Saturday, September 25, 2010

Begonia

Salam semua,

Begonia atau pun resam batu ini ditanam kerana bentuk, warna, corak daun dan bunganya yang cantik dan menawan kalbu gitu. Begonia ni ada beberapa jenis atau spesies sebagai pilihan untuk di tanam. Kat laman rumah melor ada 2 jenis. 1 berdaun besar, berwarna merah hati dan daunnya berkilat bila terkena cahaya matahari macam ditabur serbuk glitter. 1 lagi yang dalam gambar kat atas tu berdaun lebih kecil, keras dan ada bunga kecil.

Tanah
sukakan medium tanaman berasaskan tanah lembab tetapi tak mahu air bertakung,

Cahaya
begonia berbunga perlukan cahaya yang banyak dan bagi yang berdaun perlukan cahaya biasa atau separuh teduh.

Air
Siram pagi dan petang sewaktu hari panas. Spray daun dengan air bila cuaca terlalu panas untuk kesegaran daunnya. Siram bila perlu sahaja semasa hari hujan.

Pembajaan
Baja cecair atau garam larutan dibancuh bersama air siraman. Baja bijian tidak sesuai kerana jika terkena daunnya, ia akan melecur dan layu.

Pembiakan
Ada 2 cara. 1 belah rumpun. 2 potong daun dan disemai dalam bekas yang tanahnya sentiasa lembab

Tip memilih pokok untuk dibeli:

1 - pilih pokok yang mempunyai rumpun yang cantik dan segar.

2 - dedauan pokok yang sihat tidak dimakan ulat

3 - pastikan pokok dibungkus dengan suratkhabar basah untuk melindunginya dari bahang panas

4 -tiba aje dirumah letakkan ditempat teduh untuk beberapa hari supaya pokok sesuai dengan tempat baru.

5 - baja selepas seminggu dibeli

*** Tips ini perlu diikuti kerana kebanyakan begonia ini di import dari negara bersuhu sederhana seperti Thailand dan Cameron Highlands. Dedahan mengejut kepada cuaca yang ekstrim akan menyebabkan pokok baru dibeli mati.

p/s n3 ini ditulis berdasarkan pengalaman menanam sendiri dan pembacaan.

Monday, September 20, 2010

Ultraman Cosmos Versi Melayu

Di awal cerita ultraman dan raksasa merah masih lagi berhubungan baik. Tak caya !!!! lihat mereka masih boleh berinteraksi bersama-sama. Katanya nak beraya sama-sama.

Ultraman tiba-tiba naik angin dengan keangkuhan raksasa merah maka ultraman mula buka langkah nak men 'fire' raksasa merah.

kaki dah terangkat tu, nanti terbang la si ultraman tu.

tendangan maut oleh ultraman

tetapi ultraman telah dapat ditangkap oleh raksasa merah

ultraman juga telah ditarik dan di bawa ke tempat persembunyian raksasa merah

akhirnya ultraman cosmos versi melayu ini telah tewas kepada raksasa merah dengan dahinya benjol dan lebam. Ha ha ha, layan aje la.

Thursday, September 16, 2010

Calathea Lutea


Salam semua,

Kali ini n3 berkenaan pokok calathea lutea dilaman ciput melor pula. Berbelit lidah nak menyebut tapi puas hati sebab ia menjadi teduhan pada pokok2 yang tak berapa boleh kena cahaya matahari direct. Istimewanya pokok ni ialah daunnya besar macam telinga gajah. Boleh buat ganti payung ketika kecemasan bila hujan tiba2 dan masa tu tak da payung ha..ha..ha... Anak2 selalu minta melor potong daunnya untuk main pondok2.

Calathea Lutea ini senang dibiakkan hanya memerlukan rizom @ umbi, tanam aje kat tanah merimbun la dia nanti. Spesis ini mempunyai daun yang besar dan berwarna hijau. Tak berapa sesuai tanam dalam pasu. Ia juga memerlukan cahaya matahari separuh teduh @ penuh untuk tumbesarannya. Bunganya pula dapat bertahan lama bila berbunga. Boleh dijadikan bunga potong.

Dijual ikut ketinggian pokok.

800mm - 1000mm = RM 50.00/bag
1500mm - 2000mm = RM100.00/bag

mmm....... boleh tahan jugak harganya.

Tuesday, September 14, 2010

My Little Princess

Hai senaaaahhhh......kenal kan my little princess Nur Dahlia Ayuni. Sahabat handai, pakcik & makcik, sepupu sepapat & mereka yang berkenaan yang tak dapat datang menziarahi semasa kelahiran dan sehingga kini, inilah wajah puteri ke 2 ku. Kelahiran ini juga telah menghidupkan kembali hobi lama yang hampir mati. kalau nak tahu apa hobi tu kena la tunggu.

Thursday, September 9, 2010

Teruja Nak Raya


Salam semua,

Al-kisah kali ini mengenai keterujalan my hero nak beraya. Maklumlah hero saya ini baru pandai nak bergaya dan buat permintaan yang kadang2 amat memeningkan kepala ku. Nak dijadikan cerita suatu hari di hari cuti kami telah pergi ke satu shopping complex nak beli persiapan raya. Aduhai ramai betul la manusia yang datang untuk shopping barang raya sampaikan nak membayar terpaksa la beratur panjang. Saya lihat anak2 cukup happy bila permintaan mereka dikabulkan. Selesai aje urusan menyoping kami cepat2 beredar dari situ. Tak sanggup rasanya nak berlama-lama lagi. Balik rumah saya simpan semua barangan yang dibeli bila malam, tiba2 my hero menangis dan menunjuk2 kearah almari suspen jap saya ketika itu ingatkan my hero ternampak sesuatu, rupa2nya dia nak baju baru untuk dipakai tidur. Tengok lah telatah my hero sampai tidur lengkap berbaju baru. Katanya "pang nak aya, pang nak aya" .

Sunday, September 5, 2010

Syawal Menjelma Lagi

Selamat menyambut hari raya kepada teman-teman semua.
Maaf zahir dan batin dipohon andainya terdapat kesalahan yang tak kusedari.


dan tak lupa juga ucapan terima kasih pada maiyah kerana sudi beri melor kad raya. Emmm... kreatif juga kad raya tu.



Wednesday, September 1, 2010

Bila Saya Makan Mesti Macam Ni, Ok !!!!!!

Bila makan nak macam ni....


bila minum nak macam ni....


besssssst oooooooooooooo


bila dah rasa - sehingga menjilat jari


aghh dahaga la pulak. sori saya minum dulu

bila dah makan, yea!yea!yea! boleh main lidi

Sekian la dulu ragam saya bila nak makan.