Saturday, October 30, 2010

Supaya Kita Senyum Hari-Hari

Salam semua ........... n3 ini merupakan jawapan kepada tag yang telah diberikan kepada melor oleh cik alejandra. Minta ampun minta maaf la ye cik alejandra melor ni tak pandai nak mengarang. kekadang melor rasa kagum dengan kehebatan masing-masing bila mengarang. Hati kecil ku selalu berkata kalau lah aku sehebat itu, akan ku karang novel-novel indah untuk bacaan satu malaysia. Ni dah lari dari tajuk ni, mari kita balik ke asal ya. Apakata cik alejandra ikut aje petua 8p yang diberi oleh ustazah Siti Nur Bahyah ni tentu cik alejandra akan tersenyum hari-hari.

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

*copy dari sini

Friday, October 29, 2010

Kepandaian Pertama

Salam semua....... nama saya nur dahlia ayuni aka nda. Umur saya masa ni dah masuk 2 bulan +++ . Ini kepandaian saya yang pertama iaitu menunjal. Ibu cakap duduk diam-diam ibu nak buat kerja tapi saya tak boleh duduk diam asyik nak menunjal je. Tunjal sana tunjal sini oopp ... terjatuh sudah. Nak minta tolong sapa ni ye, kakak pergi sekolah , abang uhh tak boleh di harap lagi kang ada yang di timpa balak la pulak terpaksa la saya panggil ibu . 1, 2, ,3 iiiiiiibuuuu tolong saya. Sure ni kena marah kat ibu sebab tak dengar pesan ibu. Akhirnya saya juga yang merana. Sebenarnya saya pandai senyum dan mengigit dulu dari menunjal tapi ibu tak kasi bagi tau.. malu kata ibu. Saya selalu gigit ibu. Ibu pula selalu menjerit dan tepuk-tepuk manja pipi saya. Tak tahu kenapa saya suka sangat gigit ibu. he..he..he.. jangan kasi tau ibu saya cerita pasal gigit tau. Mana ibu ni tolong la angkat cepat dah tak tahan ni...
.
.
.
.
.

mana ibu ni dah lama saya tunggu. tension la

ibu, ibu, cepat la tolong angkat saya dah letih ni

Monday, October 25, 2010

Simple Telekung




Salam semua...... hari ni melor nak tunjukkan simple telekung hasil dari jemari keras ku ini. Nah 2 pasang telekung telah siap untuk penghantaran. Telekung yang berlace putih tu order dari kenalan untuk anak bongsu dia. Katanya sebagai hadiah. Harap-harap mereka suka dengan hasil jemari keras melor ni. Telekung berlace pink tu pula milik anak dara ku. Kakak ni walaupun zahirnya lasak tapi jiwanya lembut tak lepas dari colour pink sampaikan telekungnya pun mahu colour pink. Untuk memenuhi hasrat anak dara ku itu maka terhasillah telekung berlace pink ni. Sayang anak ikut je la selagi benda yang diminta tu tak mendatangkan keburukan kan kan kan. Kedua-dua telekung ni melor guna kain cotton. Lace juga dari cotton cuma colour aje yang berbeza. Macam mana, ada tak yang rasa berkenan boleh la calling2 melor ye.

Tuesday, October 19, 2010

Peasant Blouse



Baru hari ni boleh di upload kan projek ni. Lambat betul nak buat satu- satu kerja tu. Kat atas tu 2 gambar baju sama tapi tak serupa. Kenapa melor kata gitu sebabnya bila di perhatikan betul-betul ada bezanya. Melor tak mahu la cakap apa perbezaannya nanti panjang meleret pula n3 ni, kan jemu pula yang membacanya. Ada ke yang nak baca ???. Takpa la ada ke takda ke yang baca janji melor happy. Peasant blouse ni melor jahitkan untuk NDA mengunakan dua kain berbeza kualitinya. Gambar atas jahit mengunakan kain berkualiti bagus sikit jadi baju tu beralun cantik dan lembut bila dipegang . Gambar 2 tu pulak melor gunakan kain yang murah lebihan projek-projek lama yang masih bersisa. . Kainnya kasar bila dah kasar dan keras maka baju yang dihasilkan tak menarik la. Baju ni saiz untuk 6 bulan ke 12 bulan. Baju colour merah tu rasanya melor nak letakkan kat CMelor's Shop. Ada yang berkenan boleh la calling2 melor ya.

Tuesday, October 12, 2010

Kau Mawar Ku

Sila lah menjamu mata ya dengan koleksi kau mawar ku.









Tamat sudah kisah kau mawar ku

Sunday, October 10, 2010

Handmade Sundress

Salam semua,

Dah lama rasanya tak update blog. Penyakit m sudah mula melanda diri ini la. Hinggakan nak snap gambar2 jahitan melor pun tak terbuat.N3 kali ni nak cerita tentang hobi menjahit melor. Menjahit buat melor rasa terhibur cuma sekarang melor kurang masa kerana ada baby kecil dan baby besar yang memerlukan perhatian lebih dari melor. Tapi minat punya pasal melor cuba juga curi-curi masa untuk menjahit. Tengoklah untuk siapkan sehelai dress yang simple macam gini melor ambik masa 2,3 minggu nak siapkan. Sikit-sikit melor jahit hingga siap itupun disebabkan tuan baju dah mula membebel kerana tak sabar nak bergaya dengan baju baru. Hari ini dapat la tuan baju bergaya dengan dress barunya ke majlis hari jadi anak jiran melor. Ideal ni melor dapat dari blog lilblueboo. Seronok betul bila melor tengok blog2 minah salleh ni. Mula la datang semangat berkobar-kobar nak menjahit macam mereka semua. Semangat aje yang berkobar-kobar tapi usaha tak de sudahnya terperap aje la semangat melor ni hehehe.....