Salam semua.... nda datang lagi. Sekarang umur saya dah 4 bulan. Kepandaian saya kini dah bertambah. Saya pandai melakukan aksi acrobatic. Bila lakukan gaya ini kena la dicampur dengan tangisan yang nyaring baru la cukup lemak, manis, masin dan masamnya.Taktik ini saya guna bila nak tarik perhatian ibu supaya cepat2 mendukung saya hehehe..... Pandai tak saya. Jom tengok aksi acrobatic saya.
Tuesday, November 30, 2010
Monday, November 29, 2010
Sotong Goreng Simple
bahan-bahannya:
sotong
bawang besar - mayang
cili besar - potong
cili padi sikit - potong
kunyit
minyak untuk menggoreng
garam + gula secukup rasa
cara-caranya:
sotong dipotong cuci bersih dan dilumur dengan garam dan kunyit. Goreng dalam kuali tanpa minyak untuk keringkan air sotong. Bila dah agak kering masukkan sedikit minyak masak dan bawang, cili besar dan cili padi ke dalam sotong tadi. Rasalah garam, gulanya mengikut selera anda. Kacau sampai bawang layu sedikit angkat. Dah sedia untuk dihidangkan.
Labels:
recipes
Sunday, November 28, 2010
Tip Halau Kutu Beras
gambar google
Salam semua...... pernah kah kawan-kawan mengalami masalah kutu beras. Ulang sekali lagi ya K.U.T.U B.E.R.A.S bukan kutu kepala, kutu kucing atau kutu-kutu yang sewaktu dengannya. Melor ada cara nak mengatasinya. Kawan-kawan boleh cuba cara ini. Ambil 3 @ 4 biji bawang putih dan masukkan ke dalam beras. Boleh juga letakkan cili kering. Kasihan gan kutu-kutu tu terpaksa berpindah. Selamat mencuba.
Labels:
Tip dan Petua Orang Dapur
Saturday, November 27, 2010
Friday, November 26, 2010
Penipuan SMS
Salam semua...... sebagai peringatan pada kawan-kawan dan juga diri sendiri. Berhati-hati bila terima sms macam dalam gambar tu. Ni cara baru nak menipu. Nasib baik melor dah terbaca dalam satu blog pasal penipuan ni. Lagi pun dalam hidup melor x pernah ada pakcik yang sesopan itu. Ok itu sahaja yang nak melor kaci tau kawan-kawan ya.
Labels:
cerita melor
Selamat Hari Lahir Anak Ku
Salam semua .... semalam merupakan ulang tahun kelahiran hero melor yang ke 3. Tiada majlis dianjurkan sekadar makan2 bersama sepupu2 yang datang bercuti di rumah melor aje. Dah besar pun anak ibu. Doa ibu semoga MI akan menjadi anak yang soleh, berjaya dan bahagia dalam hidup bila besar nanti.
Labels:
cerita anak2 melor
Thursday, November 25, 2010
Sabun Hotel
Salam semua..... kalau kita pergi bercuti tak kira la dimana-mana saja pun pasti kita akan bermalam di resort, hotel dan lain2. Kita juga akan dibekalkan dengan set mandian yang comel2 dalam bilik air tu. Melor suka kumpul benda2 comel ni buat kenangan. Bila pergi kenduri kita akan dapat uncang macam kat dalam gambar tu. N3 melor hari ini pula berkenaan kitar semula @ recycle. Jadi Melor nak kongsi cara yang boleh kita gunakan untuk mengitar semula sabun dan uncang tu. Caranya gini ambil uncang dan masukkan sabun pastikan pembalut sabun dibuang dahulu ya. Gantung uncang tu kat dalam almari baju anak2 @ letak aje dalam laci kabinet rumah anda sebagai ganti pewangi. Melor dah cuba cara ni memang berbaloi-baloi dapat berjimat lagi kerana tak payah keluarkan duit beli pewangi.
Labels:
D.I.Y-recycle
Wednesday, November 24, 2010
Guzmania Lingulata
Spesis ini mempunyai bunga yang amat cantik dan unik. Merupakan spesis yang paling glamour dikalangan tanaman hiasan bromiliad. Juga di kenali dengan panggilan pokok scarlet star @ orange star. Berdaun panjang serta tirus seakan pokok nanas ditempat kita tetapi tidak berduri. Bunga bromiliad apabila kembang bunganya boleh bertahan beberapa minggu. Merupakan pokok eksotik yang dikatakan berasal dari Amerika Selatan yang beriklim tropika seperti Brazil dan negara2 yang berdekatannya.
Cara biak :
~ biji benih
~ keratan anak sulur @ offset
Tanah :
~ tanah peroi, baja kandang, pasir sungai dimana air siraman mudah mengalir.
Cahaya :
~ sukakan cahaya matahari yang sedikit terlindung.
Air :
~ siram 2 kali sehari pagi dan petang. Pastikan tanah kering sebelum siram semula.
Baja :
~ baja najis ayam @ kelawar yang telah di proses.
~ baja kimia jenis cecair @ biji
Idea pameran :
~ boleh tanam atas tanah
~ tanam dalam pasu
Tips :
~ sembur daun ketika hari terlalu panas
~ masukkan air kedalam ruang reservior @ kelopak daun @ celah daun bahagian tengah.
Labels:
garden
Tuesday, November 23, 2010
Gelas Coca Cola
Salam semua....... tadi melor jalan2 le rumah kawan lama, kawan baru dan kawan yang akan jadi kenalan. Dalam duk merayap2 tu melor jumpa la blog2 yang ada hobi macam melor ni. Iaaaaaaa betuuuuuul melor tak tipu mereka tu kumpul barang free, antik dan macam2 barang lagi la. Tak sangka sambutan pada hobi ini meriah juga. Dulu melor ada rasa sikit malu la nak buat n3 pasal hobi melor ni. Tetapi kini tidak lagi sebab melor dah tau hobi gini pun ramai peminatnya.
Monday, November 22, 2010
Power Root Bagi Freeeee
Salam semua..... Jangan kata barang free tak da yang minat ya. Melor buatkan n3 ni khas untuk kawan-kawan yang suka kumpul benda-benda free. Untuk naikkan semangat dia orang dan bagi tau bahawasanya ada lagi insan lain yang suka kumpul benda free macam mereka. Daku la tu ahaks3. Koleksi ni sebenarnya dah lama dapat. Dah dapat kumpul tiga biji mug pun tapi itu anak sudah pecahkan 2 biji. Bila la power root ni nak kasi hadiah macam ni lagi nak cukupkan koleksi.
Labels:
Hobi-kumpul
Sunday, November 21, 2010
Sepetang Di Aco
Labels:
cerita melor
Saturday, November 20, 2010
Tips Enakkan Sup Tulang
Salam semua ...... semalam n3 pasal sup tulang. Jadi hari ni nak kasi tip @ petua la konon2 ada kaitan antara n3 ke n3 cehwah2 perasan je lebih. Nak kasi tip glamourkan blog haiyaaaa blog sendiri pun suam2 aje. Daku hanya pandai bagi petua di dapur aje. Jadi hari ni melor bagi tip @ petua bagaimana cara nak sedapkan sup tulang. Kata orang marvelus berbaloi-baloi. Caranya dengan masukkan beberapa potong tebu yang di belah kecil-kecil ke dalam air rebusan tulang. Lepas tu boleh la di masak seperti biasa pasti enak. Selamat mencuba.
Labels:
Tip dan Petua Orang Dapur
Friday, November 19, 2010
Sup Tulang CMelor
Bahan-bahannya:-
1/2 kilo tulang lembu + daging cincang
3 biji bawang besar - mayang
3 biji bawang putih - ketuk
2 sm halia - ketuk
2 sm lengkuas - ketuk
1 btg serai - ketuk
1 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 btg kayu manis
1 bunjut rempah sup (suka hati jenama apa)
1 biji tomato
cili padi
bawang goreng
daun bawang + daun sup
limau nipis
garam, gula dan sedikit serbuk perasa
minyak
cara membuatnya:-
- rebus tulang + daging cincang sampai lembut.
- dah agak lembut masukkan sup bunjut, bawang putih, halia, lengkuas dan serai yang diketuk kedalam rebusan tulang tadi, biarkan ia mereneh.
- bawang merah tadi di goreng dan jadikan bawang goreng. 1/2 masukkan ke dalam sup.
- tumis rempah empat sekawan tadi. Tuang kan ke dalam periuk sup biarkan mereneh dengan
api perlahan.
- masukkan garam, gula, serbuk perasa.
- ketuk cili padi masukkan kedalam sup dengan hirisan tomato
- hiaskan dengan 1/2 bawang goreng tadi, daun sup dan daun bawang.
- perah limau nipis sebelum makan.
- siap untuk di hidangkan.Yummy sedapnya. Cubalah kawan-kawan.
Labels:
recipes
Thursday, November 18, 2010
Japanese Roses
Tanah:
~ campuran tanah yang senang air mengalir keluar. (tanah peroi, tanah gambut/baja organik, pasir sungai).
Cahaya:
~ Perlukan cahaya matahari yang banyak untuk menyerlahkan bentuk dan warna yang menarik
Air:
~ Perlukan siraman 2 kali sehari iaitu pagi dan petang.
~ Hari hujan siram bila perlu aje.
~ Tak suka air bertakung nanti akarnya menjadi reput.
Pembajaan:
~ guna baja larutan dan baja cecair kerana ia paling sesuai.
~ boleh guna baja biji (baja kimia) tetapi kena berhati-hati kerana batang pokok mudah lecur sekiranya terkena batang pokok.
Pembiakan:
~ guna keratan batang. Tanam terus kedalam tanah.
~ guna bji benih.
Idea Pameran:
~ Pasu gantung
~ sebagai pokok tutup bumi
~ tanam batas dan campur dengan pokok bunga lain
Tips:
~ sentiasa kerat pucuk untuk galakkan pertumbuhan ranting dan bunga yang banyak.
~ jangan biarkan tanah kering boleh bantutkan pertumbuhan pokok dan kurangkan bunga.
Labels:
garden
Wednesday, November 17, 2010
Sate Goreng
bahan-bahannya:-
1 kilo daging @ ayam
10 ulas bawang merah #
3 ulas bawang putih #
2 inci halia #
2 inci lengkuas #
3 btg serai #
2 inci kunyit #
1 sudu kecil jintan manis *
2 sudu kecil jintan putih *
4 sudu kecil ketumbar *
garam dan gula mengikut selera masing-masing
cara membuatnya:-
- bersihkan daging @ ayam sejat dan masukkan ke dalam bekas untuk di perap.
- sangai dulu bahan yang bertanda * dan kisar selepas itu. Masuk ke dalam bekas perap.
- kisar bahan yang bertanda # dan masukkan ke dalam bekas perap.
- Masukkan gula dan garam secukupnya dan digaul rata. Simpan dalam peti ais.
Cara menggorengnya :-
- masukkan dulu daging @ ayam ke dalam kuali tanpa minyak sehingga kering air daging barulah di tuangkan sedikit minyak masak. Seeloknya pakai kuali yang tidak melekat.
Labels:
recipes
Tuesday, November 16, 2010
Kita Raya Lagi
jadi melor nak ucapkan selamat hari raya aidil adha kat kawan-kawan semua
Semoga gembira selalu
.
.
.
.
.
.
Labels:
cerita melor
Monday, November 15, 2010
Bersihkan Karat Kopi Atau Teh
Salam semua...... tentu seronok kalau ada yang sudi datang bertandangkan. Kata orang tua2 bila orang datang rumah kita itu tandanya rezeki yang datang. Tapi yang tak seronoknya bila cawan dan teko kita ada kesan karat kopi @ teh malukan. Tak pa melor ada cara nak dikongsikan untuk menghilang kan benda tu semua. Begini cara nya ya kawan-kawan. Bancuh serbuk sabun dengan air panas dan rendam cawan gan teko selama 5 minit. Setelah itu angkat, cucilah seperti biasa dengan air bersih. Boleh juga rendamkan teko gan cawan dengan air suam yang dicampur dengan perahan asam limau nipis dan garam. Rendam lama sikit lebih kurang 15 minit angkat dan cuci bersih seperti biasa. Cara paling brutal kalau karat tu degil tak mau gak hilang, gunakan aje pencuci serbaguna jenama cif botol putih. Sental dengan mengunakan berus besi halus (serbuk). Ingat tu berus besi halus(serbuk) jangan pulak disental dengan berus besi kasar rosak pula teko gan cawan tu nanti. Selamat mencuba.
Labels:
Tip dan Petua Orang Dapur
Saturday, November 13, 2010
Lemak Cili Padi Telur Ikan
bahan-bahannya :-
1/2 kilo telur ikan
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 batang serai - titik
10 biji cili padi* (tambah kalau mahu pedas)
1 cm kunyit hidup*
santan
cili hijau (hiasan)
garam dan gula
Cara membuatnya :-
- kisar semua bahan yang bertanda *
- masukkan santan, serai dan bahan yang dikisar ke dalam periuk jerang hingga mendidih.
- perlahankan api masukkan telur ikan. Sentiasa kacau perlahan-lahan sehingga telur ikan tadi masak.
- tutup api, angkat dah siap untuk dihidangkan.
Labels:
recipes
Friday, November 12, 2010
Cara Mudah Pasang Getah
Salam semua........ melor nak tunjukkan cara mudah nak pasang getah seluar atau apa-apa aje yang mengunakan getah. Apa yang kita perlukan hanyalah:-
Labels:
sewing tips,
tutorial
Thursday, November 11, 2010
Pegaga Embun
Salam semua...... n3 melor hari ni bawah label garden ya kawan-kawan. Bagi yang minat berkebun jangan lepaskan peluang membacanya. Rugi kalau tak baca banyak info berguna pasal pokok pegaga embun ni melor masukkan. Baca jangan tak baca. Penat melor buat kajian sebelum terbitkan entri ni. Haih sakit pinggang ni dibuatnya tau. Cukup la intro pengenalan tu sekarang mari kita fokus ke tajuk yang sebenarnya iaitu pegaga embun.
Ia juga dikenali sebagai pokok pegaga air. Selain boleh dijadikan ulam dan juga jus kesihatan ia juga boleh ditanam sebagai tanaman di ruang dapur, taman mini air dan lain-lain lagi. Pegaga embun adalah sejenis tanaman akuatik @ air.
Ciri-ciri menarik pada pegaga embun ini ialah daunnya bulat dengan tangkai yang panjang dan lembut. Warna daunnya hijau pekat, berkilat dan keras amat cantik sekali. Pada peminat hijau jangan lepaskan peluang untk tanam pegaga embun ni. Menanamnya pun tak la sesusah mana. Dan yang pastinya pegaga embun ni tak cerewet untuk dijaga.
Pembiakan hanya mengunakan stolon @ batang lelarinya yang berdaun. Kerat batang lelari yang mempunyai 2 ruas dan masukkan ke dalam mediun tanah berpasu. Juga sesuai ditanam secara hidroponik/air.
Apa lagi kawan-kawan jom la kita pakat-pakat tanam pegaga embun ni kat rumah untung tau 2 dalam 1 boleh berjimat lagi. Slogan kata * hijau-hijau kan laman anda pasti banyak kebaikan yang kita dapat*.
Labels:
garden
Wednesday, November 10, 2010
Plastic Bag Holder
Salam semua...... sesi kerastangan kali ni ialah tentang benda dalam gambar kat bawah tu ya kawan-kawan. Kita punya bahasa sebut tempat simpan plastik sampah. Orang putih punya bahasa sebut plastic bag holder. Melor sebut apa saja ku suka ahak3. Jangan marah nanti cepat tua tau. Sebelum ni Melor hanya simpan plastik2 ni semua dalam 1 beg plastik besar kat dapur basah Melor. Bila dah kat luar tu macam2 la keadaannya. Kekadang tu diterbangkan angin, kena hujan, kena panas dan yang membuatkan hati melor terbakar hangus bila ada kucing tak bertuan yang pergi membeser kat situ. Dah kena buang semua plastik tu. Nak letak kat dapur rasa macam menyemak la pulak. Tentu tak cantik mata memandangkan. Hai susah betul( bukan susah sangat pun melor je yang mengada-gada hehehe).
Jeng! jeng! jeng! plastic bag holder handmade dari Melor. Sebenarnya Melor ni nak menunjukkan hasil kerastangan ku yang tak seberapa ni. Bertahun duk merancang nak buat baru sekarang terlaksana. Terlepas rasa beban kat kepala ni. Nak beli siap rasa sayang la pulak kat duit tu sebab boleh buat sendiri. Sudahnya bertahun la dok pakai beg plastik besar tuh. Sekarang boleh la Melor bergaya dengannya.
la la la dapur ku tak berselerak lagi. Ada sapa-sapa yang berkenan boleh usar2 kat sini. Tapi kena tungguuuuuu.
Labels:
CMelor-handmade,
CMelor-sewing
Taman Yuri
Salam semua...... koleksi barangan free lagi. Jangan marah dan boring untuk membaca ya. Melor sekarang ni tengah mood benda free layan ajelah. Ala suka-suka ringankan kepala dan cuci mata tak salahkan. Ok mari Melor cerita sikit pasal benda kat dalam gambar atas tu. Melor namakannya piring kuih la ya. Piring ni lebih kurang besarnya dalam 51/2" persegi. Dibuat dari plastik @ melamine yang kualitinya kurang sikit la. Dah nama barang free mana ada guna bahan mahalkan. Melor sukakan gambar yang dicetak kat situ cantik. Dapat masa Melor beli produk untuk cuci lantai jenama yuri. Anak-anak Melor selalu berebut nak gunakan piring ni. Cantik kata diaorang. Bebudak gitu la kan. Melor pun suka tengok bila diaorang gunakan piring ni menarik aje. Ada banyak lagi koleksi barangan free yang Melor kumpul nanti akan melor tunjukan satu persatu k.
Labels:
Hobi-kumpul
Monday, November 8, 2010
Koleksi Mawar Biru
Salam semua...... hari ini dalam sejarah berblog aku cmelor telah berjaya menerbitkan 2 n3 dalam sehari. Mesti ada yang akan kata setakat 2 n3 apa ke hebatnya aku lagi banyak. Itu orang lain. Ini cmelor yang memang terkenal tak pandai dalam bab mengarang sebab tu la masa sekolah dulu-dulu, melor selalu je kena marah gan cikgu bm. Tapi hari ni entah dari mana datangnya power nak menaip dan memerah otak yang tak seberapa pandai mengarang ni. Maka lahir la n3 pasal koleksi barang-barang free(hadiah). Mesti akan ada yang kata ala setakat koleksi macam tu pun nak tunjuk kat blog aku punya lagi cantik dan mahal-mahal tak kecoh pun. N3 ni sebenarnya n3 suka-suka untuk hiburkan hati kalau ada sesiapa yang nak ikut serta boleh gak lagi la meriahkan. Haih melalut pulak la melor ni ya. Gini sebenarnya melor nak tunjukkan koleksi tak seberapa ni kat matahari. Koleksi ni dari ducth lady . Dulu melor ingatkan kaca tapi rupanya melamine. Walaupun koleksi murahan tapi cantik. Kalau tak caya tengok la sendiri. Cik matahari janji sudah ditunaikan ni lah koleksi barang free melor yang terbaru ok.
Labels:
Hobi-kumpul
Sunday, November 7, 2010
Masak Lemak Kegemaran
Salam semua........ Ni nak cerita pasal masak lemak kegemaran keluarga. Masakan ni sebenarnya kegemaran arwah ayah ku. Hari - hari kalau masak lauk ni pun takpa. Berselera betul arwah makan kalau berlaukkan masak lemak ni. Ni cerita dulu-dulu la, masa tu melor masih lagi kecik dan tak pandai masak. Kakak-kakak melor la yang jadi tukang masaknya. Tugas ku hanyalah menyiapkan meja makan. Walaupun begitu masak lemak ni juga menjadi kegemaran melor sekeluarga untuk santap. Ceh wah ... rasa macam kerabat lak bila guna perkataan santap tu. Bila masak lauk ni lawan nya mesti la kena ada sambal belacan, ikan masin goreng @ atau ikan rebus goreng dan ulam kampung. Emmm barulah ada kick bila makan. Bak kata orang mak mentua lalu pun tak perasan. Resipi ni simple je sesuai la untuk orang macam melor yang tak betah berlama-lama kat dapur. Melor kongsi resipinya cubalah sendiri.
Bahan-bahannya:-
1 ekor ikan gelama (boleh guna apa saja jenis ikan)
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
3 biji cili kering*
3 inci lengkuas*
1 keping asam keping
sedikit kunyit hidup@debu
santan
garam dan gula
1 biji timun
Cara membuatnya:-
1. kisar semua bahan yang bertanda * sehingga lumat.
2. sediakan periuk dan masukkan ikan, bahan yang dikisar tadi, asam keping, timun dan santan. Masaklah sehingga mengelegak dan sentiasa dikacau.
3. Bila mengelegak perlahankan api , rasalah asam, garam dan gula sesuaikan rasa mengikut selesa masing-masing ya.
4. Tutup api dah siap. Hidangkan dengan lawan nya pasti meleleh air hidung.
Labels:
recipes
Friday, November 5, 2010
Khasiat Air Beras
Thursday, November 4, 2010
Kepandaian Ke-2
Salam semua....... kali ni saya a.k.a nda nak cerita kepandaian kedua saya. November 2010 ni umur saya dah 3 bulan ++. Dah besar pun saya. Bila dah besar gini banyak benda dan pergerakan saya nak belajar. Sekarang saya dah pandai mengilai. Bila ibu usik dan mengacah-acah aje, saya akan ketawa mengilai-gilai. Ibu pun ketawa sama. Saya rasa seronok sangat bila ibu buat macam tu jadi saya mengilai la kuat-kuat. Tapi sayang ibu tak sempat nak ambil gambar saya sedang ketawa dan mengilai-gilai tu. Kalau tak boleh la saya tunjukkan kat sini macam mana bahagianya rasa bila diacah-acah ibu. Saya juga dah pandai meniarap. Pantang ibu letak saya kat bawah je saya akan meniarap. Bila lama-lama meniarap saya akan rasa penat dan menangis memanggil ibu. Kekadang ibu membebel kerana tak boleh buat kerja sebab kena perhatikan saya setiap saat. Saya suka bila setiap saat ibu ada disamping saya. Marilah kita tengok aksi-aksi saya belajar meniarap ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Labels:
cerita anak2 melor
Subscribe to:
Posts (Atom)



