribuan pasangan mengambil keputusan untk membawa haluan masing-masing lantaran ketiadaan persefahaman dalam melayari bahtera perkahwinan. Beberapa langkah ini mungkin dapat membantu kita para isteri untuk mengekalkan cinta di hati suami.
1. Hindarkan perasaan rendah diri. Kekalkan rasa cinta dihati dengan mengelak rasa rendah diri bermukim di hati. Biarpun telah mempunyai anak yang ramai dan bentuk tubuh sudah tidak seramping dulu yakinlah pada diri sendiri.
2. Jangan memperendahkan pasangan. Biar setinggi mana pun pangkat dan kedudukan anda, suami perlu dihormati.
3. Hormati perasaannya. Wajib hormat dan muliakan suami sebagai ketua keluarga, panggillah suami dengan cara yang sopan serta elakkan bercerita keburukan suami kepada orang lain hatta kepada keluarga sekali pun.
4. Jujur dan berpegang pada janji. Bersikap jujur dalam segala hal kerana dengan cara itu dia akan lebih menghormati kita berbanding dia mengetahui sesuatu tentang kita daripada orang lain.
5. Komunikasi. Komunikasi juga menjadi punca utama untuk mendapatkan hubungan harmoni antara suami isteri.
6. Sentiasa disisinya. Sentiasa berada disisinya dalam apa jua keadaan, susah atau senang. Selalu dengar luahan hati dengan cara ini sedikit sebanyak sudah dapat mengekalkan cinta suami.
7. Lakukan perkara yang disukainya. Lakukan perkara-perkara yang suami sukai dan tidak melukai perasaannya.
* sumber mwanita
1. Hindarkan perasaan rendah diri. Kekalkan rasa cinta dihati dengan mengelak rasa rendah diri bermukim di hati. Biarpun telah mempunyai anak yang ramai dan bentuk tubuh sudah tidak seramping dulu yakinlah pada diri sendiri.
2. Jangan memperendahkan pasangan. Biar setinggi mana pun pangkat dan kedudukan anda, suami perlu dihormati.
3. Hormati perasaannya. Wajib hormat dan muliakan suami sebagai ketua keluarga, panggillah suami dengan cara yang sopan serta elakkan bercerita keburukan suami kepada orang lain hatta kepada keluarga sekali pun.
4. Jujur dan berpegang pada janji. Bersikap jujur dalam segala hal kerana dengan cara itu dia akan lebih menghormati kita berbanding dia mengetahui sesuatu tentang kita daripada orang lain.
5. Komunikasi. Komunikasi juga menjadi punca utama untuk mendapatkan hubungan harmoni antara suami isteri.
6. Sentiasa disisinya. Sentiasa berada disisinya dalam apa jua keadaan, susah atau senang. Selalu dengar luahan hati dengan cara ini sedikit sebanyak sudah dapat mengekalkan cinta suami.
7. Lakukan perkara yang disukainya. Lakukan perkara-perkara yang suami sukai dan tidak melukai perasaannya.
* sumber mwanita
Labels:
info kongsi2
Tuesday, December 28, 2010
Lembutkan Ayam Pencen
Salam semua....pernah makan ayam pencen tak? selalunya bila beli ayam pencen ni, kalau tak masak kari melor akan masak rendang. Rasanya memang best macam kita makan ayam kampung. Tapi masalah ayam pencen dagingnya liat sangat . Jadi untuk melembutkan daging ayam pencen ni masukkan akar pokok daun pandan semasa merebus daging tersebut. Dengan cara ini daging ayam akan jadi lembut. Ini cara melor nak lembutkan daging ayam tu. Selamat mencuba.
Labels:
Tip dan Petua Orang Dapur
Sunday, December 26, 2010
Mencari Jiiraff
gelagat baby dahlia mencari dan memujuk jiiraffnya. Tempat yang selalu dikunjungi dan paling dia suka untuk meneroka dan landing.
.
.
.
.
.
.
.
Labels:
cerita anak2 melor
Saturday, December 25, 2010
Thursday, December 23, 2010
Pisang Kawal Nafsu Makan
gambar googleSalam semua... pisang mempunyai kandungan vitamin B6 yang tinggi dan berfungsi membantu dalam penghasilan serotonin dalam otak. Serotonin pula berfungsi dalam mengawal nafsu makan, mengurangkan tekanan dan rasa sakit. Kandungan karbohidrat yang tinggi, vitamin c, potassium dan sedikit karotena membezakan pisang dengan buah-buahan lain. Dari segi perubatan tradisional pisang membantu sistem penghadaman dan menyembuhkan bisul perut. Nampak gaya kena amalkan makan pisang selalu le walaupun melor tak berapa suka makan pisang. Dalam usaha daku meng'control' badan dari melampau-lampau kembangnya.
*sumber harmoni
Labels:
info permakanan
Wednesday, December 22, 2010
Tip Memudahkan Amalan Menabung
Salam semua... amalan menabung biarpun tampak mudah tetapi amat sukar untuk di realisasikan terutama kepada mereka yang boros. Tabungan amat penting bagi tujuan kecemasan dan bagi keperluan masa hadapan. Sebenarnya dalam memupuk amalan menabung, sikap diri sendiri adalah kunci utama. Antaranya ;
1. Jimatkan pengunaan elektrik
matikan semua suis elektrik sekiranya tidak digunakan.
2. Rancang perbelanjaan
buat senarai barangan yang hendak dibeli sebelum ke kedai. Beli ikut keperluan bukan ikut nafsu.
3. Berhenti merokok
amat sukar untuk berhenti merokok tapi kita boleh mencuba berhenti merokok dengan perlahan-lahan. Berhenti merokok bukan sahaja menjimatkan kewangan tapi juga menjamin kesihatan.
4. Bawa bekal
bekalkan anda dan anak-anak bekalan dari rumah. Lebih jimat dan menjamin kebersihan
5. Beriadah di rumah atau kawasan berdekatan
joging di sekitar perumahan atau tempat riadah yang disediakan secara percuma.
6. Cuci sendiri kenderaan
sekiranya pergi ke 'carwash' kira perlukan rm7-10 untuk sekali cuci kereta. Untuk berjimat apakata kita mencuci sendiri kereta.
7. kurang pengunaan kad kredit
pengunaan kad kredit secara tak terancang akan menambah beban hutang secara tak sedar.
8. Ubah tabiat makan di restoran mahal
cuba beralih kepada restoran dan gerai yang berharga lebih murah.
9. Kurangkan aktiviti hiburan
kalau yang suka mengunjungi pusat karaoke pada hujung minggu apakata sediakan set karaoke di rumah kerana ia lebih menjimatkan masa dan wang kita.
10 . Buat potongan melalui gaji bulanan
pemotongan gaji lebih bersifat praktikal kerana tak perlu fikirkan lagi pasal tabungan kerana dah dibuat secara automatik.
no 1 - ok sentiasa pastikan suis letrik di tutup
no 2 - ok selalu tulis senarai barangan nak beli
no 3 - ok sebab tak merokok
no 4 - ok boleh cuba
no 5 - ok selalu buat
no 6 - ok boleh buat
no 7 - ok memang tak pakai kad kredit
no 8 - ok boleh buat
no 9 - ok sebab tak karaoke
no 10 - agak susah la sebab melor tak ada gaji bulanan huwaaaaaa
* sumber harmoni
Labels:
Tip kewangan
Tuesday, December 21, 2010
Cara Buat Telur Masin
Salam semua.... kalau dah rezeki tak kan kemana. Baru je teringat nak makan telur itik masin buatan sendiri. Tup..tup..alih..alih dapat telur itik free. Apalagi dengan pantasnya terus ke dapur. Biasa la bila hidup berjauhan dari keluarga macam-macam kerinduan bertandang di sanubari. Ok mari Melor tunjukkan cara nak buat telur masin "cara bonda kita".
Labels:
tutorial
Monday, December 20, 2010
Kangkung Sebagai Anti Racun
Salam semua.....menurut pakar kesihatan dari Filipina Herminia de Guzman, kangkung dianggap sebagai penghilang racun dari tubuh. Kangkung juga kaya dengan vitamin A, B1, C, protein, kalsium, fosfor, zat besi, karoten, sitosterol dan hentriakontan. Lepas ni kena la makan kangkung banyak-banyak. Lagipun harga seikat kangkung tak la mahal dan senang untuk didapati. Kalau rajin dan ada masa, ada ruang boleh la tanam sendiri kangkung ni. Lagi pun nak tanam kangkung bukannya susahkan. Lepas ni melor nak tanam kangkung banyak-banyak kat belakang rumah. Boleh la dapat bekalan segar setiap hari.
Labels:
info permakanan
Sunday, December 19, 2010
Apa Harus Ku Buat
Salam semua .... kali ni melor memang susah hati. Susah hati betul-betul tak main-main ni tau. Nak dijadikan cerita masa duduk mengemas siang tadi, ternampak la penimbang bawah lemari. Bila dah ternampak terus la jadi ternaik atas penimbang yang dah berhabuk tahap maksima tu. Nak menunjukkan bahawasanya dah lama daku tak menimbang berat badan. Bila di landing aje kaki kat atas penimbang tu maka terdengar lah jeritan ayo..yo.. yoooo ku tak percaya, tak percaya. Tak sanggup dan ngeri daku untuk melihatnya. Dengan tiba-tiba hati ku menjadi kecut. Kecut- sekecutnya la kata orang. Mungkin kah daku akan menjadi seperti gambar dibawa ini.
Tak mahu dan tak sangup jadi begini. Ada sapa-sapa yang boleh bagi idea supaya boleh slim tanpa perlu berdiet gila-gila, suntikan. bersenam, pil kurus, slimming program dan yang seangkatan dengannya.
Labels:
info permakanan
Saturday, December 18, 2010
Adenium Obesum
Salam semua.... mari berkongsi cerita pasal adenium obesum atau kemboja cina. Merupakan bunga kegemaran sehingga melor sanggup menanamnya walaupun laman rumah ku ciput. Melor ada 2 warna bunga pokok adenium iaitu merah dan putih. Yang warna merah baru habis berbunga manakala yang warna putih pula belum lagi berbunga jadi melor google aje gambarnya.
Adenium obesum atau lebih di kenali sebagai kemboja cina merupakan pokok dari famili apocynaceae. Ia sejenis pokok yang berbunga cantik. Berasal dari Africa Timur dan Selatan Arab. Juga digelar dengan gelaran 'desert rose' iaitu rose padang pasir mungkin kerana bunganya seakan ros dan hidup subur di kawasan yang kurang air.
Adenium ini boleh dibiakkan dengan cara keratan batang dan biji benih. Untuk penanaman adenium perlukan tanah yang senang air mengalir jadi campurkan tanah dengan pasir sungai ketika proses penanaman. Ia memerlukan cahaya yang banyak dan sedikit terlindung untuk hidup subur dan berbunga cantik. Hanya siram sekali sehari ketika cuaca panas. Manakala pembajaan pula baja najis ayam paling sesuai untuk adenium tetapi boleh juga gunakan baja biji untuk kesuburan pokok ini.
Tip:
- jangan biarkan air siraman bertakung boleh menyebabkan akarnya busuk dan pokok mati tiba2.
- boleh kacuk batang nya dengan pokok berbunga warna lain untuk hasilkan bunga yang pelbagai.
- "awas" getah pokok adenium beracun jika termakan
Labels:
garden
Friday, December 17, 2010
Tips Legakan Batuk
Salam semua ....... Koh koh koh, ahh...... I batuk- batuk la maaf ya. Dah berminggu I batuk. Pergi klinik pun tak mau baik-baik jugak. Macam mana nak buat ni ya. Pernah dengar percakapan tersebut tak? bukan saya yang batuk cuma intro nak bagitau petua cara untuk kurangkan batuk dan gatal leher. Kadang-kala batuk yang berlarutan ini amat menyiksakan dan menganggu tugas seharian kita. Apakata anda mencuba dengan cara minum atau makan sesudu besar madu yang di perah sehiris asam limau nipis keatas nya . Insyaallah batuk dan gatal-gatal leher akan berkurangan dan cepat baik. Tak cuba mana nak tahu hasilnya dah cuba pasti anda tersenyum gembira.
Thursday, December 16, 2010
Makanan Anti Lelah
Salam semua....'tahukah anda bahawa makanan yang kaya nitrat seperti bayam dan strawberi dapat membuatkan anda tidak mudah berasa lelah atau penat semasa bersukan. Menurut laporan dari Act Physiologica, nitrat menghasilkan 'nitric oxide' yang berperanan meningkatkan aliran darah dan oksigen ke dalam otot. Dengan itu anda tidak akan cepat berasa lelah.'
Bagus ni, sebagai pengurus tanpa pembantu melor memang memerlukan tenaga yang berlebihan. Maklumlah peon, driver, bibit, tukang kebun, tukang pergi pasar semua melor sapu jawatan nya hehehe. Jadi kena la makan buah strawberi gan bayam banyak-banyak supaya melor bertenaga aje setiap harikan. Yang pasti daku amat-amat mengemari buah strawberi yummmmyyyyy.
*sumber rapi
Bagus ni, sebagai pengurus tanpa pembantu melor memang memerlukan tenaga yang berlebihan. Maklumlah peon, driver, bibit, tukang kebun, tukang pergi pasar semua melor sapu jawatan nya hehehe. Jadi kena la makan buah strawberi gan bayam banyak-banyak supaya melor bertenaga aje setiap harikan. Yang pasti daku amat-amat mengemari buah strawberi yummmmyyyyy.
*sumber rapi
Labels:
info permakanan
Wednesday, December 15, 2010
Seni Botol
Salam semua.... walaupun bukan pengumpul tegar tapi melor tetap suka mengumpul benda-benda comel. Contohnya botol jem ni. My big hero suka bersarapan dengan roti dan jem. Jem kegemarannya pula jenama St.Dalfour yang kebetulan botolnya berbody cantik. Masalah yang timbul bila lambat betul jem tu nak habis disebabkan my big hero sorang saje yang makan jem tu. Melor dan anak2 lebih suka makan roti dengan madu dicampur olive grove aje. Banyak kesabaran yang diperlukan untuk mengumpul botol-botol ni.
Labels:
D.I.Y-recycle
Tuesday, December 14, 2010
Udang Peria Cili Padi
bahan-bahannya:-
udang
buah peria (potong rendam air garam seketika untuk hilangkan pahit)
cili padi* (ikut kepedasan sendiri)
bawang putih*
bawang merah*
kunyit hidup*
santan
garam, gula
cara-caranya:-
kisar @ tumbuk bahan bertanda*. masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk bersama buah peria dan santan. Tunggu sekejap supaya buah peria tadi lembik sikit barulah dimasukkan udang. Lepas tu rasalah garam dan gula mengikut citarasa sendiri ya.
'koleksi resipi mudah cara CMelor'
Labels:
recipes
Monday, December 13, 2010
Giveaway Dari Balancing! Balancing! Balancing
Mug Dari Kurnia
Labels:
Hobi-kumpul
Sunday, December 12, 2010
Pemelihara Kucing Perlu Peka
Salam semua....terdapat beberapa perkara yang perlu di beri perhatian serius. Antaranya luka akibat daripada serangan kucing kesayangan anda tidak boleh dibiarkan begitu aje. Harus segera bersihkan luka dengan sabun dan air yang banyak. Sapukan antiseptik untuk mengelak jangkitan. Kuku dan mulut kucing merupakan tempat pembiakan kuman. Sekiranya luka tidak dirawat dengan baik ia mungkin akan bernanah. Pemelihara kucing perlu mendapatkan suntikan "tetanus" ataupun penyakit kancing mulut bagi setiap 5 atau 10 tahun.
*sumber rapi
Labels:
info kongsi2
Saturday, December 11, 2010
Kertas Bil
Salam semua.... asal beli aje dapat bil lepas tu terus masuk beg bawa balik rumah. Bila berkemas sedar2 dah bertimbun kertas bil yang terkumpul. Terpikir-pikir melor apaaaaa yang boleh dibuat dengan kertas2 bil ni.
Labels:
D.I.Y-recycle
Friday, December 10, 2010
BlogLarian
Salam semua.... n3 ke2 melor hari ni ialah menjawab tag dari cik matahari71 dan tomei. Terima kasih kerana mengetag melor ya.
1) Letak banner ni dan link kan ke http://bloglarian.blogspot.com/
ok .
2) Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)
kerana suka tau kisah2 mereka, tambah kawan, share apa yang patut.
3) Follow Bloglarian
ok.
4) Tag 3 orang atau lebih rakan
http://alamroon.blogspot.com/
http://www.adilaayl.com/
http://rose-lina.blogspot.com/
5) sila beritahu rakan yang anda Tag melalui comment
ok.
6) Tinggalkan link post anda di comment entry ini bersama NAMA BLOG ANDA
ok.
Jangan marah ya mereka yang kena tag.
Red And Purple Ball
Salam semua.... bila bercerita pasal anak buat melor jadi teruja. Macam la melor sorang yang ada anak hihihi... Nak buat camana dah itu je kerja ku. Nda a.k.a dahlia dah masuk 5 bulan. Bukan main ligat dan gembiranya dia meneroka sudut2 rumah. Jelajah sana jelajah sini tup-tup kecepur kecepir waaaaaagh bunyinya (menangis la tu) . Kadang2 melor rasa penat sebab kena perhatikan dan mengutip si dahlia ni. Dahlia juga dah pandai bermain dengan objek paling dia suka bila dapat bermain dengan bola. Warna merah dan purple amat menarik perhatiannya.
Labels:
cerita anak2 melor
Thursday, December 9, 2010
Tip Segar Sepanjang Hari
Salam semua..... jom kongsi 10 cara nak sihat cara semulajadi. Tak salahkan kalau kita mencuba.
* mulakan hari dengan berfikiran positive
* lakukan senaman ringan
* atur kegiatan seharian dengan sebaik-baiknya
* sentiasa menjaga kesegaran tubuh badan
* istirehat itu penting
* gembiralah dalam setiap keadaan
* selesaikan tugasan di pejabat
* cukup tidur
* selalu senyum
* banyakkan bersyukur
Labels:
info kongsi2
Wednesday, December 8, 2010
Murraya Paniculata
Labels:
garden
Tuesday, December 7, 2010
Tempe Mampu Lawan Radikal Bebas
Salam semua.... tahukah bahawa tempe berpotensi melawan radikal bebas sehingga dapat melawan proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif (aterosklerosis, jantung koroner, diabetes, kanser dll). Juga mengandungi zat anti bakteria penyebab cirit-birit, penurun kolesterol darah, pencegah penyakit jantung, hipertensi dll. Dengan adanya enzim percernaan yang dihasilkan oleh tempe, maka protein, lemak dan karbohidrat pada tempe menjadi mudah dicerna di dalam tubuh. Ia sangat sesuai bagi setiap peringkat umur.
*sumber rapi
*sumber rapi
Labels:
info permakanan
Monday, December 6, 2010
Hilangkan Bau Teko Yang Disimpan
Salam semua....pernah kah kawan2 mengalami masalah dengan teko. Ia teko buat bancuh air tu. Biasanya bila kita simpan teko lama2 sangat kat dalam almari tu, teko kita akan selalunya berbau. Walau dicuci berulang kali bau itu tetap juga tak nak hilang. Untuk hilangkan bau tu mari kita cuba cara ini. Masukkan sedikit gula pasir ke dalam teko sebelum disimpan. Senang kan. Selamat Mencuba
Sunday, December 5, 2010
Free Dari Yuri Lagi
Labels:
Hobi-kumpul
Saturday, December 4, 2010
Kari Telur Berterung
bahan-bahannya :-
3 biji telur
2 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
10 tangkai cili kering*
2 cm halia*
4 potong terung panjang ( sorry terung habis guna bendi)
1 peket serbuk kari ikan
2 tangkai daun kari
santan
garam dan gula
Cara- caranya :-
1. rebus telur hingga masak dan digoreng sedikit. Angkat letak tepi.
2. kisar bahan bertanda * serta tumis sehingga naik bau dan pecah minyaknya.
3. masukkan serbuk kari dan daun kari tumis lagi hingga wangi. Sila gunakakn api yang perlahan untuk tumisan kita menjadi cantik.
4. tuang santan biarkan mendidih dan pekat.
5. Bila mendidih masukkan terung dan telur.
6. masukkan garam dan gula mengikut selera sendiri.
Labels:
recipes
Friday, December 3, 2010
Mangkuk Percuma Jacob's
Salam semua ..... hari ini daku nak menayang mangkuk free dari Jacob's. Dapat masa beli biskut jacob's high fiber. Tak berapa pasti tahun mendapatnya melor lupa. Almaklum umur pun dah nak senja. Yang pasti tahunnya tak melebihi 2008 - 2009. Ciri2 mangkuk seakan produk stoneware berat aje.
Labels:
Hobi-kumpul
Thursday, December 2, 2010
Tip Hapus Semut Dbkl
Salam semua .......macam2 semut ada kat lantai rumah ku ini. Ada ke patut mereka berfun fair dalam rumah melor. Hoi semut pergi kau dari sini aku tak sudi melihat kau lagi hihihi....... Tak boleh nak kata apa dah. Banyak betul semut tu ada yang besar, kecil, merah hitam, kelabu dan macam lagi lah. Satu yang tak boleh tahan semut yang melor namakan semut DBKL. Semut ni suka sangat angkut apa saja untuk dibawa kesarang nya. Macam dalam gambar ni dibawah ni. Dah beberapa kali ku ambil khidmat pembunuh upahan untuk menghapuskan mereka itu. Tak juga mati. Apa ilmu mereka pakai kebal betul.
Labels:
Tip dan Petua Orang Dapur
Wednesday, December 1, 2010
Short Pants
Salam semua..... satu hari masa bawa anak2 gi jalan2 melor terjumpa t-shirt di jual murah. Kebetulan MI memerlukan baju baru maklum badan dah membesar. Jadi melor borong 10 helai. Baju dah banyak seluar pula yang kurang. Maka dengan penuh kasih sayangnya, rela ku korbankan 2 helai t-shirt lama untuk dipotong jadikan seluar pendek untuk my hero. Mood kedua2 baby pun ok mereka tak buat perangai malam tadi. Awal2 lagi dah tidur biasanya kalau jarum jam tak mencecah pukul 12 belas tak maunya mereka berdua tu beradu. Kesempatan itu melor gunakan untuk jahitkan MI seluar pendek. Bukan main happy lagi dia.
Labels:
cerita melor,
CMelor-handmade,
CMelor-sewing
Subscribe to:
Posts (Atom)












